RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 28 Disember 2010

YB GOBALA JANGAN MELAMPAU

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA MP dari PAS, YB Dr Lo' Lo menegur MP dari PKR, YB Gobalakrishnan di dalam Twiter kerana tulisan YB Gobala yang terlalu menghentam pimpinannya sendiri, ianya sesuatu yang amat memalukan. Memang apa yangdiperkatakan oleh YB Gobala itu adalah masalah dalam PKR tetapi kita tidak boleh menyalahkan MP dari PAS ini menegur beliau kerana kita Justify Fulltidak boleh lupa PKR adalah sebahagian dari PR.

Apa yang dibangkitkan oleh YB Gobala itu khususnya berkaitan pemilihan jawatan di dalam PKR dan juga ketidakadilan yang kununnya berlaku terhadap kaum India, bukan selayaknya diperdebatkan di dalam ruang forum sedemikian rupa. Benar, YB Gobala berkata beliau telah timbulkan isu ini kepada pimpinan parti tetapi dakwanya tiada tindakan yang telah diambil. Jika benar sekalipun dakwaan beliau tiada satu pun tindakan yang telah diambil adakah beliau wajar mendedahkannya melalui Twiter?

Apakah beliau fikir dengan melalui pendedahan melalui Twiter terhadap permasalahan kaum India seperti yang didakwanya itu boleh menyelesaikan masalah? Tambahan pula beliau kaitkan dengan berbagai tuduhan terhadap individu tertentu. Adakah beliau sedar bahawa kaum Melayu dan Cina juga terdapat beberapa masalah yang belum selesai di beberapa buah negeri yang PR perintah, tetapi adakah pemimpin dari PKR atau DAP mahu pun PAS berbuat seperti yang YB Gobala lakukan? Adakah mereka ini semua bukan pejuang hanya kerana tidak menulis tentang masalah di kawasan mereka?

Bukan kita tidak tahu, contohnya di Selangor bukan sedikit yang tidak berpuashati dengan MB Tan Sri Khalid mahu pun YB Azmin dan beberapa Adun PR di Selangor. Kesemua MP dan Adun PR masing-masing inginkan pembelaan terbaik untuk pengundi di kawasan masing-masing dan juga kaum masing-masing, tetapi mereka akur bukan mudah untuk memuaskan hati kesemua pihak. Namun, selaku MP atau Adun mereka bijak untuk menyalurkan masalah mereka dan tidak menggunakan media untuk menuduh itu dan ini kepada pimpinan.

Masalah bagi YB Gobala adalah beliau merasakan hanya beliau sahaja yang berjuang atau berani mendedahkan kelemahan pimpinan. Beliau sentiasa fikir apa yang beliau mahu mesti ditunaikan oleh pimpinan atas alasan itu kemahuan rakyat. Adakah beliau fikir beliau sahaja yang mahu melihat rakyat diberi pembelaan? Adakah MP dari PKR, PAS dan DAP yang lain tidak berani berjuang membela nasib rakyat?

Justeru itu, YB Gobala harus insaf bahawa PKR bukan parti yang akan tunduk kepada desakan yang tidak bijak seperti yang beliau telah lakukan. Jika kegagalan beliau untuk dipilih menjadi Naib Presden PKR yang dilantik menjadikan beliau kelihatan `garang', tindakannya itu menunjukkan beliau tidak ikhlas membela nasib rakyat. Ramai lagi pimpinan dan tokoh hebat yang tewas dan tidak terpilih, namun mereka terus bekerja untuk rakyat dan tidak menjadikan pemimpin sebagai `punching bag'./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Ular dah mula nak mematuk. Itulah dari dulu lagi patut dah pukul ular tersebut. Tak betul kah kata-kata Tok Mufti Harussani? Hidup ini kadangkala perlukan pengalaman untuk survivor, bukan hanya percaya dari kata-kata orang falsafah sahaja.

    BalasPadam
  2. awal awal lagi dulu waktu pemilihan jawatan banyak yang berkata nurul izzah tak perlu bersama merebutnya.aku konsisten dalam perkara ini.salah seorang yang akan hancurkan pkr secara tak disedari adalah nurul izzah sendiri.terlibat dia dalam pemilihan ini akan mengurang peluang calun lain yang telah begitu lama dengan parti.jangan cakap parti diutamakan.kalau betul nak pakai perinsip ini,kena pakai pada semua orang yang bertanding termasuk azmin dan nurul.

    BalasPadam