PADA 09 Jan 2012 ini nanti, satu lagi bentuk konspirasi akan menguji kita selaku penegak keadilan dan menentang kezaliman di mana Ketua Pembangkang DS Anwar berkemungkinan akan dijadikan mangsa rejim puaka.
Di sebalik senyuman mereka, siapa tahu isi hatinya? |
Telah pun bermula, DS Anwar kini menjelajah seluruh pelusuk negeri untuk memberikan isyarat kepada semua rakyat bahawa mereka perlu bersedia untuk menghadapi konspirasi jahat Sang Penguasa. Sang Penguasa ini telah mengaut segala harta kekayaan negara ini dengan kehidupan mewah keluarga dan kroni mereka, di dalam masa yang sama ingin menutup terus mulut DS Anwar yang menjadi penghalang besar cita-cita nafsu mereka.
Mujur beliau memilki anak yang berjiwa pejuang... |
Sang Penguasa zalim ini cuma ada dua pilihan samada membebaskan DS Anwar yang akan membawa maksud mereka tidak mudah untuk mengaut harta kekayaan negara atau memenjarakan DS Anwar yang membawa maksud mereka akan lebih selesa dan rakus selepas ini. Apa pun pilihan yang bakal mereka ambil pada 09 Jan ini nanti, rakyat tidak lagi peduli. Bebas atau terpenjaranya DS Anwar, rakyat telah ditarbiyahkan bahawa Umno/Bn wajib dikuburkan.
Di Pahang, DS Anwar akan berkunjung ke negeri ini pada 07 Jan 2011 mulai jam 05.00 petang bertempat di Putra Balok, Kuantan. Apakah itu tarikh terakhir DS Anwar ke negeri ini sebelum beliau dipenjarakan? Mungkinkah DS Anwar ingin menyatakan sesuatu atau pesanan dan amanatnya kepada rakyat Pahang? Amat menyedihkan jika rakyat Pahang yang cintakan keadilan dan benci kepada kezaliman tidak peka apa yang berlaku ke atas diri beliau yang telah mengorbankan segala-galanya DEMI RAKYAT.
Nasib seorang pejuang rakyat.. |
Beliau sanggup lakukan apa saja DEMI RAKYAT |
Ambillah kesempatan pada 07 Jan ini di Putra Balok Kuantan untuk bertemu wajah dan bertentang mata mungkin buat kali terakhir dengan DS Anwar. Sukar sangatkah untuk kita meluangkan hanya lebih kurang satu jam untuk bersama beliau pada 07 hb Jan nanti? Tidak terfikirkah di benak fikiran kita berapa jam kah tenaga dan usaha DS Anwar Ibrahim dihabiskan setiap hari di dalam kehidupannya untuk membela nasib kita? Apakah mati hati kita untuk membayangkan betapa sukarnya beliau di dalam penjara suatu ketika dahulu sehinggakan berterusan difitnah dan diaibkan setelah keluar dari penjara dan bakal merengkok kembali di dalam jerisi besi semata-mata rakyat yang dikasihinya? Apakah kita sanggup melihat kesemuanya itu ditanggung oleh beliau dan keluarganya sahaja?
Kuburkan Umno, Kita mara ke Putrajaya... |
Sekiranya kita tidak berpeluang hadir di Mahkamah Jalan Duta pada 09 hb Januari ini nanti, sekurang-kurangnya kita hadir pada 07hb Jan ini sebagai tanda sokongan kita kepada beliau dan keluarga. Kepada semua pimpinan parti Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Pahang ini, gerakkan semua ahli dan penyokong masing-masing untuk bersama-sama DS Anwar pada tarikh tersebut. Fikirkan, bukan sedikit jasa dan pengorbanan beliau untuk menjadikan Pakatan Rakyat menjadi hebat dan gagah seperti sekarang. Ayuh, turun pada 07 hb dan 09 Hb Jan ini nanti DEMI RAKYAT./wfauzdin.blogspot.com