TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Isnin, 13 Disember 2010

PIMPINAN PKR JANGAN JADI PENIPU BESAR Justify Full

Oleh: Mandor

SETIAUSAHA Agung PKR, Saifuddin Nasation memberi jaminan bahawa siasatan akan terus berjalan terhadap aduan berlakunya penyelewengan atau kepincangan di dalam pemilihan PKR baru-baru ini. Beliau mengulas kenyataan Chegu Bard yang enggan mengiktiraf pemilihan PKR selagi laporan siasatan masih belum dikemukan.

Saifuddin mahu agar semua pihak bersabar menunggu proses siasatan ini. Jika benar siasatan masih berjalan, saya rasa kita patut menerima nasihat daripada beliau sehingga siasatan selesai dan diumumkan. Tindakan Chegu Bard itu, adalah satu tindakan peribadi yang berprinsip dan kita semua patut menghormatinya. Sudah tentu Chegu Bard tidak mahu menyusahkan parti sebaliknya beliau mahu parti lebih peka kepada kehendak akar umbi.

Justeru itu, diharapkan parti tidak merasa tertekan dengan kenyataan Chekgu Bard tersebut dan pihak yang bertanggungjawab di dalam menyelesaikan segala aduan yang telah dibuat dapat melaksanakan tugas dengan baik dan tenang. Semua ahli menanti apakah hasil siasatan yang telah dijalankan.

Kita bimbang jika jaminan ini diberikan sekadar di mulut sahaja dan mengharapkan agar isu ini dilupakan. Kita tidak akan lupa kerana jaminan itu dibuat oleh semua pimpinan utama parti daripada Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden dan juga Setiausaha Agung. Jika tiada usaha untuk menyelesaikannya, maka ianya memalukan kerana ahli di peringkat akar umbi akan mengecop kesemua mereka ini penipu besar di dalam parti./mandor.blogspot.com

1 ulasan:

  1. gedebuk gedebak cakap kekalkan perpaduan.si wfaudin pula,tak habis habis dengan pkr perlu dipertahankan jika pr mau dikekalkan.
    dalam masa yang sama,depa ni yang dok goncang pkr..apa ke jadah manusia macam ni.lidah bercabang lebih dari lidah bercabang spesis umno.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini