RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 5 Januari 2012

`SEKETUL DAGING BUSUK' DI DALAM PAS YANG MESTI DIBUANG SEGERA

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEBELUM ini saya pernah berjanji tidak mahu lagi menulis berkaitan Dr Hassan Ali selepas dia memohon maaf atas kesilapannya mengkritik konsep Negara Berkebajikan PAS.  Walaupun hati kecil selalu berkata, Dr Hassan Ali ini perlu diperhatikan gerak-gerinya kerana sejak kebelakangan ini `tari dan lengang-lengok' beliau seiras dengan Umno.  Namun atas dasar tidak mahu memanaskan isu yang sudah hampir sejuk, saya menahan diri dari memperkatakan tentang mantan Pesuruhjaya PAS Selangor itu.


Malangnya ianya tidak lama kerana nampaknya Dr Hassan Ali tetap mahu beliau dipecat dari PAS untuk memudahkannya memasuki `kandong lembu kondo' di sebelah sana. Tindakan beliau mengkritik PAS yang menjalankan kempen sokongan terhadap DS Anwar di mahkamah pada 09 Jan ini nanti sudah cukup buat kita mengenali `hati budi' Dr Hassan Ali selama ini.  Saya tidak kisah samada Dr Hassan Ali suka, sokong, benci atau meluat dengan DS Anwar atas apa jua alasan beliau, tetapi kenyataannya yang menghasut agar rakyat, penyokong PAS termasuk Mahasiswa jangan menyokong DS Anwar di dalam menghadapi perbicaraan nanti menunjukkan betapa busuknya hati Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor itu.

Beliau menganggap apa yang berlaku terhadap DS Anwar itu adalah masalah peribadi yang PAS tidak boleh camportangan.  Ertinya, selama ini Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Tuan Guru Hj Hadi dan Mursyidul Am PAS, bahkan Ulamak Muktabar seperti Syeikh Yusuf Qardhawi, Syeikh Taha dan Dr Wahbah tersilap kerana menyokong masalah peribadi DS Anwar?  Itukah fahaman Dr Hassan Ali di dalam perjuangan sesama rakan sendiri?  Bagi saya, hal peribadi adalah seperti seseorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi MB sehingga sanggup `berunding dalam gelap' bersama musuh.

Adakah Dr Hassan Ali pejuang Islam?  Jika beliau benar-benar pejuang Islam, sewajarnya beliaulah orang pertama yang membantah kes DS Anwar itu dibicarakan di Mahkamah Sivil dan beliau juga sepatutnya orang pertama yang menyokong kuat kehendak DS Anwar untuk memilih Mahkamah Syariah di dalam kes Qazaf.  Tetapi, mengapa di dalam hal ini beliau membisu?   Mengapa beliau mahu DS Anwar terima sahaja keputusan mahkamah nanti yang kononnya `Qada dan Qadar' Allah terhadapnya? 

Jika mahu mencari `seketul daging busuk' di dalam PAS, carilah pada Dr Hassan Ali.  Beliau sudah lama dilihat tidak bersunguh-sungguh berjuang di dalam PAS.  Siapa boleh beri jumlah berapa kalikah Dr Hassan Ali turun berdemontrasi bersama PAS mahupun anjuran PR atau NGO yang menentang sebarang ketidakadilan?  Pernahkah anda melihat Dr Hassan Ali disirami air kimia Water Canon jauh sekali dipukul atau dikasari oleh FRU?  Jika kehadiran orang ramai pada 09hb Jan ini nanti tidak digemari oleh Dr Hassan Ali kononnya itu adalah masalah DS Anwar, bagaimana pula dengan perhimpunan-perhimpunan atau demontrasi-demontrasi lain yang turut disertai oleh pemimpin Pembangkang?  Ini menunjukkan Dr Hassan Ali mahu jalan paling mudah untuk berjuang iaitu pentingkan diri sendiri.

Bayangkan jika beliau berada di tempat DS Anwar sekarang?  Apakah beliau dan anak bininya mampu bertahan seperti yang dilakukan oleh DS Anwar?  Apa perasaan beliau jika tiada seorang pun yang bersimpati atau menyokong beliau tatkala beliau difitnah?  Dr Hassan Ali lebih layak tinggal di dalam hutan kerana beliau pentingkan dirinya sendiri dan tidak peduli apa pun yang berlaku ke atas orang lain. 

