RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 6 Februari 2011

DEBAT - NIK AZIZ PILIH JUMPA HARIMAU DARIPADA BERJUMPA KUCING

Oleh: WFAUZDIN NS

HAJAT untuk menyaksikan perdebatan di antara Ulamak Veteren Umno Kelantan iaitu Mohd Noor Deris dengan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akhirnya tidak kesampaian. Ini adalah kerana Tuan Guru Nik Aziz mahu agar tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai peranan penting di dalam kerajaan atau Umno untuk berdebat dengannya.

Sebelum ini akhbar Sinar melaporkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz bersedia untuk berdebat dengan Ulamak Umno yang mencabarnya itu. Tetapi laporan akhbar itu disangkal oleh Pejabat MB Kelantan, di antara lain sebab yang diberikan adalah seperti berikut:

" Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah. Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan." "Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti." (Kenyataan Media Pej MB Kelantan)

Tuan Guru Nik Aziz berani menyahut cabaran Mohd Noor yang mahu agar dirinya disiasat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Beliau bersedia untuk berdepan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang tentunya lebih berwibawa daripada Mohd Noor Deris. Sekaligus, Mursyidul Am PAS tersebut memberikan tamparan memalukan kepada Mohd Noor Deris. Ulamak Veteren Umno Kelantan tersebut boleh mengukur baju di badannya sendiri kerana kesangupan Tuan guru Nik Aziz berhadapan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bukan seorang atau dua ahli, tentunya meletakkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai pemimpin yang berani kerana benar.

Namun demikian, Mohd Noor boleh berusaha untuk berdebat dengan anak murid Tuan guru Nik Aziz yang setaraf dengannya. Beliau perlu akur bahawa beliau tidak layak menggantikan PM, TPM atau Menteri seperti Jamil Khir untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz. Mereka semua itu lah sepatutnya yang bersesuaian untuk berdebat dengan MB Kelantan, bukan Mohd Noor Ulamak yang digelar `ulamak terompah kayu' di Kelantan.

Sekali lagi, tahniah buat Tuan Guru Nik Aziz yang telah memilih berhadapan dengan `dua tiga ekor harimau' daripada berhadapan dengan seekor kucing. /wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. aku kenal sgt dgn Md nor deris ni...dia pernah satu ofis dgn aku semasa dia jadi panel pemikir JASA pada tahun 2002...tapi dia tak lama dlm JASA...masa jadi panel pemikir JASA pun dia tak disukai malah Ketua Pengarah JASA pada waktu tu iaitu Datuk Zainal Abidin Kadir(yg jg org Kelantan)tak setuju dgn cara Md Nor Deris ni...pendek kata makan gaji buta(gaji dia Gred S51,RM7000.00 sebulan)..dia bukan buat keje pun???asyik melalak saja..dia dulu memang ahli Pas tapi tersingkir sebab sikap dia yang selalu fikir dia sj yang betul..org lain salah..umno(JASA) kutip dia..tapi tak juga membantu umno..dia jd liability dlm umno...kontrak perkhidmatan dia dlm JASA tak disambung sebab perangai dia...sb tu dia terkontang kanting mcm org gila...skrng dia nak cari nama untuk nak terus hidup...sb tu dia marah kat Pas utk dpt simpati Umno..nak berdebat kunun tapi aku tau setakat mana otak dia...dia bukan Prof penuh pun..hanya Prof Madya (gelaran utk time base sj masa jd pensyarah)dh tak jd pensyarah dh tak leh guna dh gelaran tu...sb tu dlm JASA dulu hanya guna Ustaz Md Nor Deris...nak debat dgn Nik Aziz? huh..gempak sj lebih...dlm ceramah
    dia hanya pandai maki org tapi ceramah dia tak de isi, tak ilmiah...dia cuma akan jd liability dlm Umno jika umno nak guna dia!!!!..so tak payah lah layan org gila ni..PERCAYALAH...

    staf JASA

    BalasPadam
  2. Mencari Kebenaran adalah yang paling utama, tek kira lah dari mana datangnya. Kalau berdebat untuk mencari kebenaran tak kira lah dengan siapa kita berdebat. Dalam manyampaikan dakwah Islam tak boleh pilih bulu. Nabi pernah di tegur kerana tak layan orang buta. tak kan Tuan guru tak tahu.

    BalasPadam
  3. NABI DITEGUR KERANA ORANG BUTA TU IKHLAS BUKAN MACAM PECACAI DERIS SEKOR NI YANG NAK TUMPANG NAMA TOK GURU DAN NAK CARI NAMA DIA YANG DAH DINAJISKAN ! DIA BUKAN DARI ORANG YANG IKHLAS MAU KEBENARAN TAPI MAU PERLECEHKAN ORANG ISLAM SEBENARNYA !

    BalasPadam
  4. betul cakap amuraria.

    kebenaran kalau nak dicari biarlah pada tempat yg betul kalau tidak 'kebenaran' itu palsu sbb diputarbelitkan. di majlis fatwa kebangsaan itulah yg betul..

    BalasPadam
  5. salam,

    kalau dia berani, cabar saja adun meranti yg juga speaker dun kelate sekarang.

    BalasPadam
  6. ni propesor kangsung mana ada kelas

    BalasPadam
  7. nicky ajis meh berdebat ngan aku..tajuk dia: berkawan dgn syaitan atau manusia : mane yg lebih baik?

    BalasPadam
  8. nik ajis pengecut, nabi boleh je berdebat dgn sape tentang islam, nik ajis iktiraf sistem kasta...bodohla ..ini bukan ulamak sebenar ..ini bapakkk syaitan ni rajim...

    BalasPadam