RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 29 Disember 2010

GEMPAR - UMNO, PAS BERTEMU ? YB ABDUL FATAH MESTI JELASKAN


Terkejut saya membaca posting Facebook dari YB Abdul Fatah Haron seperti di atas. Saya tak sangka agenda "PERPADUANG" masih wujud. Kalau YB Fatah berani mengeluarkan kenyataan terbuka sebegini, ertinya maklumat ini sudah tentunya sahih dan benar.

Aktiviti perjumpaan dalam gelap sememangnya sedang diteruskan. Maklumat saya dapat dari "dalaman PAS", ianya diteruskan dan ianya berlaku baru-baru ini di Kuala Terengganu. Perjumpaan yang berlaku sebelum Presiden pergi ke London untuk melancarkan PAS Representative Council. Perjumpaan itu telah menjemput Tok Guru Nik Aziz untuk hadzir dan beliau tiba dalam keadaan Presiden dan Timbalan Presiden sedang menunggu bersama-sama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

(Sebab apa berlaku di Kuala Terengganu, saya tak boleh terang, bahaya)

Syukur dalam perjumpaan tersebut, Tok Guru Nik Aziz telah "membasuh" semua yang hadzir dengan memberi hujjah yang mantap bahawa masalah umat Melayu di Malaysia adalah berpunca dari UMNO. ALLAHUAKBAR!!!!!!

Saya hairan, bagaimana kepimpinan tertinggi dalam PAS masih mahu berkhalwat dan ber"zina" dengan pemimpin2 UMNO yang telah meluluskan lesen judi bola. Adakah mereka tidak sedar mereka telah memungkiri janji yang mereka buat pada Jun 2009 lepas?

Bukankah keputusan perjumpaan khas Jun 2009 menyatakan isu kerajaang perpaduang telah ditamatkan. (Lihat video di bawah)

TAPI, MENGAPA PERJUMPAAN DALAM GELAP SEPERTI INI MASIH BERLAKU??? Mengapa mahu terus menipu dan memperdayakan ahli-ahli serta penyokong kamu? Sudahlah dulu kamu tipu, sekarang ni kamu mahu menipu lagi?

Kalau kepimpinan PAS tidak dibersihkan dari mereka yang sudah dibeli oleh korporat2 UMNO, selagi itulah PAS akan ditunggang oleh UMNO seperti kuda./Malaysiawaves

Blogger:

Aku harap berita ini berita fitnah menjelang PRK Dun Tenang di mana PAS akan mewakili PR. Tetapi, mengapa pimpinan PAS YB Abdul Fatah Haron mengeluarkan berita ini di dalam FB beliau? Adakah beliau membuat fitnah atau memang benar perkara itu wujud? Aku harap ada penjelasan dari YB Abdul Fatah di dalam hal ini.

Seandainya (Na'uzubillah) berlaku rundingan seperti ini, maka apa ertinya PAS yang baru sahaja melancarkan kempen `PAS Ganti Umno'? Atau, mungkin perjumpaan yang dikatakan berlaku itu adalah rundingan agar Umno dibubarkan dan kesemuanya masuk PAS. Jika benar begitu, Alhamdulillah, kempen PAS telah berjaya.

Aku harap isu ini dapat diperjelaskan segera agar rakyat tidak keliru. Apapun aku yakin, PAS tidak sebodoh itu dan sehingga kini aku masih anggap cerita pertemuan PAS - Umno seperti di atas itu adalah cerita dongeng menjelang PRK Dun Tenang. Wallahu Aklam.


3 ulasan:

  1. HUH..MACAM2 LAH PERANGAI...FEDUP AKU SOKONG PAS...DIA MAIN2 KAN PENYOKONG PLAK..DI LUAR BUKAN MAIN LAGI KUTUK UMNO BG NAK RAK..TAPI RUPANYA DUDUK SEMEJA GELAK TAWA...BENGONG!

    BalasPadam
  2. bodoh betul komen pertama tue...kaji selidik dulu la boss...jgn main2...berita nie betul ke tidak...adoi

    BalasPadam
  3. komen kedua ni pun bodoh gak! selama ni dia pun pecaya semua fitnah dari harakah gak! celako! celako! celako!

    BalasPadam