RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 31 Januari 2011

PRU KE 13 - HARAP PAS KEKALKAN PUAN NORMALA

Oleh: WFAUZDIN NS

MESKIPUN tewas di dalam Pilihanraya Kecil Dun Tenang yang diumumkan malam tadi, calon PAS Puan Normala Sudirman boleh kita anggap sebagai `pemenang sebenar' pertandingan menentang seluruh jentera kerajaan.

Wanita gigih ini berjaya menggagalkan cita-cita TPM Muhyiddin yang mengimpikan majoriti sekurang-kurangnya 5000 di mana PAS tewas hanya majoriti 3, 707 sahaja. Muhyiddin mensasarkan majoriti sebanyak itu kerana beliau yakin dengan kekuatan seluruh jentera kerajaan yang ditunggangnya amat mudah untuk menghadapi hanya seorang wanita. Ternyata, Puan Normala telah memberikan satu tamparan hebat dan memalukan TPM.

Saya berharap agar di dalam PRU Ke 13 nanti, kerusi Dun Tenang ini ditandingi semula oleh Puan Normala. Beliau seorang yang berkebolehan dan ketenangan serta kecekalannya amat menguntungkan PAS memiliki wanita ini. Berhadapan dengan seribu fitnah termasuk ke atas suaminya, Puan Normala tetap mampu tersenyum sebilang masa. Beliau hanya berserah kepada yang Maha Esa.

Selepas ini, apakah nasib yang bakal menimpa ke atas suaminya yang dikatakan akan berhadapan dengan tindakan tatatertib kerana kununnya menyalahgunakan cuti sakit untuk menemani kempen membantu isterinya. Saya berharap PAS akan sedia membantu dari segala segi termasuk bantuan guaman sekiranya suami Puan Normala dikenakan tindakan.

Sekali lagi, tahniah kepada Puan Normala yang telah berjaya merapatkan perpaduan dan kefahaman Islam kepada kaum Cina di Tenang. Undi kaum Cina di Tenang dikatakan mencapai 70 % menyokong PAS. Biarkan lah Melayu di felda dengan `ketuanan Melayunya' dan kita lihat sejauh mana `ketuanan Melayu' yang disanjung oleh mereka itu boleh memberi kesenangan kepada mereka.

Pernahkah kita terfikir Melayu menolak perjuangan Islam, dan kaum Cina menyokong perjuangan Islam? Itulah kerja Allah yang manusia tidak boleh fikirkan. Benarlah kata Tuan Guru Nik Aziz, Islam itu bukan kepunyaan Melayu sahaja./wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. janganlah bersedih pas/pr kalah dalam kemenangan,menang dalam perjuangan,perancangan allah swt tiada sesiapa boleh meneka.syabas cikgu mala syabas pas/pr dan syabas kesemua jentera yang bergerak merempoh segala ranjau dan rintangan.perjuangan tanpa kepahitan adalah madu yang berbisa.

    BalasPadam
  2. Setuju. Itulah yang cuba saya nukilkan.

    BalasPadam
  3. PENGAJARAN KEPADA PENGIKUT PAS. ALLAH MAHA MENGETAHUI, ALLAH MAHA BIJAKSANA, ALLAH MAHA SEGALANYA. SETIAP PATAH BICARA, GERAK LAKU, NIAT DIKETAHUINYA. ISLAM HANYA SATU. UMNO DAN PAS BUKAN ISLAM. HANYA SATU ORGANISASI POLITIK. NIK AZIZ BUKAN NABI CUMA INSAN KERDIL BAGI ALLAH. BELIAU BUKAN MAKSUM SEPERTI NABI DAN RASUL. BICARA BELIAU PENUH KEBENCIAN. KEKADANG BELIAU DAH NAMPAK MACAM ASHAARI MUHAMMAD AL-ARQAM.BELIAU SEOLAH RELA DIPUJA. GAMBAR BELIAU DITAMPAL DIMANA SAHAJA. INGAT HANYA ALLAH YANG PATUT DISEMBAH.

    BalasPadam
  4. apakah bangsa cina ikhklas menyokong parti pas....atau semata mata alat untuk memperolehi kuasa yang ...yang tidak mungkin diperolehi ketika bersama bn.....

    BalasPadam
  5. Saya setuju Cikgu Mala terus diberi peluang, belia seorang yang berkaliber, tenang dan berperinsip. Kalah dalam kiraan undi tetapi berjaya menegakan perjuangan Islam (adil dan berakhlak. Berjaya menetapkan prinsip penyokong seramai 2992 tentang perjuangan Islam (adil dan berakhlak kepada semua bangsa).

    BalasPadam
  6. Kalau dikatakan PAS bukan agama itu benar. Tetapi mana satu parti yg bawa ajaran agama? Umno? Jika dikatakan Tuan Guru Nik aziz bukan Nabi dan tidak maksum itu juga benar, tetapi adakah kita perlu tunggu Nabi atau seorang manusia bernama Najib yg `maksum' utk tegakkan Islam? Mmg Islam itu satu. Tetapi jemaah yg berjuang utk Islam itu banyak dan mereka itu meletakkan Al-Quran dan Hadith sbg dasar perjuangan mereka. Adakah salah satunya jemaah itu adalah Umno? Fikir sendiri....

    BalasPadam
  7. TGNA tidak pernah minta dirinya di puja dan dipuji.Dataran Ilmu menjadi saksi bagaimana kenderaan yang membawanya Q bersama kenderaan lain,tanpa iringan motosikal pengiring.sekadar dengar tohmah .janga letakkan diri kamu sama taraf dengan balaci balaci upahan.
    Rosmah Mansor,bini PM,gunakan gelaran Fist Lady,adakah manusian ini yang bagi kamu manusia terbaik dan maksum?.alahai antifire,menyiram air kedalam lautan.

    BalasPadam