RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 23 Jun 2011

PERHIMPUNAN BERSIH - JANGAN PIJAK BUMI SELANGOR? WAH, ANGKUH SUNGGUH

Oleh: WFAUZDIN NS

WAH, bukan main hebat lagi seorang Pegawai Polis bercakap di dalam TV tadi. Dengan muka serius menunjukkan geramnya memberi amaran jangan cuba-cuba menjejakkan kaki di bumi Selangor untuk memasuki KL atas alasan untuk berhimpun pada 09 Jul nanti.

Kesihan. Benar juga kata orang tidak semua pegawai atasan ini bijak dan cerdik. Sewajarnya sebagai seorang Pegawai Polis berjawatan kanan mesti mahir di dalam undang-undang dan tahu sedikit sebanyak apa yang terkandung di dalam Perlembagaan. Jika setakat memberi alasan perhimpunan itu haram kerana tiada permit, aku rasa Konstabel Polis pun boleh membuat alasan begitu. Berilah alasan yang kukuh berpandukan undang-undang dan Perlembagaan, barulah rakyat `respek' ketajaman pemikirannya.

Apa pun, aku sungguh bangga kerana mana-mana face book teman-teman yang aku buka, face book mereka dipenuhi dengan warna kekuningan (badge) pada profile masing-masing. Wah, bertambah bersemangat jiwa kita dibuatnya tambahan pula ada `regu' kita dari PERKASA untuk menemani kita nanti bersama Pemuda Umno. Itu tandanya kita bijak dan tahu hak di dalam Perlembagaan. Pihak mana yang memulakan kacau bilau nanti, mereka adalah spesis beruk-beruk di jalanan sepertimana yang pernah diungkapkan oleh KJ, Ketua Pemuda Umno.

Tugas kita sekarang, pada 02 Jul nanti kita disarankan untuk memakai baju kuning (BERSIH) sebagai `warm-up' tanpa kita berhimpun. Jika mahu ke mana-mana pada 02 Jul nanti, kita pakai baju kuning. Hebahkan pada rakan-rakan di dalam blog atau Face Book masing-masing. Kita mesti tunjukkan pada puak yang jahil itu bahawa rakyat Malaysia bukan tidak bertamaddun dan kita bukan lembu yang boleh dicucuk hidung.

Cukuplah lembu jadi lembu, jangan kita pula jadi lembu. Kumpulan yang diketuai oleh raja katak itu, biarlah mereka melompat sesuka hati mereka asalkan mereka tidak menganggu kita./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Berapa banyak katak yang nak dikumpulkan oleh raja katak pada 9 Jul ni. Silap2 gaya penyek habis katak2 dilanyak oleh himpunan bersih.

    BalasPadam
  2. kuasa tak banyak mana beb,jangan jadi polis raja dimalaysia,pemimpin atasan lenyapkan berbilion,kamu pulak nak jadi hero tak tentu pasal,jangan jadi a dead hero dah ler.....kesian dia i help u,u help me....

    BalasPadam
  3. sy stju ngan kate2 bloge..pastikan k.l padat ngan kekuningan..jgn bg can pada FRU n PDRM..pg jahanam ngan halangan dy org 2..yg pasti anak2 muda mahu pon rakyat m'sia bangun n lawan d atas kezaliman yg berleluasa..

    BalasPadam
  4. cakap dgn pegawai polis,JANGAN ingat Malaysia ni bapak lu yg punya.Gaji dia pun rakyat yg bayar,nk tunjuk lagak pulak!

    BalasPadam
  5. kita tunggu 9 julai...

    BalasPadam