RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 30 Mac 2017

Hari ini saya berada di Tropicana

Hari ini agak meletihkan, memikirkan RUU355

Selasa, 28 Mac 2017

AZMIN NAIK JADI MB SGOR KERANA LEBAI ? MAHU TIPU WALAUN BOLEH LAH !!

GENG2 lebai ungkit sbb marah kat Azmin. Mereka kata kerana lebai lah maka Azmin jadi MB Sgor. Nak tipu walaun, boleh la.

Faktanya, Lebai sendiri calonkan dua nama dlm mesyuarat AJK pusat, iaitu nama Kak Wan (Presiden sendiri yg calon) dan satu lagi nama Azmin. 
 
Azmin, pilihan KEADILAN setelah Istana tolak Kak Wan

Dua nama itu dibawa ke dlm Mesyuarat Majlis Presiden PR. Dlm mesyuarat itu, Keadilan bawa nama Kak Wan. Dap juga bawa nama Kak Wan. Puak lebai bawa dua nama iaitu Kak Wan dan Azmin. Tapi, Azmin menarik diri kerana menghormati pencalonan nama Presiden Keadilan, Kak Wan. Maka, yang tinggal hanya nama Kak Wan. Mat Sabu mewakili puak lebai akhirnya bersetuju dgn keputusan bersama, apatah lagi Azmin sendiri menarik diri.

Keputusan Majlis Presiden PR itu diumumkan iaitu PR setuju Kak Wan sebagai calon MB Selangor, Keesokannya, Hadi bgtahu Kak Wan tak layak jadi MB Selangor, sedangkan beliau sendiri yg letak nama Kak Wan sebagai salah satu calon. Pelik tak?
 
Kak Wan - Namanya Hadi yang calon, tapi Hadi kata tidak layak?

Maka, kemelut berterusan. Cubaan untuk menarik Azmin agar bersama Umno untuk meletakkan beliau sebagai MB Sgor ditolak oleh Azmin. Sebelum itu, Zuhdi jentik2 buat teori jika lebai bersama Umno dan Azmin boleh tarik seorang dua lagi dlm Keadilan utk bersama lebai, maka mereka boleh perintah Sgor serta boleh jentik gereja di Sgor, Teori dlm grup wassap ini kantoi. Maka, terbongkarlah rahsia pakatan jahat ini.

Alhamdulillah, Azmin setia dgn Keadilan dan PR. Azmin menolak usaha jahat berkenaan. Apabila Azmin menolak usaha jahat lebai ini, maka lebai pun buat pencalonan baru kpd Istana dan nama Azmin tiada tersenarai kerana marah pada Azmin sebab tidak mahu 'mengawan' sama Umno. Lebai letak 3 nama termasuk dari calon lebai sendiri sedangkan sebelum itu mereka sendiri putuskan Kerusi MB Sgor adalah Kerusi Keadilan. Mengapa letak juga nama calon lebai? Tidak semua lebai ni jujur bila berjanji.

Apabila nama Kak Wan dibawa ke Istana, akhirnya pihak Istana menolak dan mahu calon lain. Anwar tidak mahu meneruskan konfrantasi dgn Istana dan mahu hubungan dgn Istana terus baik, maka Keadilan membuat keputusan untuk menggantikan nama Kak Wan sebagai calon MB. Siapa lagi yg layak gantikan Presiden sbg calon? Tentulah Timbalan Presiden. Maka, Keadilan sebulat suara meletakkan Azmin sebagai calon MB. Nama Azmin akhirnya dipersetujui oleh PR. Andainya lebai mahu juga nama lain selain Azmin, pastinya gagal kerana tidak cukup sokongan dlm Dun Sgor. Tambah pula dua lagi Adun lebai melompat menyokong Kak Wan dari awal seterusnya menyokong pengganti Kak Wan.

Maka, tidak perlulah ungkit bahawa Azmin naik jadi MB Sgor adalah keranai sokongan lebai sedangkan senarai akhir nama Azmin tiada dlm pencalonan lebai ke pihak Istana. Dap yg bukan dipimpin oleh ulamak itu pun tidak ungkit mengungkit. Dap juga sebulat suara bersetuju dgn Azmin menggantikan Kak Wan.

