RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 11 Februari 2011

TUGAS PENDAKWAH BUKAN MENGHINA UGAMA LAIN

Oleh: WFAUZDIN NS

ISLAM adalah satu-satunya agama yang diperakui oleh Allah SWT. Walaupun menjadi kewajipan kepada kita untuk menerangkan kebenaran Islam ini namun Islam tidak membenarkan kita menghina ugama lain kerana dibimbangi penganut ugama lain akan membalasnya dengan menghina ugama kita yang suci ini.

Diberitakan, Ustazah Nor Bahyah Mahmood di dalam satu program TV telah mengeluarkan pendapat yang menghiris hati penganut ugama Kristian. Baca di sini. Saya juga tidak bersetuju bahawa amalan Kristian yang sebenar adalah menjurus kepada apa yang diperkatakan oleh Ustazah Nor Bahyah.

Berita tersebut menyebut, "Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat. Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Siti Nor Bahyah Mahamood.

NONE

Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian.

"Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini. Pemuda CCM menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" masyarakat Kristian melalui "serangan terbuka ke atas kepercayaan masyarakat lain tanpa fakta yang dikaji dengan teliti." (Malaysiakini).

Jika benar Ustazah Nor Bahyah menyebut sedemikian, maka memang wajar kumpulan ini merasa kecil hati dan tersinggung. Bayangkan jika puak Kristian juga menuduh agama kita sedemikian hanya kerana ramai di antara umat Islam yang suka melakukan maksiat dan berpoya-poya. Tentunya kita juga akan merasa sakit hati.

Ustazah Nor Bahyah sewajarnya mengkaji ugama Kristian itu terlebih dahulu sebelum mengaitkannya dengan berbagai cerita seperti itu. Jangan nanti penganut-penganut ugama lain mengecop pendakwah Islam suka mencipta cerita salah. Lebih baik kita terangkan kebenaran Islam berbanding ugama lain secara fakta dengan hujah yang tajam. Itu lebih baik untuk menarik minat mereka mendekati Islam./wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. Ustazah Nor Bahyah = Selebriti....

    BalasPadam
  2. habis bintang-bintang hollywood yang dok berzina, minum arak tu ugama apa? kalau nak undi kristian pun, janganlah jadi bodoh sangat sampai sujud pada depa. kalau ustazah ni dalam kategori selibriti, mat sabu tu dalam kategori apa pulak?

    BalasPadam
  3. saya rasa ustazah baiyah tak salah,apa yang beliau katakan mmg apa yg telah di sampaikan kepada kita sejak zaman datok moyang saya lagi...beliau tidak berniat nak hina tetapi cuma menyatakan apa yg kita nampak skrg ini..tanya paderi itu sendiri sejak mula kristian menapak,sudah berapa banyak pindaan dan perubahan dalam bible diaorg ni berubah??sudah ada berapa pecahan kristian yang ada sekarang?kepercayaan mereka juga berbeza walaupun atas nama kristian..filem mereka juga menyatakan apa yg ustazah baiyah sampaikan,mereka ini hanya marah apabila penyampaian ustazah baiyah ini terlalu berkesan untuk mewujudkan orang melayu atau sesiapa yg cuba mencari agama akan menjauhi malah membenci untuk mengenali kristian..saya juga kurang arif tentang kristian sbb saya tak berminat utk mendalaminya,dan hanya melihat dari luaran apa yg org kristian itu tonjolkan..kerana agama islam itu sendiri juga terlalu banyak utk saya dalami...saya pasti begitu juga org kristian yg lain hanya melihat apa yg org islam itu tonjolkan kerana mereka juga dimomokkan oleh paderi dan juga keluarga mereka utk menjauhi dari mendalami islam sejak dulu lagi...so saya rasa situasi ini tidak akan timbul sekiranya mereka sendiri yg cuba besarkan,dan sekali lagi tahniah buat ustazah baiyah kerana rancangan ini juga ditonton oleh mereka yg bukan islam...dan penyampaian beliau teramat baik sekali..saya kurang setuju dgn pendapat wfauzdin

    BalasPadam
  4. 1-aku sendiri,sejak kebelakangan ini kurang setuju dengan pendekatan ustazah ini sewaktu bercakap dalam forum.
    2-TETAPI dalam kes sekarang,aku sokong apa yang disebutnya.Biar tak betul,tetapi akhirnya mungkin akan jadi betul.
    Jika Ustazah ini tak sebut benda ni,pasti semua kita tak diberitahu bahawa ini bukan satu amalan kristian seperti yang kita sangkakan.(tapi dalam hati,kalau bukan amalan,tapi bila majoriti depa amal,jadilah amalan depa)
    3-Walau sekarang ia dijelas bukan amalan kristian,tapi orang yang mula buat benda ni tentu kiblatnya kristian,so yang kita nak ikut buat apa.

    BalasPadam
  5. Beliau patutnya kena sebut apa yg tak bertul dlm ajaran kristian atau pnyelewengan di dlm bible itu sendiri. Bkn memberikan contoh amalan kbanyakan penganut kristian utk mnyebut itulah agama kristiasn. Kalau kbanyakan penganut ugama Islam menolak undang2 Islam, menghina Hukum Hudud, melakukan maksiat, berjudi bahkan pmerintah Islam itu pun meluluskan lesen judi, adakah itu ajaran Islam atau amalan Islam? Jika Paderi Kristian mmbuat dakwaan sedemikian, apa perasaan kita? Bkn kita menyokong Kristian, tetapi kita malu jika pendakwah kita gagal berikan hujah bernas utk mnyanggah kesesatan kristian itu.

    BalasPadam
  6. Yang jadi soal di sini ialah nilai(values) agama itu dan perangai penganutnya.Mungkin ada fakta bercanggah dalam bible,tapi setahu sy la takde pula yang menggalakkan maksiat dan zina,malah dalm old testament,salah satu commendment ,thou shall not commit adultery.'..yang bermaksiat ,berzina tu yang secular , penganut yang lalai sama gak seperi org kita yang ditangkap maksiat dan buang bayi dan yang ikut meraikan hari valentines tu,betul ke tak fakta tang valentine ni bkn amalam xtian rasanya kita jgn masuk campur la.Itu agama dan amalan meka ,terpulang yang kita pulak wat pa terhegeh2 nak ikut serta hari valentine ni?,sy setuju dgn tn blok ni,kena kaji fakta dan hormati perasaan org lain,nanti diserangnya agama kita tak marah ke? ni bukan pasal undi tak undi,ini pasal toleransi dan hormat menghormati dan akhlak yang dituntut islam dan yang Nabi(saw) tunjukkan.Bkn ke al-quran ada terdpt..ayat.."bagimu agama mu & bagiku agama ku?" sy ada membc bible dan juga wat kajian perbandingan agama ,bab tu sy faham,bkn bermakna sy skong xkristian pula,KLAU AKIDAH DAN IMAN KITA MANTAP,KITA TAKKAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN JUGA 'PELAWAAN' attraction agama lain.tapi itu takkan dtg tanpa ilmu,.Taufik hidayah adalah hak ALLAH Taala.

    BalasPadam
  7. aku tak tengok sangat halaqah.. kalau tengok mana yang sempat aje.. semanis kurma jika berkesempatan jer tengok..tak semua penganut agama islam ikut sangat ajaran islam ada yang terlibat yang tidak bermoral.. jadi ada yang patut menegur.. begitu juga penganut agama lain ada juga yang tidak ikut ajaran agama mereka jadi jadi lah seperti yang ustazah baiyah cakap..

    BalasPadam