RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 3 Februari 2011

ORANG TUA NYANYUK CABAR NIK AZIZ DEBAT ?




Oleh: WFAUZDIN NS

SI TUA Mat Noor Deris adalah ulamak veteren Umno yang mencabar Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat berkenaan sesiapa yang tidak mengundi PAS adalah golongan Jahiliyyah. Sila lihat video di atas, begitulah lagaknya `ulamak veteren' Umno tersebut walaupun ketika itu berada di rumah orang yang dikunjungi oleh Tuan Guru Nik Aziz sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Dun Galas. Memalukan, tiada adab dan moral. Mungkin kerana terlalu nyanyuk dia menjadi `gila' apabila melihat Tuan Guru Nik Aziz.

Orang tua ini dulunya ahli PAS dan sewaktu di dalam PAS, dikatakan beliau sering mengkafirkan orang-orang Umno. Allah Maha Besar, akhirnya orang tua ini menghumbankan dirinya kepada Umno. Apa yang dia perolehi apabila berada di dalam lubang Umno? Sekadar menjadi pencacai dan pak yek upahan.

Orang tua ini mendakwa Tuan Guru Nik Aziz melakukan fitnah kerana mengatakan Malaysia bukan Negara Islam. Melucukan, kerana di dalam parti komponen Bn sendiri mengakui bahawa Malaysia bukan Negara Islam. Tidak percaya, cuba tanya pemimpin MCA, Gerakan atau MIC. Kalau sudah parti-parti komponen Bn sendiri mengaku Malaysia bukan Negara Islam, maka fitnahkah Tuan Guru Nik Aziz? Mereka mengaku Malaysia negara sekular. Sekular bukan Islam, jadi Malaysia bukan Negara Islam.

Si tua nyanyuk ini juga minta Majlis Fatwa mengambil tindakan terhadap kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyebut sesiapa yang tidak mengundi PAS adalah terdiri dari golongan Jahiliyyah. Apakah Jahilliyyah? Jahilliyyah termasuk golongan Nasionalis yang memperjuangkan suku kaum melebihi Islam itu sendiri. Umno adalah parti Kebangsaan dan memperjuangkan Nasionalis. Dasar Umno bukan Islam yakni Al-Quran dan Hadith.

Apabila Tuan Guru menyebut sesiapa yang tidak menyokong PAS di dalam konteks pilihanraya kecil di Tenang baru-baru ini adalah golongan Jahilliyyah memang tepat. Di Tenang, Umno menentang PAS. Umno parti Nasionalis menentang PAS sebuah parti yang dasarnya Islam. Maka, apabila pertembungan Nasionalis dengan Islam, siapakah golongan Jahiliyyah? Mengundi Umno atau PAS dianggap Jahiliyyah?

Justeru itu, usahlah si tua ini ingin memesongkan akidah umat Islam dengan menyebut menyokong Umno bukan Jahiliyyah. Bahkan, si tua ini pun terdiri dari salah seorang Jahiliyyah dan memang wajar beliau keluar dari PAS.

Tentang debat yang beliau mencabar Tuan Guru Nik Aziz, saya merasakan itu hanya gimik orang tua nyanyuk ini. Beliau tahu, Umno tidak akan bersetuju untuk mengadakan debat terbuka di antara beliau dengan Tuan Guru Nik Aziz kerana ini akan menjatuhkan air muka Umno. Cara beliau berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz di dalam video di atas sudah cukup untuk menunjukkan `standard' nya. Kita bimbang penyakit `gila babi'nya akan menyerang sewaktu berdebat nanti.

Dunia mungkin akan kiamat jika RTM atau TV 3 sanggup siarkan debat secara langsung di antara orang tua ini dengan Tuan Guru Nik Aziz. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. BIASA LA BANYAK ADA PENGAMPU NAK CARI MAKAN WO ! NI SAMA DENGAN PROFESOR2 KANGKUNG IAITU ULAMAK SEMAK YANG PAKAI SEKERAT-SEKERAT AYAT AL QURAN ASAL JANGAN YANG TERKENA DENGAN PARTI SEKUTU APCO ! RASUAH OK ,KHALWAT OK ,SELEWENG OK DAN LAIN2 OK ASAL ADA MASYUK !

    BalasPadam
  2. bila aku tgk video ni aku tak sangka inilah ulama dan juga MB Kelantan...mmg patut nama beliau semegah nama orang ternama...tgk lah dari segi pakaian dan juga perwatakkan beliau...aku boleh nampak beza kalau MB lain datang sudah pasti duduk begaya...ALLAH HU AKBAR....insan yang mulia...tapi mamat tua yg menyerang tetiba tu mmg tak ada adap langsung...dah la kat rumah org cuba pula nak jatuhkan air muka org lain....hina btul...mamat tua ni tak perlu di ajak berdebat...sbb kita tahu konsep debat, tp mamat ni mcm nak lepas marah dah tu nak org lain dgr ckp dia aje...tuan guru nak bercakap pun dia mencelah...sudah la maksud jahilliah pun tak mau tgk kamus...main petik suka kepala lutut dia aje...geram btul aku!!!ini lah ibarat tua2 keladi dalam semak..makin lama hidup makin berselerak...huhu...

    BalasPadam