RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 29 Mac 2011

TEMBELANG SUMPAH EZAM PECAH

Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM raja sesumpah di dalam mana-mana ceramahnya selepas menganut fahaman Umno, tidak lekang dari mulutnya menyebut keburukan DS Anwar bekas bos pujaannya itu. Bukan Ezam raja sesumpah sekiranya dia berceramah tidak menyebut nama Anwar kerana beliau tahu populariti beliau sebagai pencacai Umno hanyalah bergantung kepada tokoh ternama ini.

Sebelum ini, beliau kerap menjaja sumpahnya walaupun tiada siapa meminta beliau bersumpah. Kini, ilmu sesumpah beliau berjangkit kepada betina yang dibuang dari ahli keluarga sendiri iaitu makcik Umi. Makcik ini pun akan bersumpah sesuka hati bila dan di mana sahaja beliau mahu asalkan sumpahnya itu boleh menjadikan orang yang mendengarnya menjadi jahil atau bodoh.

Selain daripada Ezam raja sesumpah suka bersumpah, beliau ke hulu ke hilir mencabar agar Anwar juga turut bersumpah dan menjadi bodoh sepertinya. Mainan sumpah ini kerja orang bodoh, tidak bertamadun dan orang tidak berilmu. Jika dilihat cara Ezam raja sesumpah sebelum ini yang bersungguh-sungguh mahu Anwar bersumpah di atas salah laku moralnya, seolah-olah jika Anwar bersumpah Ezam raja sesumpah akan percaya Anwar itu benar dan beliau akan melutut minta ampun pada Anwar.

Tetapi itu dulu, kini Ezam raja sesumpah terbelit. Semenjak isu video seks yang ingin memerangkap Ketua Pembangkang itu `terkantoi', Ezam raja sesumpah mungkin sudah merasai betapa segala perancangan ke atas Anwar selalu gagal dan tidak dipercayai oleh rakyat. Kini, martabat Anwar bertambah berkali ganda akibat fitnah yang terkantoi itu. Sebaliknya, maruah Ezam raja sesumpah tercemar kerana beliau lah yang paling keras dan banyak membawa cerita keaiban Anwar. Sumpah tidak lagi membawa makna kepada Ezam kerana hati kecilnya sendiri mungkin sedar apa yang berlaku sebenarnya kepada Anwar. Maklumlah, bukan mudah untuk mendapat Senator hanya menjadi ahli Umno biasa sahaja.

Di dalam kenyataannya di akhbar, Ezam raja sesumpah kini tidak berminat lagi dengan sumpah oleh Anwar. Seandainya Anwar bersumpah sekali pun, Ezam raja sesumpah tidak akan mempercayainya. " Ezam berkata, sebagai individu yang lama mengenali Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran. “Saya yakin Anwar akan bersumpah jika dia diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika dia sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya),” katanya (Berita Harian Online)

Jelas, selama ini cabaran Ezam raja sesumpah terhadap Anwar hanyalah bersifat mengampu sahaja. Beliau tahu Anwar tidak bermasalah untuk bersumpah asalkan ianya berlandaskan hukum Islam yang sebenar. Sebab itulah Anwar seboleh-bolehnya mahu merujuk kes yang beliau hadapi itu mengikut perundangan Islam kerana ada kaedah di mana Anwar mungkin diperintahkan untuk melakukan sumpah. Seperti yang Anwar selalu sebut, beliau bersedia untuk melakukan sumpah sekiranya itulah perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah Syariah atau mengikut perundangan Islam. Presiden PAS sendiri sebut, jika Mahkamah Syariah memerintahkan Anwar perlu bersumpah, maka Anwar kena melakukannya. Masalahnya, mengapa beliau dihalang dari mengikuti proses mengikut perundangan Islam?