Lebai marah bila Azmin buat tweet membalas kenyataan lebai muda yg tewas di Pengkalan Chepa. Cakap kat orang boleh, kena kat diri sendiri tak boleh terima. Itulah lebai !!

Isnin, 20 Mac 2017

TIDAK PELIK PAS PUTUS HUBUNGAN DENGAN KEADILAN, TAPI PELIK JIKA PAS PUTUS DENGAN UMNO

PAS PUTUS HUBUNGAN DENGAN KEADILAN PERMATANG PAUH, TIDAK PELIK LANGSUNG !!

AKU merujuk berita, Pas Kawasan Permatang Pauh secara rasmi memutuskan kerjasama politik dengan PKR melalui undian sebulat suara usul Mesyuarat Tahunan Pas kawasan berkenaan. YDPnya, Omar Hassan berkata, keputusan berkenaan diambil selepas Presiden Keadilan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak menghormati Pas apabila terus bekerjasama dengan DAP dan Amanah yang menyerang Pas.

Sedikit pun aku tidak pelik dan tidak terperanjat pun dengan kenyataan Pas Permatang Pauh tersebut. Mereka hanya mahu cari alasan untuk putuskan hubungan dan mereka telah pun mulakan kerja ini bukan baru. Lihat saja sewaktu PRK Permatang Pauh. Apa "fatwa" mereka? Apa ugutan mereka kepada Kak Wan? Mengapa mereka berdemo disaat kempen PRK Permatang Pauh?

Mereka berdemo kononnya untuk Hudud. Ugut Kak Wan sokong hudud jika mahu Keadilan menang di Permatang Pauh. Kita bertanya, mana hudud itu sekarang? Kamu sendiri pun mati langkah dalam isu hudud dan hanya bercakap tentang Pindaan RUU Akta 355 yg bukan hudud, itu pun belum tentu dibentangkan dalam Parlimen setelah Hadi tangguhkan beberapa kali. Akhirnya Umno akan bawa. Ugut Keadilan dengan hudud, tapi hudud entah ke mana.

Sewaktu PRK Permatang Pauh, pimpinan Pas yang datang membantu Kak Wan waktu itu adalah majoritinya telah sertai Amanah sekarang yg diketuai oleh Mat Sabu. Pemuda Pas pula di bawah Yusni Mat Piah yang pernah hilang deposit bertanding di Dun Sg Acheh dalam PRU13 yang lalu dalam pertandingan 3 penjuru bersama Chegu Bard. mereka hanya buat kacau dan menghasut ahli2 Pas agar tidak keluar mengundi di PRK Permatang Pauh.

Begitu sekali usaha Pas Permatang Pauh untuk mempastikan Kak Wan tewas. Alhamdulillah, niat busuk dan khianat itu gagal. Kak Wan menang dengan bergaya. Tidak cukup dengan itu, di dalam isu RUU Akta 355, ada seorang kononnya ustaz Pas di dalam kuliahnya memberi amaran kepada Kak Wan agar tidak menolak pindaan RUU Akta 355 jika tidak mahu masuk jirat. Mudahnya mengkafirkan orang? Mana RUU itu sekarang? Sudah bahas atau belum? Mengkafirkan sudah, RUU belum bentang pun lagi. 
 

Kalau sampai tahap itu kerja khianat Pas di Permatang Pauh, pelik apanya ada usul sedemikian rupa? Paling afdhal dan jantan jika usulkan sekali Pas putuskan hubungan dengan Keadilan di seluruh negara termasuk di Selangor. Ada berani? Bukankah di Selangor Keadilan juga bekerjasama dengan Dap dan Amanah? Mengapa 'fatwa' di P.Pinang atau Permatang Pauh tidak sama di Selangor? Kitab lain2 atau 'selera dedak' lain2.? 
 

Hujah mereka bahawa Keadilan bersama Dap dan Amanah selalu menghentam Pas, maka wajarlah putus hubungan. Pas tidak pernah hentam Keadilan kah? Kafirkan Kak Wan pun kamu dah buat, demo pun kamu dah buat, sabotaj dalam PRK Permatang Pauh pun kamu dah buat. Apa lagi yg kamu tak buat?

Atas prinsip demokrasi, Keadilan seharusnya menghormati kehendak Pas Permatang Pauh itu. Itu hak mereka untuk buat keputusan dan rakyat akan tahu siapa sebenarnya yang mahu cari musuh. Kita hanya perlu teruskan perjuangan kita.

Aku cadangkan agar Pas Permatang Pauh buat demo depan Pejabat Agung Pas Pusat agar mendesak Presiden Pas putuskan hubungan dengan Keadilan di semua negeri. Jika di Permatang Pauh boleh berdemo ugut Kak Wan, takkan tidak boleh berdemo di pejabat parti sendiri? Baru nampak serius sikit.

Selasa, 14 Mac 2017

DARI UMNO IA DATANG, KEPADA UMNO DIA PERGI

HANCUR SUDAH LEGASI TEGAR MENENTANG UMNO

Terbaru, ucapan Hadi Awang di Alur Limbat, Terengganu. Apabila secara berterus terang dan terbuka Hadi menyatakan bahawa politik matang Pas adalah hanya untuk perintah Kelantan, Tganu, Kedah dan Selangor saja, manakala lain2 negeri biarlah Umno/Bn perintah atas alasan Pas tidak cukup kekuatan untuk sapu semua.

PH berkali2 tawarkan kerjasama dengan Pas kerana kita faham memang Pas tidak cukup kekuatan sepertimana alasan Hadi itu. Namun, Hadi meletakkan syarat berbagai2 seolah2 parti2 di dalam PH lebih teruk, dahsyat dan zalim dari Umno. Maka jelaslah bahawa Pas di bawah Hadi restu dan redha Umno/Bn terus menjadi kerajaan. Rupa2nya, beliau hanya menanti saat ketiadaan Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz untuk beliau laksanakan cita2nya.


Tambah Hadi lagi, Umno pun sudah selesa dengan Pas. Maka, bagi Hadi wajarlah Umno terus memerintah demi Melayu Islam. Kalau ditanya kpd ahli2 dan para penyokong di bawah, pasti mereka akan kata tindakan Hadi itu adalah bijak, tepat dan benar kerana telah dipandu oleh "Solat Istikhorah".

Aku ingin bertanya khabar Ustaz Tuan Ibrahim. Terasa juga ingin bertanya khabar PJ Pas Pahang, Ustaz Rosli Jabar yg aku kenali dulu amat tegar anti Umno nya sehingga dibuat buku yg hampir keseluruhannya menceritakan betapa zalimnya Umno. Buku itu beliau hadiah kpd aku agar aku kenali Umno dan mahu aku tahu mengapa beliau melawan Umno. Sekarang aku dah kenal Umno. Bagaimana pula dengan Ustaz? Aku harap Ustaz Rosli tidak lupa apa yg beliau tulis di dalam bukunya.

Benar, Pas tidak ber'UG' dengan Umno. Umno pun tidak harap Pas ber"UG" dengan parti keris telanjang tersebut. Umno sedar mereka sudah hilang sokongan dari parti2 komponennya seperti MCA, Gerakan dan MIC. Parti2 komponen di Sabah pun menunggu saat untuk dibenamkan oleh Parti Warisan di bawah Shafie Apdal. Siapa lagi yg boleh Umno harapkan waktu parti itu mahu tengelam? Tentulah Pas kerana Umno punyai pengalaman luas di dalam mempermainkan Pas. Arwah Tok Guru Nik Aziz sedar ini dan beliau sering pesan kpd pemimpin2 Pas tentang 'kelecekan' Umno. Beliau pernah berkata, selagi beliau hidup tiada 'kerjasama politik' dengan Umno.

Apakah dengan sengaja membenarkan Umno memerintah di beberapa negeri lain yg lebih banyak dari yg Pas mahu perintah, adakah itu bukan 'kerjasama politik'?.

Sekali lagi kita harus faham, Umno tidak perlu kepada "UG". Umno cuma mahu Pas 'lindungi'nya dari hilang kuasa. Dan, cita2 Umno kini menampakkan hasil yg positif.

Takziah kpd Pas. Dari Umno dia datang, kepada Umno dia kembali.

Isnin, 6 Mac 2017

BERUNDING DENGAN PAS SATU IJTIHAD ?

BIARKAN MEREKA BERIJTIHAD UNTUK SEBULAN DUA SAJA LAGI

Ada yg bertanya, apa strategi dan motifnya beberapa pimpinan PPBM dan Keadilan yg masih berdamping dengan Pas dalam beberapa program?

