RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 1 April 2011

SIAPA IDOLA KETUA POLIS NEGARA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini media melaporkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.

NONEIni adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Maka jelas, itu ada video lucah yang tulen. Ertinya apa? Ertinya, Rahim Thamby Chik beserta orang-orangnya terbukti menjadi `master mind' penayangan video lucah di khalayak ramai di sebuah hotel samada `berniat baik atau tidak'.

Persoalannya, adakah tayangan video lucah itu halal atau haram samada di sisi undang-undang negara mahupun hukum Islam? Di sisi perundangan negara, mungkin Peguam Negara atau Ketua Polis Negara mampu menjawabnya dengan lidah yang fasih. Manakala, di sisi hukum Islam pula, ada beberapa Ulamak telah memberi hukum yang jelas termasuk bekas Mufti Perlis Dr Asri, bekas Mufti Wilayah Hashim Yahya dan juga Mufti Perak sendiri.

Memadaikah Ketua Polis Negara hanya mengumumkan bahawa video lucah itu asli, tanpa menahan atau mendakwa Rahim Thamby Chik dan sekutunya itu? Soal pelakunnya, kita biarkan siasatan terus berjalan untuk mengenalpasti siapakah yang dikatakan pelakun porno berperut buncit itu. Yang penting, buktinya jelas iaitu video lucah itu asli dan mereka yang menayangkannya telah membuat pengakuan. Tunggu apa lagi? Adakah mahu ditunggu ujian DNA kepada pita rakaman tersebut?

Kepada Ketua Polis Negara, ini satu ujian buat kredibiliti beliau. Rakyat akan menilai samada beliau setaraf atau lebih rendah mahupun lebih tinggi darjatnya dengan bekas KPN terdahulu iaitu Haniff Omar, Rahim Noor dan Musa Hassan. Bila sebut Haniff Omar, kita teringat kisah beliau berkata di dalam mahkamah sewaktu menjadi saksi kes liwat I DS Anwar bahawa beliau tidak pernah jumpa ayat mengharamkan judi di dalam Al-Quran. Sebut Rahim Noor pula, teringat kisah mata lebam DS Anwar juga sewaktu fitnah liwat I. Musa Hassan, popular dengan kisah usung tilam keluar masuk mahkamah juga berkaitan dengan fitnah liwat I DS Anwar.

Kesemua bekas KPN tersebut ada rekod tersendiri terhadap kredibiliti PDRM dan kita harap KPN yang baru sekarang tidak menjadikan mereka itu sebagai `idola' beliau./wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. Melangan pelacur itu satu jenayah. menyebarkan vedio lucah satu jenayah. tetapi kedua-dua bukan lah satu jenayah yang berat di bandingkan dengan liwat mengikut undang-undang Malaysia. jangan takut tak kena penjara pun.

    BalasPadam
  2. Kalau nak tangkap dah awal-awal lagi dah.Ini dah basi.

    BalasPadam
  3. Maka berkatalah PM Najib yg menjadi ketua KERAjaan kpd semua pegawai penguatkuasa yg setia dengannya; "Sekarang apa tunggu lagi, tangkap aje Anwar Ibrahim dan sumbat aje dalam jail...!!"

    Pegawai penguatkuasa pulak kata, "Tak bicara dulu ke Tok Seri..?"

    PM Najib kata, "Tak payah.....Ikut Suka Aku...!!"

    BalasPadam
  4. Polis msia dah jadi macam polis GESTAPO zaman nazi jerman!..harap pihak pakatan rakyat atau sesiapa saja dapat buat aduan kepada DYMM YG DIPERTUAN AGUNG selaku ketua tertinggi negara atas salah laku kuasa menteri dlm negeri serta KPN yg tidak menghormati sistem raja berlembagaan dlm menjalankan tugas. USAH BIARKAN menteri2 brengsek ,peguam mafia dan ketua polis gestapo ikut jejak zaman si kitol nyanyuk yg sesuka hati membelasah institusi raja berperlembagaan!

    BalasPadam
  5. ntah..aku rasa bila jumpa polis mcm nak langgar aje...tapi aku tahu ada lagi polis yang baik dan mencari rezeki yg halal utk keluarga mereka..mereka ni pun tunggu masa je nak naik dan ubah sistem polis yg korup skrg ni...tapi kalau nak cepat lg kena la undi PR masa PRU nanti...

    BalasPadam
  6. Polis nie lembab la, baru nak sahkan video tu tulen atau tak. Rakyat nak tahu siapa sebenarnya pelakon utama video tue.

    BalasPadam
  7. Balun jubur,balun lubang taik dan menyokong kaki balun jubur tak kira lak HALAL atau HARAM.Tayang dan tgk video macam macam fatwa lak keluar.

    Tolong jangan sengalkan otak tu...

    BalasPadam