RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 1 April 2011

Jembalang: Tak payah komen, bodoh sangat

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan. "Tak payah komen la...bodoh sangat. "46 tahun lebih mereka di Sarawak, apa yang dibuat?" soalnya yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa.

Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN telah menganaktirikan Sarawak sejak sekian lama. Walaupun Sarawak kaya dengan hasil mahsyur jelasnya, namun rakyat dan negeri itu sendiri masih ketinggalan dari arus pembangunan. Dan tidak pelik katanya jika Muhyiddin menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan mereka apatah lagi berdepan pilihan raya negeri itu 16 April ini. "Baru sekarang nak buat itu, buat ini," tambahnya.

Muhyiddin semalam menyifatkan parti selain BN yang akan menyertai pilihan raya Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang' dan perlu ditolak rakyat. Katanya, sebahagian 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini dan akan menawarkan janji-janji manis. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di Kuching semalam./Harakahdaily

3 ulasan:

  1. Aku rasa Datuk Halim ni buat kelakar kot.. Agak nye dia tak pernah gi Sarawak tengok macam mana pembangunan kat sana. Sekurang2 nya bandar Kuching tu jauh lebih bersih dari Kota Baru & Pengkalan Cepa.

    Kalau PAS ni pandai sgt, dah 20+ tahun lebih memerintah Kelantan, kenapa Kelantan lebih mundur dari negeri2 lain. Krisis air pun tak boleh nak selesai, sampah sarap jangan cakap la. Berterabur sana sini. Tandas pun kotor giler..takut nak masuk. Biasa la PAS.. salah org cepat jer nampak, kelemahan sendiri buat2 tak tahu. Yg depa tahu cuma berceramah dan maki hamun org lain yg tak sependapat dgn depa. Jgn nak salah kerajaan pusat x de budget.. itu taktik basi. Rakyat dah cop PAS parti yg cakap tak serupa bikin.

    Kawan-kawan aku dari Kelantan pun dtg KL cari makan & cari ilmu. Ramai yg dah berjaya & settle kat KL sb x de peluang kerja kat Kelantan. PAS jgn cakap banyak le ..

    BalasPadam
  2. hahahaa....laksa laksa..ada jugak org mcm kau ni...cerdik tapi kurang guna akal bila berhujah..

    BalasPadam
  3. Hello asam bo,

    Lu apa hal.. ? Nak tegak benang basah ke ?

    BalasPadam