MENGAPA Najib dan kuncu-kuncunya dewasa ini setiap hari menyerang DS Anwar? Mengapa media pencacai seperti TV3 suku dan UTusan Meloya juga melakukan perkara yang sama seperti Najib dan Umno lakukan? Tidak lain tidak bukan, mereka mahu menghancurkan PR keseluruhannya.
PR tidak boleh dihancurkan tanpa `membunuh' karier DS Anwar di dalam politik. DS Anwar tidak akan dapat `dibunuh' selagi PKR masih kuat. Justeru itu, PKR mesti dihancurkan terlebih dahulu. Cara untuk menghancurkan PKR adalah dengan memburuk-burukkan kredibiliti DS Anwar sehingga rakyat tidak lagi meyakini PKR. Maknanya DS Anwar dan PKR adalah musuh utama buat Umno.
Adakah PAS akan `mati' jika DS Anwar tiada? Sudah pasti jawapannya tidak kerana PAS tidak pernah bergantung nasib dan kekuatan dengan individu. Namun demikian, tanpa DS Anwar PAS tidak mudah untuk mendapat sokongan dari golongan bukan Islam di samping mungkin menjejaskan kerjasama dengan DAP. Sekiranya matlamat Umno untuk `nyahkan' DS Anwar dari politik negara berhasil, maka kerja agak mudah untuk Umno berdepan dengan PAS pula.
Umno tahu bahawa PAS mempunyai harapan yang cerah untuk menggantikan parti mereka yang sekular itu sebagai parti pilihan orang-orang Melayu di masa akan datang. PAS mesti dimusnahkan segera, maka untuk mencapai tujuan itu DS Anwar mesti dihapuskan terlebih dahulu. Umno sedar bahawa PAS tetap utuh tanpa DS Anwar, tetapi PAS mungkin hilang kawannya dari DAP tanpa DS Anwar. Keutuhan PAS tidak akan ke mana tanpa sokongan kaum Cina dan DAP.
Umno telah cuba musnahkan PAS dari dalam, ternyata mereka gagal. Umno juga telah berusaha untuk hancurkan PKR dari dalam dan mereka tetap gagal. Kini, sasaran mereka tertumpu kepada DS Anwar. Setiap hari pemimpin Umno dan media mereka akan bercakap tentang keburukan DS Anwar. Apa yang nyata, lagi banyak mereka bercakap tentang DS Anwar, sokongan terhadap Ketua Pembangkang ini semakin kuat. Tidak mustahil, jika mereka berjaya tundukkan DS Anwar, sasaran mereka selepas itu adalah kepada Tuan Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS.
Kekuatan dan pengaruh DS Anwar dan Tuan Guru Nik Aziz dilihat memberi ancaman kepada mereka untuk menghancurkan PR. Kita akan melihat usaha dari Umno akan berterusan untuk memburukkan DS Anwar. Mereka lupa bahawa rakyat mulai sedar betapa Umno tidak lagi boleh diharap dan dipercayai. Jika tidak menipu rakyat, bukan Umno namanya./wfauzdin.blogspot.com

umnoo apco akan buat ape saje demi mempertahankan kekayaan
BalasPadamSaya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
BalasPadamBerdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!