RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 1 Januari 2012

USTAZ AZHAR IDRUS, IDOLA GOLONGAN REMAJA, MENGAPA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

USTAZ Azhar Idrus, seorang penceramah yang popular bukan sahaja di kalangan tok-tok lebai atau orang yang berumur, tetapi beliau juga semakin diminati oleh golongan muda remaja.  Ada yang menggelar beliau sebagai `Penceramah Agama Bebas' tetapi hakikatnya beliau bukan sedemikian.

Istilah `Penceramah Agama Bebas' adalah ciptaan puak sekular yang kononnya untuk menggambarkan seseorang ilmuan agama atau Alim Ulamak itu mesti mengasingkan diri dengan politik, sedangkan Islam dan politik tidak boleh dipisahkan.  Oleh yang demikian, menggelarkan Ustaz Azhar Idrus seorang `Penceramah Agama Bebas' adalah tidak benar.  Memang benar, beliau bukan politikus yang aktif di dalam parti, tetapi perjuangannya tidak pernah mengenepikan perjuangan Islam atau Harakah Islamiyah.  

Ke mana beliau pergi, hatta sedang makan pun akan dikelilingi oleh golongan muda

Mengapa golongan muda sekarang ini meminati Ustaz Azhar Idrus?  Pertamanya adalah kerana beliau berani dan tidak gentar menyuarakan yang hak dan menentang kebathilan.  Bukankah sifat berani itu adalah jiwa orang muda?  Kedua, beliau mempunyai kebolehan menyampaikan kuliahnya dengan pendekatan yang sesuai untuk semua golongan.  Jika golongan muda meminati hiburan, Ustaz Azhar Idrus ini berjaya meresapkan aspek hiburan yang berunsur nasihat dan kadangkala sindiran yang menggelikan hati tetapi amat tajam maknanya.  Setiap kuliahnya tidak pernah menjadikan suasana sepi dan membosankan.  Penyampaiannya yang mudah difahami dan mempunyai unsur humor yang membuatkan suasana kadangkala gamat menyebabkan kuliah beliau diminati golongan muda.

Kadangkala beliau tegas dan keras apabila bercakap soal kezaliman atau maksiat.  Beliau tidak akan sewenang-wenangnya menyebut soal kepartian, melainkan apabila terpaksa berbuat demikian untuk memberi kefahaman kepada orang ramai.  Di dalam memberikan jawapan atas soalan hadirin yang dikemukakan, beliau kadangkala menjawab dengan jawapan berupa sindiran terutamanya bagi soalan yang dilihat seperti sengaja untuk mengujinya.

Saya sempat hadir di dalam satu kuliah beliau.  Beliau ditanya dengan satu soalan yang pada saya sengaja diajukan kepadanya bagi menguji apakah beliau mampu menjawab soalan tersebut.  Soalan tersebut berbunyi, " Ustaz, Air Mani adalah air yang suci dan tidak najis.  Bolehkah Air Mani dijadikan air untuk berwuduk sekiranya melebihi dari dua kolah?"  Soalan ini kelihatan amat bodoh dan jika ditanya pada saya amat mudah untuk dijawap dengan tepat.  Jika saya yang menjawapnya, saya hanya akan berkata Air Mani bukan dari 7 jenis air mutlak yang boleh digunakan untuk berwudhuk.  Bersih tidak bererti boleh digunakan untuk berwudhuk, sebagai contoh air kopi atau air coca-cola.

Tetapi Ustaz Azhar lebih pintar menjawabnya dengan sindiran tetapi tajam buat orang yang mengajukan soalan tersebut.  Beliau menjawab, " Sebelum saya jawap soalan awak, tunjukkan pada saya air mani 2 kolah itu".  Usahkan 2 kolah, dapat tadah dua, tiga titik pun susah" Kata beliau sambil disambut dengan ketawa orang ramai. Ertinya, lojikkah air mani dikumpulkan sebanyak 2 kolah?  Akhirnya beliau memberikan jawapan juga, tetapi terlebih dahulu beliau menjawab soalan tersebut dengan secara sindiran dan lojik akal.  Soalan tersebut, pertamanya tidak lojik pada akal dan keduanya memberi maksud orang yang bertanya itu tidak tahu langsung tentang Air Mutlak.  