Jawapannya;

1. Sudah tentu Pas tidak akan berdamping dengan Amanah kerana Amanah menjadi penyebab luka parah kpd Pas sehingga kini. Pas juga tidak akan berdamping dgn Dap (Kecuali Sgor atas faktor keduniaan) kerana secara jelas Pas telah istihar tiada hubungan lagi dengan Dap melalui muktamarnya walaupun tanpa bahas.

2. Pas sedaya upaya cuba untuk menunjukan bahawa parti itu masih lagi dilihat parti Pembangkang yg kononnya untuk melawan Umno/Bn juga, maka rakan yg masih ada untuk Pas layan adalah Keadilan dan PPBM. Parti IKATAN, kawan sah kpd Pas ibarat tidak wujud pun.

3. Di dalam Keadilan dan PPBM pula, terdapat beberapa pimpinan yg masih merasakan ada peluang untuk membawa Pas bersama dalam barisan Pembangkang bagi merealisasikan satu lawan satu dengan Umno/Bn di dalam PRU14 nanti. Justeru itu, mereka cuba untuk menunjukkan sikap ingin berbaik dengan Pas agar lembut hati Pas. Walaupun ramai yg tahu dan yakin, tindakan ini tidak akan berjaya kerana ramai yg telah mengenali Pas, perangai dan tabiatnya. Namun bagi aku ianya satu ijtihad iaitu berbaik dengan Pas untuk satukan Pembangkang.

4. Ijtihad ini telah dicuba oleh Amanah, bahkan Kit Siang pernah mencuba ijtihad ini, namun gagal, bezanya pimpinan Dap dan Amanah tidak meneruskan ijtihad tersebut kerana bagi mereka banyak membuang masa untuk cuba berbaik dengan Pas. Dap dan Amanah ingin melihat sejauh mana beberapa pimpinan PPBM dan Keadilan masih 'keras hati' untuk meneruskan ijtihad mereka.

5. Aku sedikit pun tidak merasa khuatir tentang tindakan dan ijtihad beberapa pimpinan tersebut. Bagi aku, sekuat mana pun mereka berusaha untuk memujuk Pas agar berada dalam satu barisan Pembangkang bagi menjatuhkan rejim zalim Umno/Bn, akhirnya yg diguna pakai oleh Pas nanti adalah 'Fatwa Hadi". Itu pemutusnya.

6. Apakah 'Fatwa Hadi"?. Hadi telah menyatakan tiada hubungan Tahalluf Siyasi dengan mana2 parti yg bekerjasama dengan Dap dan Amanah. Itu fatwanya. Cuma, fatwa ini akan berkuatkuasa pada Muktamar Pas pada bulan April ini nanti. Pada Muktamar Pas nanti, jika Hadi tidak buat U-Turn, maka tentunya Pas akan wartakan 'fatwa Hadi" tersebut kecuali Hadi buat "U-Turn".

7. Kesimpulannya, segala usaha beberapa pimpinan PPBM dan Keadilan untuk membawa Pas menyertai pakatan Pembangkang akan menjadi sia-sia dengan 'fatwa Hadi' pada Muktamar Pas nanti. Kecuali, PPBM atau Keadilan sanggup buat kerja bodoh meninggalkan Dap dan Amanah hanya untuk bersama Pas.

8. Aku yakin, mustahil Keadilan akan meninggalkan Dap dan Amanah. PPBM, aku tidak berani memberikan keyakinan kerana PPBM adalah parti baru yg mungkin belum kenal 'siku dan lutut' Pas lagi.

9. So, jangan bimbang. Pas tetap akan bersendirian dalam PRU14 nanti dan kita mesti bersedia bertanding lebih dari 3 penjuru. Kalau tidak percaya, tunggu Muktamar Pas akan datang. Biarkan beberapa pimpinan ini dengan ijtihad mereka dalam tempoh sebulan dua saja lagi sebelum "Fatwa Hadi' diwartakan.

Khamis, 2 Mac 2017

BEBASKAN ANWAR MELALUI PILIHANRAYA, MAHATHIR MAIN PERANAN

KALAU mahu angkat Anwar jadi PM, kena bebaskan Anwar dulu. Mahu bebaskan Anwar, kena menang pilihanraya dulu.