Oleh yang demikian, Ezam raja sesumpah secara jelas telah menunjukkan sikap beliau yang sebenarnya terhadap Ketua Umum PKR itu. Apa pun yang dilakukan oleh Anwar, pasti Ezam raja sesumpah tidak akan mempercayainya lagi. Sebaliknya, Ezam raja sesumpah lebih mempercayai Najib dan Rosmah walau apa pun yang mereka lakukan. Sebagai contoh, di dalam isu video seks yang terkantoi ini, ada kah Ezam raja sesumpah ingin mengulas? Tidak. Mengapa? Sebabnya mulut sudah terkunci rapat, maka kebenaran tidak lagi mampu untuk diluahkan./wfauzdin.blogspot.com

12 ulasan:

  1. saudara wfauzdin..

    tentang video seks anwar.. bahagian mane ya yang terkantoi.. bab perut buncit ke..
    atau bab twitter/fb ke.. atau jam omega..

    mohon penjelasan wfauzdin..

    daripada: orang yang ingin tahu..

    BalasPadam
  2. bertaubatlah sementara boleh bernafas!!!!!!

    BalasPadam
  3. sy dh ulas apa yg ditanya tentang kantoi tu...byk blog juga dedahkan fakta yg terkantoi itu. Sila semak semula, mngkin anda ktinggalan...tkasih

    BalasPadam
  4. Kantoi yang paling utama, Dato T mengaku kawan baik Anwar, dia buat projek sebelah bilik Anwar, pulak tuh boleh terkejut bila jumpa rakaman video perbuatan Anwar yg tak bermoral. Kalau seorang rakan baik akan berkata, cukuplah kita setakat nih mai lah kita sama-sama tobat, apekehei jumpa Rahim Thambi Cik.

    BalasPadam
  5. Tanpa anwar membawa ezam dalam kancah politik pasti beliau cukup sekadar menjadi pengurus pasukan bolasepak PJS sahaja....siapa beliau tanpa anwar...mungkin jadi tukang kasut tukang jaga pintu tandas.....ini la wajah sebenar insan yang sudah terkenal menjadi pengentam hebat umpama iblis dah diberi kehidupan menentang ALLAH kerana enggan sujud kepada ADAM a/s maka iblis menjadi penderhaka kepada tuhan nya....hati2 la manusia seperti ini kerana nyawa kita adalah milik ALLAH bila tiba saat nya orang yg difitnah tidak memberi maaf kepada kita nescaya amal baik kita akan berpindah kepada orang yang difitnah...muflis didunia boleh kita cari lagi muflis diakhirat tiada siapa yang dapat membantu..insaflah..

    BalasPadam
  6. Selagi kita berpijak atas kebenaran Allah akan bantu..sama ada lambat atau cepat..puak sesumpah dan para kekatak udah panas mianggg...

    BalasPadam
  7. kalau tak kerana duit atau dijanjikan senator mana mungkin sesumpah tu dok merepet meraban.doa supaya cepat mampos

    BalasPadam
  8. anon 3:47
    projek jam omega..kah kah kah.
    itu lah asyik baca utusan.nazri pun dah tak berani cover.tembelang dah pecah,bala tengah datang.
    umno dah tak larat lagi nak cover perangai orang orang penulis memori si nyanyuk tua .
    buakn setakat pembangkang yang nak dilingkupkan,malah tempiasnya juga terkena pada najib.
    apa yang dia buat pada Tun Abdullah Badawi,dia kan buat perkara yang sama pada najib.

    BalasPadam
  9. bila agenda nya utk membodek Najib x kesampaian maka tindakannya mula kelam kabut lalu melalut

    BalasPadam
  10. aku cukup geram dengan si ezam ni....dulu dia ceramah dekat jasin melaka,siap angkat tangan bersumpah,berikrar tak akan masuk UMNO....dia ni bukan manusia tapi binatang.....

    BalasPadam
  11. banyak yg kantoi silap BN, pertama sekali, sejak bila dato T jd org suruhan Anwar bila kata Anwar suh pegi ambil jam tangan yg tetinggal dlm bilik tsebut. kedua tarikh dan masa spt yg dinyatakan oleh dato T ttg video itu dirakamkan anwar sdg berbalas facebook dgn tweeter, ketiga ttg perut buncit lelaki dlm video tsebut x sama buncit dgn perut Anwar. byk lg...

    BalasPadam
  12. mangkuk jamban ezam@biawak@katat puru@khinzir hutan@spesis binatang haram org islam sentuh dan makan....cukup2 la nak buat fitnah dan tahana kat org...ingat mati biawak woi.....

    BalasPadam