Inilah kelebihan Ustaz Azhar Idrus.  Tidak pelik sekarang ini kehadiran orang ramai mengikuti kuliahnya kadangkala melebihi dari kehadiran orang ramai mendengar ceramah politik dari tokoh utama dari Pembangkang.  Begitulah janji Allah, barangsiapa yang memuliakan agama Allah pasti akan dimuliakan oleh makhluk di langit dan dibumi./wfauzdin.blogspot

4 ulasan:

  1. SALAM,

    UMNO DAN PAS YANG MENGAMALKAN AGAMA DEMOKRASI ADALAH KAFIR KERANA :

    1. Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia (Taghut) yang kafir.

    2. Mereka mengamalkan agama yang kafir, mereka menghalal dan membolehkan amalannya serta mereka menyetujui dan meredhai amalannya itu;

    3. Mereka mengiktiraf bahawa Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang yang tertinggi yang mengatasi undang-undang al-Quran;

    4. Mereka mengakui dan mengiktiraf semua Tuhan, iaitu mereka mengiktiraf Allah sebagai Tuhan kita dan mereka juga mengiktiraf Tuhan-tuhan yang lain sebagai Tuhan-tuhan yang sah yang bererti mereka melakukan syirik terhadap Allah;

    5. Mereka mempertahan, memperkasa dan menjadi para pendukung kepada agama demokrasi;

    6. Mereka membuat undang-undang manusia yang kafir;

    7. Mereka menghukum manusia dengan undang-undang manusia;

    8. Mereka adalah berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas umat manusia;

    9. Mereka berada di bawah kuat kuasa undang-undang manusia yang menjadikan mereka sebagai para hamba kepada manusia;

    10. Mereka mewujudkan sistem manusia menyembah manusia kerana seluruh umat manusia mentaati dan mematuhi undang-undang demokrasi ciptaan manusia.


    UMNO dan PAS adalah kafir kerana mereka mengamalkan agama demokrasi. Apa yang dipaparkan di sini adalah sama sekali bercanggah dgn pandangan UMNO dan PAS serta juga ustaz Azhar Idrus yang membolehkan amalan agama demokrasi di atas dasar Dharurah atau matlamat menghalalkan cara.

    SEDANGKAN TIDAK ADA IJTIHAD, MASLAHAH DAN DHARURAH DALAM PERSOALAN AQIDAH :

    1. Ayat-ayat al-Quran yang melarang amalan demokrasi adalah Fatir 10, Nisa 60, Mumtahanah 4.

    2. Tidak ada Ijtihad dalam isu yang sudah ada nas yang jelas dan terang;

    3. Tidak dibenarkan untuk melakukan Ijtihad, Maslahah dan Dharurah dalam persoalan amalan agama demokrasi kerana ianya adalah persoalan mengenai mengamalkan Aqidah yang kafir.

    Harap dapat sedikit komentar dpd Yang Berbahagia Ustaz Azhar Idrus.

    Sekian, terima kasih.


    Wan Solehah al-Halbani

    Lubok Terua, Temerloh, PAHANG DM

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum!

    PAS ADALAH SYIRIK DAN KUFUR

    A. Pada 8 hb Feb 2014 saya telah membuat posting di dalam group Ustaz Azhar Idrus dan di dalamnya (post saya) saya mengatakan bahawa PAS adalah syirik dan kufur kerana ianya mengamalkan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur.

    B. Di dalam post saya itu saya telah kemukakan hujjah-hujjah yang kuat dengan dalil-dalil al-Quran bagi menyokong segala pandangan saya bahawa PAS adalah syirik dan kufur.

    C. Ustaz Azhari Idrus dan para ulama PAS tidak memberi sebarang komen mengenai post saya tersebut.

    D. Apakah beliau dan para ulama PAS setuju dengan saranan saya bahawa PAS adalah syirik dan kufur?

    E. Ustaz Azhari Idrus dan para ulama Pas adalah berkewajipan untuk mempertahankan bahawa PAS adalah Islam dan tidak kafir.

    F. Berdiam diri dan mengelakkan dpd memberi sebarang komen mempunyai implikasi bahawa beliau dan para ulama PAS sekelian setuju bahawa PAS telah melakukan syirik dan kufur kerana mengamalkan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur.

    G. Para pemimpin kita termasuk PAS di dalam negara Malaysia kita kini serta seluruh umat manusia biasa yang dipimpin oleh para pemimpin kita ini adalah orang-orang kafir kerana kita kesemuanya ini adalah orang-orang yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang kalimah Laailaahaillallah tidak kerana yang lain melainkan hanyalah kerana kita ini adalah orang-orang yang mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi kita yang syirik dan kufur ini. Kekufuran-kekufuran seluruh umat Islam kita seperti ini adalah kerana kita mencabut ULUHIYAH dan RUBUBIYAH daripada Allah dan selepas itu kita menyerahkan Uluhiyah dan Rububiyah ini kepada manusia yang kedua-duanya itu merosakkan kalimah Laailaahaillallah dan yang mengeluarkan kita ini daripada agama Allah.

    Sekian, terima kasih.

    WAN SOLEHAH AL-HALBANI

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum!

    PAS ADALAH SYIRIK DAN KUFUR


    Sekali lagi saya perturunkan di sini post saya tersebut untuk perhatian dan penelitian orang ramai seperti berikut :

    PAS adalah parti politik yang syirik dan kufur kerana mereka melakukan amalan-amalan yang syirik dan kufur melalui amalan sistem politik demokrasi seperti berikut :

    1. PAS menyerahkan kuasa untuk memerintah kepada manusia - Quran 4:53, padahal kuasa untuk memerintah ke atas manusia adalah hak Allah – Quran 3:27, 7:54;

    2. PAS menyerahkan kuasa kepada manusia untuk membuat undang-undang manusia - Quran 4:60, 16:116 & 117, 10:59,60, 5:50, padahal Allah sahaja yang berkuasa dan berhak untuk membuat undang-undang untuk manusia –Quran 12:40, 6:57;

    3. PAS menyerahkan kuasa kepada manusia untuk menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas manusia padahal Allah sahaja yang berkuasa dan berhak untuk menguat kuasakan undang-undang Allah ke atas manusia - Quran 5:48,49;

    4. PAS menyerahkan kuasa kepada manusia untuk menghukum manusia dengan undang-undang manusia padahal Allah sahaja yang berkuasa dan berhak untuk menghukum manusia dengan undang-undang Allah sahaja – Quran 5:44, 45,47;

    5. PAS sembah manusia apabila mereka taat dan patuh kepada undang-undang manusia – Quran 9:31;

    6. PAS setuju dan redha kepada system politik demokrasi, undang-undang demokrasi dan kepada Tuhan-tuhan Manusia - Quran 11:113, 16:106;

    7. PAS lantik manusia sebagai Tuhan-Tuhan Manusia (Toghut) kerana mereka adalah berkuasa dan berdaulat, mereka membuat undang-undang manusia dan mereka disembah oleh manusia - Quran 4:60, 79:24, 28:38;

    8. PAS berada di bawah kuat kuasa undang-undang manusia dan tidak undang-undang Allah yang bererti mereka menjadi para hamba kepada manusia dan tidak kepada Allah yang mewujudkan system pengabdian manusia kepada kuasa manusia – Quran 5:72, 10:3, 21:25, 6:102;

    9. PAS sekutukan Allah apabila mereka melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan Manusia atau Berhala-berhala - Quran 4:60, 42:21;

    10. PAS yakin bahawa demokrasi adalah Islam dan tidak kafir – Quran 16:116, 117, 10:59, 60, padahal Demokrasi adalah agama yang syirik dan kufur kerana ianya adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang mengingkari dan menafikan Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan Laailaahaillallah yang mengeluarkannya daripada agama Allah – Quran Saaffaat 35, Muhammad 19;

    Wan Solehah Al-Halbani


    BalasPadam
  4. Assalamualaikum
    Ustaz sy ingin bertanya mengenai pernikahan mcm ni ustaz sy nama sebenar azlina bt Anuar tpi dlm IC Muhani Hapid Sbb org tua sy berpisah dri sy kecil jdi org lain yg urus kn sy surat menyurat tpi bkn nama sebenar sy. Jdi masa sy mau nikah di Jais sy guna kn nama dlm IC tu guna wali hakim. Wali sy tau sy mau nikah dia izin kn sy guna wali hakim supaya senang mau urus surat kahwin... jdi soalan sy ustaz sah kh pernikahan sy tu.

    BalasPadam