Mahu menang pilihanraya, kena jatuhkan Umno/Bn. Nak jatuhkan Umno/Bn, kena sokong mana2 pihak yg mahu jatuhkan Umno/Bn. Umno/Bn tak boleh jatuh hanya kerana Mahathir minta maaf kat Anwar. Tapi, kalau Umno/Bn jatuh hasil daripada kerja kuat kita dan dibantu oleh Mahathir dan Bersatu, wajar PH berterima kasih kpd Mahathir dan Bersatu. Dan, ditakdirkan Anwar selepas itu menjadi PM, ertinya Mahathir ada sedikit menyumbang untuk menaikkan Anwar.

Mahathir boleh saja bahkan sewajarnya memohon maaf kpd Anwar dan keluarganya, walaupun Anwar telah lama memaafkan beliau. Mahathir mungkin memilih untuk tidak menyuarakan permohonan maaf beliau kpd Anwar atas sebab2 yg dia seorang yg tahu, tetapi Mahathir setakat ini tidak pernah menentang kehendak PH untuk menabalkan Anwar menjadi PM.

Isnin, 27 Februari 2017

MAHATHIR DIHENTAM HANYA KERANA MAHATHIR HENTAM NAJIB? BODOH SUNGGUH!!

DULU Najib takut pd Anwar. Anwar dah masuk penjara. Najib ingat dia lega. Rancangan Allah siapa boleh halang? Tiba2 mahathir muncul melawan Najib, umno/Bn.

Najib pun guna seluruh jentera utk lawan Mahathir. Siang malam dihina dan dikutuk Mahathir semahu2nya melalui media kawalannya.

Ada sebilangan dari kita yg benci najib, umno/Bn pun kutuk Mahathir sekali.

Apakah dgn kutukan dan penghinaan kita kpd Mahathir akan melemahkan Najib? Tidak. Bahkan, Najib rasa lega dgn tindakan kita menghina Mahathir. Menghina dan mengutuk Mahathir adalah hadiah kita kpd Najib. 
 
Bukan bermakna mahu suruh sokong Mahathir, tapi perlu apanya hentam Mahathir kalau dia hentam Najib?  Tidak suka Mahathir atas tingkah lakunya dulu2, itu orang faham.  Tapi kalau hentam Mahathir bila dia hentam rejim Umno/Bn, itu pelik.   Mungkin kita mahu pemimpin yang zalim itu mesti sokong kezaliman seterusnya selepas era dia berkuasa?

Bodohnya kita dlm berpolitik.

Ahad, 19 Februari 2017

RUU AKTA 355 - IJTIHAD HADI BOLEH SAJA DITOLAK


PINDAAN RUU Akta 355 - Isu ini dah diputuskan dan sepakat adalah isu Ijtihad. Pas yakin ijtihadnya iaitu dgn pendekatan bawa pindaan RUU Akta 355 ini dgn guna Hadi sbg pembawa usul atas cadangan Azalina menteri Umno dan disokong oleh seorg lagi menteri wanita Umno, dan Hadi pula berijtihad untuk menangguhkannya dua kali wlaupun diberi ruang oleh Speaker untuk huraikan.

Hadi ijtihad mahu diadakan satu perhimpunan raksasa terlebih dahulu dengan menjemput pemimpin Umno hadir. Menteri agama, Jamil Khir atas restu Presiden Umno pun hadir atas jemputan Pas bagi mendesak kerajaan yg ditunjangi oleh Umno agar bawa RUU ini masuk Parlimen. Dalam himpunan tersebut, Pas juga berijtihad bahawa untuk mendesak kerajaan agar bawa pindaan ini, wajib kita kecam dan burukkan Dap. Maka, plakad dan banner dinaikkan sewaktu perhimpunan untuk burukkan Dap. Waktu ini pegang Plakad tidak lagi macam "Parlimen Kanak2" seperti yg pernah dituduh kpd MP-MP dari PH yang pegang plakad desak Najib undur di Parlimen dulu. Selepas himpunan ini kecam Dap, samada masuk atau tidak pindaan itu ke dlm Parlimen, kuncinya pada Umno. Itu ijtihad Pas. Kalau kita rasa pendekatan Pas itu bijak dan Syarie, terpulanglah. Nama pun Ijtihad.

