RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 2 Februari 2011

PAHANG DAILY TARIK CERITA SAIFUL SAKIT, TENTANG DILIWAT BAGAIMANA?

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH dan syabas kepada Pahang Daily yang berani serta berjiwa besar memohon maaf kerana menyiarkan cerita sakit yang dialami oleh Saiful Bukhari. Ini membuktikan media pembangkang berani mengaku silap dan tindakan ini patut diikuti oleh media mereka terutamanya Utusan dan TV 3.

Permohonan maaf oleh Pahang Daily hanya merujuk kepada cerita kununnya Saiful menghadapi penyakit dan samasekali tidak melibatkan cerita fitnah liwat ke atas DS Anwar. Tentunya Saiful merasa lapang dada di atas pengakuan mohon maaf tersebut. Baca di sini.

Saya juga percaya bahawa apa yang diperkatakan oleh Pahang Daily di dalam permohonan maafnya itu bahawa Saiful tidak berpenyakit seperti yang diperkatakan. Saiful hanya boleh merasa bertuah kerana tuduhan bahawa beliau mendapat sakit adalah satu tuduhan palsu, tetapi bukan cerita bahawa beliau diliwat itu. Tuduhan liwat ke atas DS Anwar tetap tidak diyakini majoriti rakyat dengan berbagai kisah dan perjalanan cerita yang tidak masuk akal.

Perjalanan perbicaraan kes liwat juga dilihat aneh sekali. Sekarang, kita tumpukan kepada sejauh mana mereka boleh mensabitkan tuduhan ke atas DS Anwar di dalam mahkamah sivil setelah kes qazaf di mahkamah Syariah dihalang. Apakah episod dahulu bakal berulang?/wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. senang2 je puak2 pembangkang reka cerita pasal anu saiful sakit la, pegi jumpa bomoh la, menyorok la etc..

    tak mustahil byk lagi agenda penipuan2 yg sengaja direka utk mendapat sokongan..

    ingatlah, ALLAH maha MENGETAHUI..

    sekiranya tidak didunia, menjawap la anda di akhirat kelak..

    BalasPadam