RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 28 Mac 2011

HIDUP LAGI RUPANYA DAIM, PATUT PUN UTUSAN MELOYA KUTIP

Oleh: WFAUZDIN NS

SALAH seorang yang dikatakan `konspirator' fitnah Liwat I melibatkan DS Anwar , Daim Zainudin kini dibawa kembali oleh akhbar pencacai kaki fitnah iaitu Utusan Meloya. Di dalam edisi Mingguan Meloyanya semalam, akhbar bangsat ini mengutip kembali Daim yang sebelum ini ramai yang sangka sudah mati kerana hilangnya dari suara politik tanahair.

Mungkin kerana skandal video seks yang cuba dibawa oleh `three strooges' atau Datuk T ditertawakan orang seluruh dunia, maka akhbar jijik ini memungut Daim untuk berbicara semula soal politik terutamanya komen beliau terhadap Anwar. Saya hanya ingin mengulas tentang kenyataan Daim yang dipetik dari Mingguan Meloya semalam seperti berikut;

"Katanya tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad dan jentera Umno di belakangnya, Anwar tak mungkin menjadi timbalan presiden parti. Pada pengamatan ramai, Anwar tidak menunjukkan kebolehan luar biasa sebagai pentadbir. Tidak nampak sebarang 'reformasi' di mana-mana kementerian yang dipegangnya ketika menjadi menteri, katanya." (Mingguan Meloya).

Benarkah Anwar meningkat cepat di dalam Umno kerana Tun Mahathir? Saya akui, Mahathir lah yang membawa Anwar ke dalam Umno tetapi kerana apa? Sudah tentu Mahathir melihat Anwar adalah seorang muda yang berkebolehan serta tokoh yang mempunyai pengaruh yang besar ketika itu. Sebelum menyertai Umno, Anwar adalah Presiden ABIM yang begitu kritikal terhadap kerajaan dan dilihat mempunyai jiwa Islam yang Mahathir mahu gunakan untuk menghadapi PAS. Mustahil Mahathir membawa Anwar ke dalam Umno sekiranya Anwar tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang tiada pada pemimpin Umno yang lain ketika itu.

Selepas Anwar berada di dalam Umno, Anwar berupaya memperkuatkan pengaruhnya kerana ketokohan beliau serta komitmen beliau untuk melihat Umno dapat di`Islamisasi'kan. Anwar naik sebagai Ketua Pemuda Umno dengan sokongan golongan muda yang pada waktu itu tertarik dengan pendekatan beliau terhadap perjuangan Islam. Anwar berjaya menarik ramai pengikutnya dari ABIM ke dalam Umno dan sebahagian besar dari mereka adalah penyokong kuat Anwar di dalam Umno. Anwar menjadi Ketua Pemuda bukan dengan cara mengambil alih jawatan begitu sahaja, bahkan beliau menghadapi pertandingan dan beliau menang.

Selepas itu, Anwar terus disokong kuat di dalam Umno sehingga ke jawatan Naib Presiden Umno seterusnya Timbalan Presiden Umno. Kesemuanya melalui pertandingan dan Anwar menang kerana sokongan besar yang diperolehinya. Hujah Daim yang menyebut Anwar naik kerana Mahathir jelas bohong kerana kita masih ingat sewaktu Anwar mula ingin menentang Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden Umno, waktu itu Mahathir awalnya menyokong Tun Ghafar. Tetapi, ketika Mahathir melihat gelombang sokongan ahli Umno kepada Anwar amat hebat untuk jawatan Timbalan Presiden Umno di bawah Tim Wawasan (Anwar, Najib dan Muhyidin), maka Mahathir dalam keadaan terpaksa menyokong Anwar. Tun Ghafar Baba berundur sebelum masuk gelanggang. Sehebat-hebat Tun Ghafar Baba, tokoh ini terpaksa mengaku kalah dengan Anwar walaupun awalnya Almarhum Tun Ghafar mendapat sokongan Mahathir. Ertinya, Anwar hebat bukan kerana Mahathir.

Di era Anwar di dalam Umno, Daim menyebut tiada reformasi yang dilakukan oleh Anwar. Daim usah berharap kita melupakan sejarah Anwar di dalam Umno dan kerajaan. Daim mungkin nyanyuk atau lupa. `Islamisasi' di dalam kerajaan wujud di era Anwar. Ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran, beliau memperkenalkan peraturan pelajar lelaki dan perempuan Islam menutup aurat. Sebelum itu, pelajar lelaki berseluar pendek, manakala perempuan memakai skirt. Semua sekolah diadakan program keugamaan seperti Solat Berjamaah dan program Qiamullail. Ketika Anwar menjadi TPM, setiap jabatan kerajaan diadakan program tazkirah dan juga program keagamaan yang terancang.

Rakyat tidak lupa di era Anwar di dalam kerajaan juga, maka program keislaman tampak wujud seperti Universiti Islam, Bank Islam, Takaful dan beberapa pembangunan Islam yang lain. Malangnya, Anwar tidak mempunyai kuasa mutlak kerana beliau hanya Timbalan Perdana Menteri. Ramai ahli Umno ketika itu bersabar menanti suatu hari nanti Anwar akan menjadi PM untuk beliau terus dengan agenda Islamnya. Mahathir sudah nampak kebangkitan Anwar ini. Mahathir belajar dari apa yang berlaku kepada Tun Ghafar Baba. Justeru itu, Mahathir mempunyai perancangan tersendiri untuk menyekat kemaraan Anwar.

Mahathir lah yang sepatutnya berterima kasih kepada Anwar. Jika beliau mahu Anwar membalas jasanya kerana membawanya ke dalam Umno, Anwar telah membalas jasa beliau dengan menyelamatkannya dari tumbang kepada Tengku Razaliegh sewaktu pemilihan pucuk pimpinan Umno. Pengaruh dan kempen Anwar sewaktu itu menyokong Mahathir menyebabkan Mahathir menang teramat tipis dengan Tengku Razaliegh.

Daim sebenarnya tahu bagaimana kehebatan manusia bernama Anwar ini samada sewaktu berada di dalam Umno sehinggalah kini. Jika tidak, mustahil Anwar berterusan difitnah dengan berbagai cara yang jijik dan tidak masuk akal. Cara terakhir mereka adalah dengan menggunakan pemuda yang tidak mencuci duburnya beberapa hari, menggunakan betina tua yang tidak diakui anak oleh ayah kandungnya sendiri, beberapa katak melompat yang mendapat upah serta yang terakhir setakat ini mereka menggunakan `bohjan tua' bersama kumpulan `three strooges' yang pernah dikaitkan dengan anak gadis bawah umur di Melaka. Video seks dari `three strooges' ini kini menjadi bahan lawak jenaka di merata tempat. Nyata sekali, Umno tiada upaya untuk berdepan dengan insan bernama Anwar Ibrahim./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. kalau betul ulasan daim kenapa umno takut akan anuar dia bukan duduk dalam umno pun pengaruh dia pun tak ada ,biarla saja dia dalam pkr kata dia tak ada pengaruh.kenapa bersusah2 menghabiskan duit rakyat untuk menyerang anuar dari berbagai sudut,relax je buat kerja sendiri.rakyat malaysia pun dah matang berfikir.

    BalasPadam
  2. Semasa dia jadi menteri kewangan, dia buat undang pelepasan cukai, termasuklah dia sendiri tak payah bayar cukai.

    BalasPadam