Bagi yg menentangnya pula, mereka berijtihad bahawa jika Umno ikhlas utk laksanakan pindaan tersebut, Umno boleh lakukan sepertimana yg pernah mereka lakukan beberapa kali pindaan terhadap akta yg sama sebelum ini.

Waktu itu, tiada kontroversi sedikitpun dan akta dikuatkuasakan. Waktu itu, tiada isu mati masuk jirat, tiada kerahan terhadap budak2 tahfiz, tiada keperluan mana2 negeri beri cuti umum, dan Dap pun tidak dituduh sebagai kapir harbi.

Pendekatan ini lebih bijak dan rasional malah lebih cepat berbanding pendekatan yg berpusing2 dan akhirnya balik kepada Umno juga. Sebab itu, orang agama yg mahu berpolitik, mesti bijak dalam bacaan politik agar tidak jadi mangsa orang politik yg zalim seperti Umno. Maka, tidak harus keluar hujah ' Biar kita ditipu, asal jangan kita menipu" kerana Allah tidak suka umat Islam terus ditipu apatah lagi oleh musuh (jika musuh) atau rakan (jika rakan) yang sama.

Isu ijtihad, tak perlu nak berbalah.

Selasa, 31 Januari 2017

MUFTI P.PINANG PUN JADI MANGSA FITNAH LEBAI !!

Mufti P.Pinang jawab tuduhan PAS kononnya proses fatwa ada campurtangan politik

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri yang diterajui Pakatan Harapan tidak pernah mencampuri urusan berkaitan fatwa di Pulau Pinang.

Mufti Negeri, Sohibus Samahah Dato' Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor memberi ulasan itu sebagai menjawab tuduhan Pesuruhajaya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof yang menuduh semua fatwa terpaksa mendapatkan persetujuan exco kerajaan negeri sebelum diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Wan Salim, fatwa Pulau Pinang yang dibawa ke majlis mesyuarat kerajaan negeri hanya untuk tujuan “pemberitahuan”, sebelum ia dihantar ke pejabat penasihat undang-undang negeri untuk diperbaiki susunan ayatnya.

“Ia hanya untuk makluman sahaja. Setakat ini, belum pernah exco menghalang pewartaan fatwa.

“Apabila mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri memutuskan untuk mewartakan sesuatu fatwa, maka ia terlebih dahulu dikemukakan ke dalam mesyuarat exco oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Ia kemudian dihantar ke pejabat Penasihat Undang-undang Negeri untuk diperbaiki susunan katanya dan selepas itu dihantar ke Istana Negara untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Wan Salim, dipetik dari berita atas talian Free Malaysia Today (FMT) pada hari ini.

Semalam, PAS dilaporkan menuduh Kerajaan Pulau Pinang yang terajui Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencampuri proses penfatwaan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri dan Yang di-Pertuan Agong.

Mengikut undang-undang negeri, Muhammad Fauzi berkata, jawatankuasa boleh mengeluarkan fatwa yang perlu dipersembahkan kepada Agong untuk diperkenankan, sebelum diwartakan sebagai fatwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004.

Namun, kata Muhammad Fauzi lagi, campur tangan kerajaan DAP-PKR itu adalah bertentangan dengan Seksyen 48 enakmen, yang menyatakan semua fatwa yang dikeluarkan di Pulau Pinang perlu dipersembahkan kepada Agong untuk dipertimbangkan.

Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri tidak beraja, seperti Pulau Pinang.

Ahad, 29 Januari 2017

APABILA LEBAI JAHIL BERHUKUM


Tahun lepas, Adun Pas di Sgor pakai baju menyerupai 'Dewa" ini sempena Tahun Baru Cina...halal?
Ahli Pas pun bukan tidak biasa buat tangan sedemikian sebagai ucapan Selamat Tahun Baru Cina

TIDAK perlu ulamak besar2 nk hurai. Aku boleh hurai. Genggam kedua2 tangan dan letak kat dada itu bukan cara sembahan kepada tokong atau tuhan kaum Budha atau mana2 ugama seperti yg sering dibuat oleh kaum Cina sewaktu menyambut "Gong Xi Fa Chai". Cuba lihat cara mereka sembahyang baru kita faham. Itu tanda kegembiraan atau kesyukuran.

Puak jahil ni nampak Rafizi dan YB Khalid Samad berbuat demikian dalam satu babak drama pendek sempena Tahun Baru Cina maka walaun ini pun terus menghukum. Mereka tak sedar mereka menunjukkan kebodohan mereka dan menjadi bahan ketawa. Dalam babak tersebut, seekor ayam jantan putih yg 'jahat' berjaya ditangkap dan dikurung. Ianya menggambarkan pemimpin jahat dan rasuah bergelar MO1 berjaya ditangkap. Maka, rakyat merasa gembira dan bersyukur. Itulah yg digambarkan dlm babak tersebut.

Apa yg jelas haram dan merosakkan akidah adalah tingkah laku Adun Paya Jaras di Selangor, iaitu Adun Pas pada tahun lepas memakai baju "Dewa" sempena Tahun Baru Cina . Masa itu para walaun tak bising sebab pada mereka ulamak atau puak2 mereka buat apa pun ditanggung halal, hatta telanjang di khalayak ramai sekalipun asalkan dpt tarik undi kaum Cina.

Ahli2 Pas pun pernah buat tangan macam YB Rafizi dan YB Khalid buat. Rosak akidah jugak ke?

Rabu, 25 Januari 2017

APA PELIKNYA KALAU KIT SIANG MAHU BERBAIK DENGAN PAS?

DALAM PH, setakat ini hanya ada tiga parti iaitu Keadilan, Dap dan Amanah.

Apa saja keputusan PH, ianya adalah keputusan bersama ketiga2 parti. 

Seawal penubuhan PH, ketiga2 parti ini bersetuju untuk sebarang usaha mengajak Pas agar bersama di dalam barisan Pembangkang untuk menentang Umno/Bn. Ertinya, Keadilan mahupun Dap dan Amanah tidak pernah memuktamadkan putus hubungan dengan Pas sehingga ke hari ini.

Ertikata lain, setakat ini sebarang usaha samada dari pimpinan Keadilan, Dap atau Amanah untuk mengajak Pas bersama masih terbuka. Apabila ada usaha dari beberapa pimpinan Keadilan untuk 'berbaik' dengan Pas, walaupun ditentang kuat oleh segelintir para penyokong PH, ianya masih dlm lingkungan dibenarkan oleh PH. Begitu juga ada usaha dari pimpinan Amanah Kelantan sebelum ini, kemudian usaha oleh YB Khalid Samad juga dari Amanah yg mencadangkan formula bagi membabitkan Pas sebagai rakan untuk melawan Umno/Bn, meskipun ditentang kuat juga oleh segelintir para penyokong PH, namun tindakan mereka itu masih dlm lingkungan yg dibenarkan oleh PH.

Jadi, apa peliknya kalau Lim Kit Siang pula tawarkan perdamaian dgn Pas? Bukankah masih di dalam lingkungan yg dibenarkan di dlm PH? Kalau ada yg peliknya hanyalah satu iaitu bagaimana seorang pemimpin yg dituduh sbg 'Kafir Harbi' ini adalah yg mula2 mahu kpd perdamaian? Sepatutnya Islam yg memulakan sebarang perdamaian. Itu mungkin pelik.   Lagipun, apa yang dperkatakan oleh Kit Siang itu sebagai cabaran kepada Pas samada mereka benar-benar mahu melawan rejim Umno/Bn.  Tiada cara lain untuk menjatuhkan Umno/Bn kecuali semua Pembangkang berpakat dan Kit Siang memulakan perdamaian ini bila memikirkan hasrat tersebut.  Jika Pas menolak, ertinya Pas mahu Umno/Bn menang.  Itu sahaja.  Kit Siang tawarkan perdamaian bukan bermakna Dap ada buat salah kepada Pas.

Sekarang, kita lega kerana kesemua parti dlm PH telah pun berusaha untuk yg terbaik bagi mengelakkan pertembungan untuk melawan rejim zalim. Seandainya masih ditolak, rakyat akan melihat dan menilai sendiri pihak mana yg mahu meneruskan kesinambungan kezaliman Umno/Bn.

Kita menuntut agar PH tidak mengambil masa terlalu lama untuk berusaha mengajak orang lain bersama. Tentu ada hikmahnya jika kita gagal untuk menyatukan mereka dengan kita.