TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

CERAMAH DI MENTAKAB

CERAMAH DI MENTAKAB

Ahad, 30 Januari 2011

PERLANTIKAN SUK SELANGOR - KHALID SAMAD INGATKAN MB SELANGOR

MB perlu bersikap tegas



SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Kerajaan Negeri bersikap tegas berhubung pelantikan Datuk Mohad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru berkuat kuasa 1 Januari lalu kerana dikhuatiri ada usaha sabotaj terhadap Kerajaan Negeri.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim samada ada menerima dan beri peluang kepada Mohd Khusrin melaksanakan tugasnya, perkara disabotaj perlu diambil kira.

Khalid berkata, ia berikutan pelantikan tersebut dilakukan oleh Kerajaan Pusat dan bukanlah kehendak Pakatan Rakyat (PR) negeri ini dan juga rakyat Selangor.

“Amaran dan pendirian tegas beliau (MB) perlu diberitahu kepada Khusrin supaya beliau (Khusrin) profesional kerana beliau bukan lagi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” katanya.

“Rakyat di negeri ini faham apa yang berlaku setelah pelantikan itu dan sekiranya berlaku masalah, pengurusan tidak cekap di negeri ini, beliau (Khusrin) perlu memberi penjelasan,” katanya pada sidang medianya, semalam.

Kelmarin, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan akan bertemu Khusrin pada 7 Februari ini bagi membincangkan isu yang timbul selepas pelantikan itu.

Mengulas mengenai kegagalan Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan 24 Januari lalu, Khalid berkata, walaupun keputusan gagal dibuat tetapi keberanian Kerajaan Negeri harus dipuji.

“Ia merupakan usaha murni untuk mengembalikan semula kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar untuk melantik tiga pegawai eksekutif Selangor iaitu SUK, Penasihat Undang- Undang dan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

“Tindakan sesetengah pihak menyuruh Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar tidak sepatutnya ditimbulkan apabila dalam Sidang Khas DUN itu beliau telah mendapat 34 undi yang menyokongnya walaupun gagal mendapat dua pertiga undi,” katanya./Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini