RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 10 Februari 2011

BOLA SEPAK MSIA VS HONG KONG - FAM TIDAK SERIUS BANGUNKAN BOLA SEPAK NEGARA?

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH, kepada pasukan Bola Sepak Kebangsaan kita yang telah berjaya menewaskan Hong Kong 2 - 0 pada perlawanan persahabatan malam tadi. Syabas juga diucapkan kepada Astro Arena yang sudi menyiarkan perlawanan tersebut secara langsung.

Sedikit yang mendukacitakan adalah kehadiran para penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut. Disaat pasukan kita berada pada pendakian kemuncak gergasi bola sepak khususnya di Asia Tenggara, sambutan para penonton pada perlawanan malam tadi seolah-olah tidak memberikan semangat kepada anak-anak buah K. Rajagopal.

Pada pendapat saya, kurangnya publisiti secara serius dan meluas dari pihak media cetak dan elektronik menjadi punca kurangnya sambutan para penonton ke Stadium Shah Alam malam tadi. Mungkin ramai peminat bola sepak yang tidak tahu adanya perlawanan persahabatan malam tadi dan saya sendiri pun hanya mengetahui sehari sebelum perlawanan melalui hebahan Astro. Beberapa akhbar langsung tidak menghebahkannya dan paling mendukacitakan juga pihak RTM turut memandang sepi perlawananan tersebut. Jika ada pun, hebahan yang dibuat tidak bersungguh-sungguh.

FAM sepatutnya mendapatkan kerjasama dari pihak media agar dapat menarik kehadiran penonton yang boleh menaikkan semangat para pemain kita. Bahkan, pada perlawanan malam tadi tidak kelihatan pun Presiden dan Timbalan Presiden FAM. Jika mereka sibuk, di manakah pegawai-pegawai kanan FAM yang lain? Mungkin ada yang hadir seorang dua. Jika badan induk FAM sendiri pun tidak serius dengan kebangkitan Pasukan Kebangsaan kita, sukar untuk kita menarik minat para penyokong memberikan sokongan padu kepada Pasukan Kebangsaan kita yang baru muncul sebagai Juara Piala AFF Suzuki baru-baru ini.

Kita sedar, setiap kali adanya pemilihan Presiden, Timbalan, Naib-Naib Presiden serta pegawai-pegawai FAM, mereka semua berkempen kununnya akan memartabatkan bola sepak negara kita. Adakah mereka anggap perlawanan persahabatan itu tidak penting?

Apa pun, tahniah dan syabas buat semua pemain yang bermain dengan baik malam tadi walaupun tanpa sokongan puluhan ribu penonton di tempat sendiri. Ada baik juga difikirkan di masa akan datang, perlawanan persahabatan seperti ini dapat diadakan di setiap negeri. Mungkin kehadiran penonton lebih baik daripada yang kita lihat malam tadi. Umpamanya diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu yang sudah pasti akan dipenuhi oleh para penyokong kita. Selepas itu, dalam perlawanan yang lain pula diadakan di Stadium Darul Makmur Kuantan, Stadium Tuanku Abd Rahman Paroi, Stadium Ipoh, Perak dan beberapa tempat lagi mengikut giliran./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. ini pertandingan kelas 3,tak kan Presiden,Timbalan dan Naib kena turun.

    BalasPadam
  2. harga tiket melambung BRO. RM20 harga tiket + petrol rm20 + makan/minum, semua minimum rm60..if bawak anak sama,cost naik lagipun takkan nak datang tengok sorang. FAM hanya nak buat untung jer..bukan nak martabat bolasepak negara tapi nak martabatkan diri.

    BalasPadam
  3. betul bro, publisiti kurang sampaikan aku terkilan tak dapat pergi tengok.

    hebahkan awal-awal dalam suratkhabar radio. selagi yang jadi ketua FAM tu mangkuk, inilah hasil yang kita dapat.

    BalasPadam