RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 17 Februari 2011

`PENYAKIT' MAHATHIR SEMAKIN SERIUS DI PENGHUJUNG USIA

Oleh: WFAUZDIN NS

AKTA ISA adalah jelas tanpa khilaf lagi di dalam Islam hukumnya `haram' jika dilaksanakan oleh pemerintah yang berugama Islam. Oleh kerana negara ini bukan negara Islam, maka hukum ini telah lama digunapakai dan dalil bagi pemerintah untuk meneruskan akta zalim dan sesat ini hanyalah kerana akta ini telah pun diakui oleh negara barat sebagai berkesan.

Memang akta yang menahan serta menghukum seseorang tanpa bicara itu amat berkesan di barat terutamanya untuk menghapuskan kumpulan militan Islam. Bezanya di barat, mangsa kepada kezaliman akta seperti ISA ini adalah kumpulan pejuang Islam yang dipanggil oleh mereka sebagai kumpulan militan. Di negara ini, mangsanya tidak mengenal siapa termasuk pemimpin politik yang menentang kerajaan.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang jawatan tersebut.

mahathir mohamad hari raya open house 2Katanya, ketika beliau menyarankan supaya ISA dimansuhkan, pihak polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman. Di zaman Dr Mahathir menjadi PM, beliau sering dituduh menyalahgunakan ISA, yang membolehkan penahanan tanpa bicara, terutama ketika Operasi Lalang pada 1987 dan era reformasi, terhadap penentang kerajaan.

Semenjak bila PM selaku Menteri Dalam Negeri mengikut nasihat pihak Polis dengan mudah? Kununnya Mahathir tidak mahu Akta ISA tetapi di`larang' oleh pihak Polis. Lucu sungguh. Jika benar Mahathir tidak suka ISA, mengapa beliau terus menandatangani lanjutan tahanan mangsa-mangsa ISA ini? Adakah pihak Polis dapat buktikan kepada kerajaan sememangnya negara berada di dalam keadaan bahaya ketika itu?

Nampaknya Mahathir ini semakin tua semakin kuat putar belitnya. Beliau tidak pernah mahu mengaku kesilapan dan kezaliman yang beliau lakukan sewaktu beliau memerintah. Mungkin beliau mahu dikenang sebagai seorang PM yang baik dan berjasa kepada rakyat setelah beliau bersara. Malangnya, rakyat tidak mudah melupakan kezaliman lampau beliau.

Beliau sanggup meletakkan kezaliman yang telah beliau lakukan ketika dulu ke bahu pihak Polis. Beliau cuba untuk menggambarkan betapa yang zalim bukan beliau tetapi pihak Polis. Mahathir selaku PM dan Menteri Dalam Negeri ketika itu ternyata tidak bertanggungjawab terhadap pihak polis. Cubaan beliau untuk menjejaskan imej Polis yang sekarang ini masih belum pulih dari pandangan buruk masyarakat amat mendukacitakan.

Cukup-cukuplah Mahathir. Zaman untuk beliau menipu rakyat sudah lama berlalu. Biarlah Najib pula menyambung kerja kamu itu. Apa yang penting, rakyat mesti menilai sikap pemimpin-pemimpin Umno sewaktu mereka berkuasa dan setelah mereka hilang kuasa. Allah lanjutkan usia Mahathir bukan untuk terus menipu rakyat dan menyokong kezaliman Akta ISA. Kenyataan Mahathir semakin hari semakin `nyanyuk'./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. itu mahatdir mudah lupa

    BalasPadam
  2. BILA MAMAK MUDAH LUPA ! NI PERINGKAT NYANYUK DAH ! LAMAAA DAAAH DIA LUPA ...

    BalasPadam
  3. Tun Dr Mahathir says : 'Melayu mudah lupa'..& that Melayu is him..

    BalasPadam