Jika di dalam PKR, sudah terlalu banyak `daging-daging busuk' yang telah berjaya dikeluarkan, kini di dalam PAS masih terlekat seketul daging busuk yang kini berjaya dihidu oleh Umno.  Puji-pujian Dr Hassan Ali kepada Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz diharapkan tidak melekakan PAS dari membuang seketul daging busuk ini dari merebak lebih jauh./wfauzdin.blogspot.com

24 ulasan:

  1. Ini lh rupa sbnar Hasan Ali,yg konon ny brjuang dmi bangsa Mlayu,agama Islam dn Raja2 Mlayu.Yg di hina ni brbangsa Mlayu dn bragama Islam.Klau itu pun dia tk faham brhnti lh mnjadi Melayu dn Islam

    BalasPadam
  2. As Salam Sjn Wan. Aku nak tambah sikit...Seketul daging babi busuk...sebenarnya.

    BalasPadam
  3. hassan ali?? UMNO yg bayar...
    ezam??...UMNO yg bayar...
    nalakarupan??....UMNO yg bayar...
    zulkifli nordin??...UMNO jugak yg bayar...
    anwar?? dia guna duit yg dia kumpul masa dalam UMNO untuk meliwat...wa ka ka ka...

    BalasPadam
  4. Rupanya terlepas juga seekor Babi utk mengomen disini, Babi tersebut ialah Anon 11:27 pm, harap engkau mampus segera.

    BalasPadam
  5. hasan ali bernada umnono -- lihatlah cara penampilan dia - kurang mencirikan diri sebagai pejuang islam sebenar - bekas PTD biaslah banyak bicara tapi kadang kala hanya genburan umpama salakkkan anjing menyalak bukit gondol :)

    BalasPadam
  6. Dulu saya sudah bagi tau tapi depa kata saya ni dengki kat dia kononnya saya tak pandai tengok kewibawaan sesorang ha la nie apa macam dok bela badak berendam yang pekak telinga sorang pun tak berani nak tegor dah banyak mana dah yang dia pembohong pada kita yang bodoh ni sokong lah l;agi dia mana tau kot-kot esok bila dah dapat inbuhan dari puak yang dia dok jolok bolehlah hampa tumpang semangkok

    BalasPadam
  7. Aku tak percaya anwar liwat. tipu je semua tu. Anwar waktu muda belia umur 20,30,40,50 tak pulak dia gay, usia cecah lanjut meliwat pulak. cuba tanya toki, aki,datuk nkorang ...tak teringin ke liwat jubo lelaki? makan penampo le...

    BalasPadam
  8. aku xleh nak baca sampai habis sakit ati....aku memang org pas..tapi bila celaka yg br nak berjinak2 dgn anjing2 umporno ni aku jadi panas.

    BalasPadam
  9. tengok hidung dia hidung,hidung,hidung memang jenis x blh. di percayai.

    BalasPadam
  10. HA ...anggap dia saja yg bijak ...org lain semua bodoh.....PAS segera humban HA ....cakap dia dh sama dgn raja katak IA ...

    BalasPadam
  11. aku dlu skong dia jga. Rupanya wajah Hassan Ali x ubah wajah Zulkifli KATAK. Pergi mampus saja hasan Benggali ni!!!

    BalasPadam
  12. Hassan Ali...kamu mesti hadiri sessi kaunseling dan jumpa pakar jiwa. Berusahalah untuk mula terima hakikat bahawa kamu memang tidak layak untuk jadi MB. Mulalah dari sekarang buang perasaan hasad dengki, dendam kesumat dan hati busuk itu. Hiduplah sebagai manusia sihat luar dan dalam.

    BalasPadam
  13. Amat-amat bersetuju apa yang disarankan oleh Sdra WFAUZDIN. "Daging usuk" itu harus dibuang sebelum ianya merebak menjadi Barah.

    BalasPadam
  14. Kenapa PAS masih tunjuk sayang kepada pakar 38 tahun motivasi ni sehingga dia menjadi gila bayang sendiri dan lebih gila lagi bila dapat masuk tv bersama bakulnya.
    Kalaulah P.Ramlee masih ada pasti watak Hang Cangkul layak ditawarkan kepadanya.
    Dan hendaknya pengarah dalam PAS perlu lebih bijak dan cepat membaca watak orang seperti ini!

    BalasPadam
  15. Hasan Budak Jaga Lembu6 Januari 2012 pada 3:39 PG

    Hasan Ali ni dah dpt bau yg PRU akan dtg dia tak layak tinggal di Bumi ALLAH ni lagi..tu la pasal dia cuba nak wat marketing kt SINAR dgn guna ayat "Pengalaman saya sbgai Pakau MotiBASI"..Kemudian mengajak Mahasiswa spya tdk terlibat..fokus pd exam..hehe..soal nya ada ka manusia waras masih kebuloq nak hantaq anak2 dengar ceramah MotiBASI Si MahasiTUA ni lagi..kalau biznez lingkup..Jaga lembu Mak Jat le gamak nye lepaih ni..

    BalasPadam
  16. Semoga Allah menunjukkan kita jalan yang lurus,bukan seperti jalan yahudi dan Nasrani...

    Semoga PAS PKR dan UMNO bersatu dan boleh bermusyakarah untuk kebaikan Melayu ISLAM!..

    Bangsa cina walaupun mereka berbeza parti DAP,GErakan dan MCA mereka boleh bersatu dalam senyap untuk kebaikan Bangsa mereka!

    janganlah sesama kita bercerai berai..bila bercerai kita akan LEMAH.Bila lemah mudahlah orang memperkotakatikkan kita..Bangsa lain,tengah ketawa melihat kita sesama kita kutuk mengutuk dan caci mencaci. Bersabarlah selalu!

    BalasPadam
  17. Perjuangan Islam tdk sama perjuangan sekular (duniawi)utk pangkat dan harta semata2.Islam itu keredhaan Allah dunia dan akhirat. Bila kita berada di jalan Islam, disana juga terdapat jurang yg akan membinasakan kita oleh syaitan, tetapi jangan kita lupa hidayah Allah itu selalu berada ditepian kita dimana2 kita berada.

    Ingat musuh luaran kita itu bukan manusia yg jahat semata2, tapi syaitan laknatullah juga berada ditepian kita, ajak dan bimbinglah sdr2 kita yg hampir tergelencer dgn penuh berhemah dan berhikamh.Islam itu rahmah ia berada dipertengahan ummah antara ektrim dan lemah.

    Nabi s.a.w.Sebagai Rasul dan juga Negarawan yg ulum. Senjata yg paling ampuh dan berkesan ialah dakwah yg bijaksana dan akhlak yg mulia serta kesabaran yg tinggi yang menyebabkan runtuhnya empayar Romawi dan Persi kuasa besar Barat dan Timur waktu itu.Berjuanglah mengikut kaedah dan metodologi yg diajar oleh Nabi s.a.w.jangan terikut-ikut perjuangan musuh dgn metodologi amarah bissuk...Islam uswah al hasanah utk seluruh manusia didunia ini.

    BalasPadam
  18. Pecat,Pecat,pecat HASSAN ALI. Pecat,Pecat,Pecat HASSAN ALI.
    HASSAN Ali ni akan merosakkan perpaduan dalam pakatan rakyat. Mula-mula dia menghentam PAS tapi tak berjaya. Kini dia cuba melagakan PAS dan PKR pula. Lepas ni dia bantai DAP pula. Dia rasa dia hebat, tapi percayalah dia habuk pun tarak. Hampeh.

    BalasPadam
  19. pecat hassan alai. itulah yang beliau mahu. ingat pada mas ini beliau dirantai dengan baiah taklik. lagipun, ia mengecutkan teloq grup ug, bimbang akan apa tindakan hassan ali seterusnya. round pertama, dia dah dedah mustafa yang jumpa umno. dia ada banyak rahsia. sejarah telah mencatat dia telah berjumpa orang kuat umno di darby park dan Allah memperlihatkan kepada rakyat pas.

    pas sedang melalui proses pembersihan dari gejala yang sesat dan menyesatkan 'melayu-islam;islam-melayu'. gejala terpesona dengan dunia dan mahu bersubahat dengan kebejatan umno.

    wallahu'alam

    BalasPadam
  20. alhamdulillah lah kerana awal2 lagi h.a ni dah menunjukan pekungnya sendiri...biarlah dia menyalak sepuasnya..yg pastinya org seperti ini tidaklah layak utk menerajui mana2 perti didalam pakatan lebih2 lagi PAS....wallahu'alam

    BalasPadam
  21. Syukran, well done PAS u have shown your firmness in handling senile Hasaan Ali.Get a new PAS man to be Selangor Exco.Nobody is indispensable

    BalasPadam
  22. memperjuangkan agenda untuk menyelamatkan akidah orang ISLAM lebih bagus daripada menyelamatkan DSAI.. Dr. Hasan Ali bukan lah seketul daging busuk di dalam PAS.

    BalasPadam
  23. Saudara Hannan Baharom membuat kesilapan dengan menyatakan HA adalah mempertahankan akidah orang Islam. Dia seorang opptunitisme sahaja. Menggunakan PAS untuk menaikkan imej dan kedudukannya. Dia mata duit sebagaimana ZN MP Kulim. Memang Allah bagi dia kelebihan petah berkata-kata. DSAI adalah manusia juga. Wajib kita mempertahankan haknya sebagai manusia yang ditindas. Begitu juga dengan semua manusia. HA telah diberi banyak peluang untuk muhasabah diri tetapi dia tidak boleh bernafas dalam jemaah. Biarlah dia terbang bersendirian dan mencari dahan yang kuat untuk hinggap.

    BalasPadam