RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 28 Mac 2011

DEBAT BUKU JINGGA - AHLI UMNO DESAK NAJIB TERIMA CABARAN ANWAR

Terima sahaja cabaran untuk berdebat terbuka itu — Aspan Alias

March 28, 201128 MAC — PKR ulangi cabaran untuk mengadakan debat di antara Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cabaran ulangan ini dinyatakan dengan terbuka oleh salah seorang Naib Presidennya iaitu Nurul Izzah Anwar. Cabaran ini telah dibuat beberapa bulan dahulu oleh Anwar tetapi ditolak oleh Najib dengan bermacam-macam alasan tetapi bukan bersebab.

Saya berkeyakinan Najib boleh mengambil kesempatan jika beliau benar-benar terbuka dan yakin beliau telah melakukan yang terbaik dan diterima rakyat dan akan dapat membuktikan apa juga yang dicadangkan oleh PR itu tidak akan dapat menandingi apa yang telah dilakukan oleh beliau (Najib).

Di dalam perdebatan itu jugalah Najib mempunyai kesempatan untuk menidakkan buku jingga anjuran Pakatan Rakyat itu tidak baik dan membuktikan yang negara akan bangkrap jika dilaksanakan apa yang ada di dalam buku jingga itu.

Jika benar Najib mempunyai kelebihan dari perancangannya beliau tidak akan ada “hesitant” untuk menerima cabaran itu. Hanya jika beliau tidak ada keyakinan untuk memberikan perbahasan yang baik sahaja yang boleh menyebabkan beliau keberatan untuk berdebat. Tidak ada alasan yang lain kenapa perdebatan ini tidak diterimanya.

Pihak kita telah berulang kali dan sentiasa memberikan persepsi yang apa yang dilakukan oleh PR itu tidak boleh dilaksanakan. Didalam berdebatan ini jugalah Najib boleh membuktikan yang PR itu hanya berangan dan tidak akan mampu untuk melaksanakan apa yang dirancangkan oleh “coalition” pembangkang itu.

Najib tidak boleh bersikap defensif di dalam isu perdebatan ini. Rakyat ramai tahu dan boleh “menyelam air di dalam tunggak” dan cara yang paling effektif bagi Najib untuk memberikan perbahasan yang apa yang dirancang oleh pihak pembangkang itu ada mustahil untuk dilaksanakan.

Apabila rakyat sudah dapat membaca dan “menyelam air di dalam tunggak” itu maka pihak ramai akan mula memberikan pandangan masing-masing dan kepada siapa yang menunjukan keberanian itu membuka perancangannya, pihak itulah yang akan diyakini oleh pengundi di dalam pilihanraya nanti.

Pihak kita tidak boleh lagi memberikan alasan yang PR hanya tyemberang kerana pihaknya telah meminta perdebatan secara terbuka. Tindakan ini sahaja akan memberikan kelebihan kepada PR. Jika apa yang pihak kita kata yang mereka itu temberang maka di dalam perdebatan itulah Najib ambil kesempatan untuk membuktikan tuduhan kita benar.

Jika Najib berjaya membuktikannya pihak kita tidak aka nada masalah untuk berkempen selepas itu dan tidak payah lagi kita menggunakan tektik yang tidak beretika untuk memenangi pilhanraya itu nanti.

Jika kita tidak beranai menghadapai cabaran ii akhirnya nanti rakyat akan membuat persepsi yang pihak kita adalah pihak yang sebenarnya temberang dan pihak yang takut untuk menghadapai manusia yang digeruni oleh pihak kita.

Kepada DS Najib, jika kita betul-betul di pihak yang benar, jangan ditangguh lagi. Terima sahaja cabaran dari mereka. Jika kita bukan dari pihak yang benar-benar, pandai-pandailah memberi alasan untuk menolaknya. Tetapi untuk memberikan alasan menolaknya itu merupakan satu usaha yang sangat berat untuk dilakukan.

Sekarang bola di kaki DS Najib. Tendanglah kemana yang beliau rasakan arah yang baik. Kita tidak boleh “bertaici” lagi. Rakyat sedang memerhatikan kita dengan begitu dekat sekali. — /http://aspanaliasnet.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan