RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 27 Mac 2011

AKHBAR CELAKA PENYEBAR FITNAH, PEROSAK MINDA UMAT ISLAM

'Di manakah Anwar Ibrahim?' PKR kemuka bukti

Mac 26, 11

Pejabat PKR hari ini tampil memberi urutan catatan Twitter dan Facebook oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan ketua umum parti itu berada di rumah dan berhubung menerusi alam siber ketika rakaman sebuah video lucah dikatakan berlangsung di sebuah hotel.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliDua akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia dan New Straits Times hari ini mendakwa tidak ada catatan Twitter atau Facebook Anwar pada 21 Februari antara jam 10.23 hingga 10.45 malam – masa yang dikatakan adengan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pengarah Strategi Komunikasi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu.

Tertera adalah catatan yang dimaksudkan:

1040 malam: “Inshaallah”
1049 malam: “That's d Najib's plan. Our task: pursue reform agenda”
1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”
1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”
1058 malam: “Bisa”
1103 malam: “Waras”
1103 malam: “Ada ruang bias ja”
1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah di UGM”
1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

Jelas Rafizi, masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat 'Selective Tweets'.

Sembilan pesanan

Rafizi berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara jam 10.38 hingga 11.06 malam.

Waktu rakaman video berkenaan adalah antara 10.20 hingga 10.41 malam.

“Semua laporan setakat ini oleh mereka yang menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter,” jelas beliau.

anwar facebook tweetsMalah Rafizi menegaskan pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu sendiri kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya diketahui umum.

“Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Rafizi berkata ada pihak termasuk blog upahan Umno mendakwa wujud perbezaan masa sejam di antara catatan di laman Facebook dan laman Twitter.

Bohong besar

Itu kata beliau adalah pembohongan besar yang direka cipta kerana hakikatnya adalah Anwar di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

“Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.

NONEOleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya akhbar-akhbar milik Umno itu yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.

“Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut,” katanya.

Dalam laporan muka depannya hari ini bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” akhbar kawalan Umno itu mendakwa Ketua Pembangkang 'hilang' kira-kira dua jam pada 21 Febuari lalu, kerana tidak ada catatan dalam Twitter dan Facebooknya.

Niat jahat

Rafizi berkata, laporan itu jelas berniat jahat, dan bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan Umno ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.

NONEMenurut Rafizi, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan.

“Malah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau,” katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin lalu ia dirakamkan di sebuah hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu./Malaysiakini

9 ulasan:

  1. antara utusan dengan harakah yang mana yng lebeh menojol dalam memfitnah,,,bagaimana rezeki kalau berkerja,,,kuman seberang nampak gajah depan tak nampak,,,nasihat harakah samammmm....

    BalasPadam
  2. BILA PERNAH MEDIA PECACAI PARTI SEKUTU APCO CAKAP BENAR ? KENA IKUT TELUNJUK UMNO@APCO LA KALU NAK CARI MAKAN DAN SELAMAT ! CAKAP KEBENARAN @ LAWAN TOWKEY NAHAS LA , BILA LEMBU DICUCUK HIDUNG APA YANG BOLEH DIHARAPKAN ?
    FITNAH BUKAN KERJA ISLAM !

    BalasPadam
  3. Mana anuar Ibrahim daripada jam 9.20 hingga 10.40 pm, itu yang di persoalkan. Cakap lah pergi makan malam. habis cerita. bab cerita lucah ni diarlah Allah dan Anuar yang jawab. Bagi rakyat Malaysia , Banyak lagi pemimpin yang baik dalam Malaysia. Anuar dah tua dah layak bersara. jaga cucu kat rumah lagi baik.

    BalasPadam
  4. tanpa nama 10:40.....
    lu ni bangang ke apa? orang amno ni mana ada yang pandai dan berotak, kalau setakat bagitau anwar makan malam, dengan najib pon mereka xkan percaya. tu sebab kena tunjukkan bukti detail. tambah pulak kalau kata itu biar anwar jawab dengan Allah, lu ingat mereka nak terima ke? mereka pon tak percaya Allah tu ada ke xde.....! kalau mereka percaya Allah ada vkan jadi cenggini. kalau nak kira tua pm tu pun dah tua, jahat pulak, dah layak pergi........MAMPUS!!!!

    BalasPadam
  5. Orang amno nak bukti detail, siap DNA sekali. Orang PR tak payah bukti pun boleh. Najib berzina dan bunuh wanita mongol, tanpa bukti pun boleh percaya. Air mani bersepah dalam lubang jubur masih tak mengaku.Orang PAS senang di tipu oleh Anuar kerana, orang PAS tak tengok video Blue, jadi kena percaya cerita orang PKR yang dah tengok video blue tu. HANCUR MALAYSIA.

    BalasPadam
  6. org umporno ni bukan dipedulinye bukti...lepas ni dia punya teori org ngentot sedang twitt mmcm tok jib ngentot penyanyi tengah karaoke

    BalasPadam
  7. pangkah lagi,,walau tahu kebenaran tapi demi nak survive orang melayu kononnya,,tak ada pilihan,,,piiiiiiiiiiirahhhhhhh..kepala hotak korang

    BalasPadam
  8. kalu perut boleh tunjuk secara live, apakah susah nak serahkan DNA? after all, utk bersihkan diri dari difitnah..ganjarannye putrajaya, apa susah?

    BalasPadam
  9. 1 MALAYSIA kena bohong......UMNO takut dgn ANUAR.......

    BalasPadam