TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Selasa, 14 Disember 2010

WIKILEAKS - ANWAR MULA JAWAB TUDUHAN BERMULA HARI INI

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Ketika berhadapan dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui Wikileaks, hari ini PKR mengeluarkan jadual penuh ceramah perdana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjelajah ke seluruh negara bermula 14 hingga 19 Disember ini.

Beliau dijadualkan berucap bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP bermula malam esok 14 Disember di tapak pasar malam Taman Melwati, Wangsa Maju Wilayah Persekutuan.

Turut akan berucap di majlis itu nanti adalah anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad,Teresa Kok, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Ibrahim Yaacob.

Wikileaks melalui media Australia telah mendedahkan pelbagai dokumen yang bersumberkan para pemimpin dan diplomat Singapura. Antaranya mendakwa, musuh politik Anwar telah membuat perangkap untuknya dan Anwar telah memasuki perangkap itu.

Turut didedah adalah kenyataan para diplomat Singapura yang berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bimbang kalau hilang kuasa kerana takut beliau akan didakwa. Sehingga kini media gagal mendapatkan sebarang komen dari Najib mengenai hal ini.

Namun begitu, Anwar telah mempertikaikan laporan ini dan mendesak mereka memberikan bukti ke atas dakwaan itu. Sebelum itu, Anwar mencadangkan ia adalah kerja para SB (polis cawangan khas) Malaysia dengan Singapura.

Anwar dipercayai akan menjawab secara terperinci segala tuduhan ini dalam siri ceramah perdana yang disusun untuk beliau ini.

Selepas ceramah perdana pertama di Kuala Lumpur, pada 16 Disember beliau akan turun ke Malaka dan Negeri Sembilan pula. Mula-mula beliau akan berucap di Dataran Muhibah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan.

Selepas ceramah itu, beliau akan bergegas ke Markas PAS Paya Dalam, Air Molek, Melaka. Di kedua-dua tempat itu, pemimpin PAS dan PKR akan turut berucap bersama beliau.

Pada 17 Disember, beliau akan turun pula ke Markas PAS Cegar Medang, Jalan Benus, Bentong, Pahang untuk memberikan tazkirah Maghrib sebelum memberikan ceramah perdana di Himpunan Perdana Peneroka Felda yang berlangsung Markas PAS Kawasan Bera, Mengkarak, Bera, Pahang.

Pada 18 Disember pula, Anwar akan turun ke Pulau Pinang dan akan memberikan tazkirah Maghrib di Markas PAS Negeri Perak, Air Kuning, Changkat Jering, Bukit Gantang. Selepas itu beliau akan menyertai Majlis Makan Malam KeADILan di Dewan Cina Perkampongan Juru, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Selepas itu, beliau akan bergegas ke majlis Ceramah Perdana yang akan diadakan di Padang Bola Balik Pulau, Pulau Pinang.

Keesokan harinya, beliau akan menyertai pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dalam Konvensyen Ke 2 Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang.

1 ulasan:

  1. Penat nanti Anuar nak menjelajah ke seluruh dunia untuk menjawab apa yang dibongkar oleh Wikileaks. Kesian Anwar, sepatutnya diusia pencen sekarang ni beliau kena lipat gandakan ibadat dan perbanyakkan taubat serta kena rajin-rajin ke masjid dan tunaikan haji, tetapi nampaknya makin tua makin banyak masalah yang datang melanda.Sepatutnya teman-teman yang sayangkan Anwar patut nasihatkan beliau supaya banyak-banyakkan bertaubat bukannya mempergunakan beliau untuk kepentingan politik PR.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini