RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 31 Januari 2011

PRK DUN MERLIMAU - PKR JANGAN TAMAK NANTI RUGI

Oleh: WFAUZDIN NS

SELESAI di Tenang, satu lagi cabaran menanti buat PR iaitu di Dun Merlimau, Melaka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac. Dalam Pilihanraya Umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Ura-ura ada menyebut PKR Melaka mahukan kerusi tersebut diserahkan kepadanya atas faktor-faktor tertentu dan kemungkinan PKR Melaka mahu meletakkan Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar bertanding di situ. Presiden PAS telah membuat kenyataan bahawa penentuan siapakah yang diberi tanggungjawab bertanding di kerusi tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu di dalam PR.

Pada pendapat saya, PR harus memegang kepada persefahaman yang dibentuk selama ini dan menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS. PKR tidak perlu `tamak' untuk merebut kerusi berkenaan kerana `tamak selalunya rugi'. PKR atau DAP hanya boleh bertanding di kerusi tersebut seandainya PAS sendiri memberi keizinan atau merestuinya atas sebab-sebab tertentu parti tersebut.

Oleh yang demikian, hentikanlah PKR untuk melobi kerusi berkenaan. Serahkan sahaja kepada kebijaksanaan pimpinan PR untuk menentukannya. Apa yang penting, sementara pimpinan membuat keputusan, PR khususnya di Melaka boleh bergerak lebih aktif mulai sekarang. Harus diingat, Melaka adalah sebuah negeri yang `lebih karat' Umnonya dari Johor sekarang. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. eloklah pakatan buat kerja bodoh sikit.
    1.jangan bertanding di kerusi merlimau(tenang dulu pun dah dimabil tindakan ini)
    2.benar,bertanding bukan setakat untuk menang,tetapi platform untuk sampaikan matlamat pakatan yang gagal dibuat jika pru-prk tiada,tetapi perbelanjaan yang dibelanja bolih digunakan untuk pru 13 nanti.
    3.kalau pr tak tanding,baru padan muka dengan pengundi bn,duit projek tak turun.tembelang bn akan terserlah.
    4.hanya tempat 50-50 saja yang pr wajaib bertanding.
    5.kekalahan akan menyebabkan gembar gembur bn semakin kuat.

    BalasPadam