RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 9 Februari 2011

ADUAN SAL:AH LAKU PEMILIHAN PKR - YB AZMIN PULA BERI JAMINAN

Oleh: WFAUZDIN NS

MELALUI berita Astro Awani malam tadi, isu pemilihan kepimpinan PKR ditimbulkan. Kali ini Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali ditanya tentang rasa tidak puas hati beberapa pihak terhadap maklum balas aduan-aduan yang telah dikemukakan kepada JPP. Paling ketara yang sering mendesak agar diumumkan hasil siasatan tersebut adalah dari kumpulan bekas calon Ketua AMK yang tewas iaitu Badrul Hisham Shahrin (Chegubard).

YB Azmin di dalam kenyataannya malam tadi menyebut bahawa hampir kesemua aduan berkaitan salah laku atau penyelewengan semasa pemilihan PKR yang lalu telah selesai disiasat. Beliau turut mengakui ada sejumlah kecil sahaja aduan yang belum selesai disiasat dan memerlukan masa untuk menyelesaikannya. YB Azmin menyatakan mana-mana pihak yang mahu maklumat tentang status aduan yang telah dilaporkan boleh terus berhubung dengan Pejabat Parti.

Kita tidak boleh menyalahkan penyokong-penyokong Chegubard yang terus mendesak kerana mereka sebelum ini telah dijanjikan oleh Setiausaha Agung PKR bahawa semua aduan tersebut akan dapat diselesaikan di dalam tempuh 2 minggu bermula dari parti mengadakan Konvokesyen baru-baru ini. Kini, hampir lebih kurang 4 bulan siasatan masih berjalan. Justeru itu, tidak salah buat penyokong-penyokong Chegubard terus mengingatkan parti di dalam hal ini. Tindakan mereka bukan tindakan pengkhianat malahan satu tindakan terpuji dari kumpulan anak muda yang mahukan keadilan di dalam parti boleh dilihat.

Mungkin sedikit kurang selesa apabila kelembapan Setiausaha Agung PKR dan JPP menyelesaikan masalah ini diambil kesempatan pula oleh beberapa orang untuk memburukkan beberapa pimpinan parti. Terdapat beberapa tulisan atau perkataan yang menyindir beberapa pemimpin parti melalui blog atau twitter. Diharapkan perbuatan seperti ini tidak berlaku lagi kerana kita bimbang sekiranya ianya berterusan, pandangan beberapa ahli parti terhadap mereka menjadi negatif. Kita bimbang perasaan simpati bertukar menjadi benci jika kelakuan seperti itu berterusan.

Teruskanlah mendesak asalkan tiada kecaman keterlaluan terhadap pimpinan. Parti juga mesti peka dengan masalah ini. Selesaikan lah isu ini secepat mungkin agar semua yang tersimpul dapat dileraikan. Jangan cuba bertindak seperti Umno yang menggunakan jalan mudah dan tidak demokratik untuk menyelesaikan masalah. Setiausaha Agung, YB Saifudin Nasution mesti mempamirkan sikap profesionalismanya dan tidak gentar untuk melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. ANALOGINYA IALAH, SESEORANG MENGADU RUMAHNYA DIMASUKI PENCURI, DIA PULAK MENGADU KEPADA PENCURI YANG MASUK TU..

    BalasPadam
  2. sama juga analoginya dgn org yg kata rumahnya dimasuki pencuri, tapi sebenarnya takde pun pencuri....ehehhhh..

    BalasPadam