RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 15 Disember 2010

ANWAR SAMAN MAHATHIR DAN AKHBAR

Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada peguamnya bagi mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks.

Sankara Nair berkata beliau telah menerima arahan itu yang berkuatkuasa hari ini daripada ahli parlimen Permatang Pauh berkenaan.

“Saya tidak boleh dedahkan butirannya kerana kami masih membincangkannya. Namun saya sahkan bahawa saman ke atas Mahathir akan dikemukakan.

“Ini dijangka menarik dan sedikit ironi untuk melihat sama ada Mahathir akan mendapatkan bantuan daripada 'seterunya', Lee Kuan Yew bagi membina pembelaannya,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahathir dan Lee, mantan perdana menteri Singapura seringkali tidak bersependapat dalam banyak perkara dan hubungan kedua-dua negarawan itu dikatakan sentiasa goyah.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai kanan kerajaan mengesahkan bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah akibat 'diperangkap' oleh musuhnya.

Ia juga mendedahkan pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew (kiri, bertali leher biru) telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'."

Semalam, Mahathir pada sidang akhbarnya melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa bekas timbalannya itu adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'."Tidak, saya tak fikir ada sebarang perangkap," kata Dr Mahathir.Dalam pendedahan WikiLeaks yang diperolehi daripada kabel komunikasi Jabatan Negara US, agensi risikan Singapura dilaporkan memaklumkan agensi risikan Australia yang mereka mempunyai maklumat diperolehi daripada ‘risikan teknikal’ mengesahkan tuduhan dalam kes Fitnah II.

Sememntara itu, Naib Presiden Keadilan, Tian Chua bersama pimpinan dan ahli KEADILAN akan menghantar surat meminta penjelasan kerajaan Singapura berhubung tuduhan yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Surat tersebut, yang akan diserahkan kepada kedutaan Singapura di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur petang ini, meminta penjelasan Singapura berhubung maklumat risikan yang dihantar kepada Australia, menuduh Anwar Ibrahim terlibat dalam kes fitnah 2. Ketua AMK Batu, Rozan Azen Mat Rasep dalam laman facebooknya menyatakan surat bantahan itu akan diserahkan kepada kedutaan terbabit pada pukul 3 petang ini.

lee kuan yew state visit to malaysia 110609 02

Baru-baru ini Lamanweb Antarabangsa, WikiLeaks mendedahkan mengenai maklumat risikan Singapura yang dihantar kepada Australia yang menyatakan Anwar memang melakukan kesalahan tersebut, akibat diperangkap oleh seteru politiknya, meskipun Anwar menyedari tentang perkara itu.

‘Maklumat’ itu yang disiarkan oleh akhbar Australia, Herald Sun (Sydney Morning Herald), menimbulkan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat yang menyifatkan pendedahan itu sengaja di ada-adakan tanpa sebarang bukti kukuh.

Pakatan menyifatkan pendedahan itu sengaja diadakan kerana kekhuatiran Singapura bahawa tsunami politik yang melanda Malaysia bakal beralih ke republik itu. Ia juga merupakan usaha Lee KuanYew mengekalkan hegemoni kekuasan Perdana MenteriMalaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana Najib dilihat lebih tunduk kepada desakan republik itu dalam pelbagai isu melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia-Singapura./Sharp Shooter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan