TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

CERAMAH DI MENTAKAB

CERAMAH DI MENTAKAB

Rabu, 15 Disember 2010

ANWAR CABAR NAJIB, MAMPUS NAJIB TAK BERANI

Anwar Cabar Najib Minta Singapura Dedahkan Maklumat Pembunuhan Altantuya
Oleh Dzulkarnain Taib
IMG_4200KUALA LUMPUR 14 Dis - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri supaya meminta kerajaan Singapura mendedahkan bukti pembabitannya dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sekiranya Datuk Seri Najib Razak yakin beliau tidak berkait langsung dengan jenayah tersebut.

"Bukan saya yang cakap Datuk Najib terlibat dalam pembunuhan tapi kerajaan Singapura yang berkata. Jadi kalau Najib kata dia tidak terbabit langsung saya cabar dia minta kerajaan Singapura dedahkan maklumat yang mereka ada mengenai pembunuhan Altantuya.

"Tapi saya juga nak beritahu kepada Singapura supaya jangan masuk camour hal ehwal kita. Jaga urusan kamu jangan nak tunjuk angkuh dan song dengan kita. Hal kita dengan Najib, biar kita sahaja yang lawan, jangan pulak nak masuk campur urusan dalaman Malaysia," Anwar memberi amaran.

Bercakap kepada lebih 3,000 penyokong Pakatan Rakyat di Ceramah Isu Semasa di Tapak Pasar Malam, Taman Melati malam tadi juga menyelar Umno-Barisan Nasional yang bersungguh-sungguh menghentam beliau dalam media milik mereka berhubung pendedahan laman web Wikileaks mengenai dakwaan kononnya beliau "masuk perangkap" yang dirancang oleh kerajaan dalam pertuduhan fitnah kali kedua.IMG_4194

"Dia (Umno-BN) kita bodoh ka? Dia ingat satu hari Musa Aman (bekas Ketua Polis Negara) kata hari ini pukul 3.00 petang kita nak perangkap Anwar, bawa seorang 'budak jambu' dalam bilik lepas tu lakukan apa yang mereka dakwa. Kalau betul-betul perangkap dan saya masuk perangkap mana buktinya? Sekurang-kurang mesti ada video macam kes VK Lingam tu, baru boleh panggil sebagai 'entrapment' (perangkap) ataupun nota perubatan.

"Ini tidak bila kita mina laporan perubatan, mereka kata ada tapi bila minta tak mahu beri. Jadi dia ingat ni bodoh macam dia," sindir Anwar.

Anwar menjelaskan sekiranya apa yang didakwa oleh Singapura terhadapnya adalah benar beliau bersedia menemui bekas Perdana Menteri negara itu Lee Kuan Yew di mahkamah.

"Jangan pakai cakap sahaja. Kalau ada bukti sila bawa ke mahkamah, saya akan pertahankan diri saya cara begini.

"Umno-BN pun boleh bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah bagi pihak Najib kalau mahu," cabar beliau.

IMG_4197Beliau yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat membidas media milik Umno-BN yang tidak berhenti menaburkan fitnah dan tohmahan terhadap beliau dan Pakatan Rakyat.

"Media dan jentera kerajaan digunakan sepenuhnya untuk mengekalkan kekuasaan Umno-BN. Selama 12 tahun mereka mengatakan Anwar bersalah, saya rasa sekurang-kurangnya 221 kali (ketawa) bukan sekarang. Jadi apa nak hairan sangat kalau hari ini dok ulang yang Anwar salah, dah 12 tahun mereka lakukan ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata kenyataan Najib yang mahu mempertahankan Putrajaya ke titisan darah terakhir menunjukkan beliau berada dalam keadaan amat takut.

"Najib takut didakwa kemudian hari sebab itu di takut kehilangan Putrajaya. Pemimpin Umno-BN semuanya takut kalau Anwar jadi Perdana Menteri semua rahsia rasuah dan bagaimana mereka bolot kekayaan secara haram akan saya bongkarkan. Saya tahu banyak rahsia mereka jadi saya beri amaran jangan cabar saya (mendedahkannya)," tegas Anwar lagi.

Anwar seterusnya memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka boleh menumbangkan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita mesti ada keyakinan dan semangat yang kuat bahawa dengan kerjasama erat PKR, PAS dan DAP kita akan sama-sama tumbangkan BN. Yang penting setiap daripada kita harus memainkan peranan kita dengan menyebarkan maklumat yang ada kepada kaum keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling baru kita boleh timbulkan kesedaran mengenai perubahan yang ingin kita bawa.IMG_4195

"Percayalah Pakatan Rakyat akan membawa agenda Malaysia baru, Malayisa yang jauh lebih adil berdasarkan negara hukum, menegakkan keadilan serta melindungi hak rakyat dan menghancurkan segala kebobrokan Umno-BN," kata Anwar yang terpaksa mengakhiri ucapannya lebih awal atas arahan pihak polis./SK

4 ulasan:

  1. Anwar ni memang perangai dia lagu tu. Kalau tak cabar orang, dia saman orang. dia perasan dia hebat sangatlah tu, berani cabar dan saman orang.Kalau hebat kenapa kena perangkap jugak.

    BalasPadam
  2. pendedahan wikileaks:

    pasal nuar kaki jubor : berdasarkan siasatan agency risikan singapura - anwar kaki liwat

    pasal najib: ade dia cakap najib bunuh altantuya?ade ? takde kan? dia kata najib kena menang political race utk mengelak didakwa..didakwa? mmg didakwa pun skrg ni..but didakwa bukan statement..

    tp bila da bersumberkan risikan singapour melalui bukti2 teknikal, nak cakap ape lagi wei?

    BalasPadam
  3. Asyik cabar aje. Memang kau main bontot.

    BalasPadam
  4. banyak jugak ye umno totok masuk ke laman ni......memang dasar pengampu.....

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini