RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 5 Februari 2011

JIKA MAHU BERDEBAT BERDUA SAHAJA, BAIK PERGI SEMBANG KEDAI KOPI



Oleh: WFAUZDIN NS

CABARAN debat yang disuarakan oleh Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteren Umno Kelantan, Mohd Noor Deris kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah bersambut. Bahkan, Tuan Guru Nik Aziz juga bersedia untuk berdialog dengan sesiapa sahaja termasuk pihak Majlis Fatwa.

Mohd Noor Deris menyuarakan rasa gembira kerana Tuan Guru Nik Aziz menyahut cabarannya itu. Namun, terdapat syarat yang pelik dan melucukan dari beliau. Katanya, " Saya akan hantar surat dalam beberapa hari lagi untuk mengadakan debat dengan Nik Aziz. Saya mahukan debat itu diadakan hanya antara saya dan dia saja tiada pihak lain di tempat awam. Kini cabaran saya sudah disahut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini (Rujuk sini).

Mengapa debat tersebut diadakan di antara beliau dengan Tuan Guru Nik Aziz sahaja? Dan, tidak secara terbuka untuk dipertontonkan hujah kedua-dua pihak agar kita semua boleh menilainya dengan baik? Bukankah Mohd Noor Deris mengemukakan cabaran debat itu secara terbuka melalui media TV dan akhbar? Sekarang mengapa perlu disembunyikan?

Jika sekadar berdua, itu bukan berdebat namanya. Mohd Noor boleh membuat temujanji dengan Tuan Guru Nik Aziz atau datang terus ke rumah MB Kelantan itu untuk berjumpa, berbual atau berbincang berdua. Bukankah lebih mudah? Tetapi mengapa perlu keluar kenyataan akhbar di hadapan media menunjukkan kununnya beliau hebat untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi akhirnya minta berdebat berdua sahaja. Melucukan dan memalukan ulamak seperti ini.

Saya jangkakan pihak media seperti TV tidak keberatan untuk menyiarkan secara langsung debat ini nanti sebagaimana pihak media menyiarkan secara meluas cabaran debat oleh Ulamak Umno tersebut. Sekiranya Najib dan Muhyiddin telah menunjukkan sikap pengecutnya untuk berdebat dengan DS Anwar, mungkin Mohd Noor boleh mengembalikan maruah Umno yang dipandang sebagai selalu takut untuk berdebat itu. Sewajarnya yang lebih `aula' dan layak untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz adalah orang seperti Jamil Khir, Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya pihak JAKIM.

Namun, hajat sudah disuarakan oleh Mohd Noor. Orang menjual, kita membeli. Itulah agaknya sebab mengapa Tuan Guru Nik Aziz menerima cabaran debat tersebut. Pada pendapat saya, jika mahu berdebat di antara mereka berdua sahaja, baik tidak perlu diadakan debat kerana ternyata ianya tidak ikhlas./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan: