RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 15 Disember 2010

MENGAPA BAPA SAIFUL MENGGELABAH ?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA sudah tertekan, bapa kepada mangsa kes liwat Saiful Bukhari yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menarik perhatian Seri Paduka supaya kes itu yang sedang dibicara dipercepatkan. Mengapa mahu dipercepatkan?

Mengapa bapa pemuda yang mengaku tidak basuh duburnya beberapa hari itu tertekan? Adakah jika lewat kes ini selesai maka `payment' lewat juga diterima? Atau kedua beranak ini tidak sanggup lagi berkurung di dalam rumah akibat malu berhadapan dengan masyarakat yang memandang jijik pengakuan anaknya? Bak kata orang, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Maka, tanggung sahajalah. Berani buat, berani tanggung.

Masalah kes ini cepat atau lewat tidak penting, yang pentingnya kes ini diadili dengan betul untuk memberi keadilan kepada sidituduh mahu pun mangsa. Adakah kes yang sedang dibicarakan sekarang kelihatan adil? Mengapa beliau tidak mengadu kepada DYMM YDP Agung mengapa mahkamah tidak membenarkan beberapa dokumen penting yang diperlukan oleh DS Anwar seperti laporan klinikal diserahkan kepada pihak Pembela agar kes ini lebih cepat diselesaikan secara adil?

Mengapa bapa Saiful tidak merayu agar kes yang menimpa anak kesayangannya itu disebut di Mahkamah Syariah kerana ianya melibatkan salah laku `suka sama suka' (mengikut Pertuduhan) sesama orang Islam? Beliau sepatutnya merayu agar perundangan mengikut Islam dikuatkuasakan kerana perundangan Islam dijamin memberi keadilan kepada anaknya. Sewajarnya bapa Saiful ini merasa gembira kerana seluruh jentera kerajaan, media termasuk beberapa pihak asing mempercayai `hayalan' anaknya itu bahawa beliau telah diliwat.

Lojiknya DS Anwar yang sepatutnya merasa tertekan kerana seluruh media di bawah Umno, termasuk pihak luar yang memberi gambaran seolah-olah sememangnya beliau bersalah. Namun, kita lihat DS Anwar tenang menghadapi semua tekanan ini malahan beliau bertambah semangat untuk melawan kerja jahat mereka itu. Ketenangan DS Anwar di samping majoriti rakyat yang cerdik berfikir yang menolak segala fitnah jahat ini menunjukkan bahawa kebenaran tetap mengalahkan kebathilan. Orang yang merasa bersalah sudah pasti tertekan, dan nampaknya bukan Saiful sahaja yang tertekan bahkan bapanya juga.

Oleh itu, tidak perlulah bapa Saiful menunjukkan kegelabahannya. Mungkin sekarang beliau sudah merasa menyesal dengan apa yang telah dilakukan oleh anaknya. Tidak berbaloi sekiranya dua beranak ini mendapat imbuhan walau sebanyak mana pun kerana maruah diri tidak boleh dinilai dengan wang ringgit./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. jikalau ANWAR dah ada bukti yg kukuh membela diri dia bahawa dia tidak meliwat,kenapa perlu takut?? kenapa perlu tangguh lagi??

    kalau anak ko kena rogol,lepas tu lawyer perogol mintak tangguh sampai 8 tahun rasa-rasa ko tertekan tak??

    kalau dah tak tau betulke tak ANWAR meliwat ke tak suruh je ANWAR tu lawan dgn bukti.. bukan menang atas teknikaliti macam kes liwat dia yg lepas.. kalau hang baca penghakiman penuh hang pun tau bahawa hakim kata ANWAR MEMANG MELIWAT tapi disebabkan kesalahan teknikal oleh pihak pendakwaan maka dia dilepaskan..

    dimanakah keadilan kalau ANWAR tak bagi bukti.. pernahlkah ANWAR cerita pasal BUKTI yang dia TAK MELIWAT SAIFUL?? TiDAK PERNAH!!! apa yang ANWAR gebang?? Konspirasi lah? Dianiaya lah? Saiful dibayar la.. kalau betul itu perangkap kenapa ANWAR menutuh juga jubor tu??

    BalasPadam
  2. anon 10:06 adalah orang yang paling bodoh, bangang, bengap dan bahlol...anwar adalah orang yang dituduh bukan menuduh...ada paham??? orang yang menuduh la kena bagi bukti bukan sebaliknya...takkan la anwar takdak2 pasai nak pi court ngaku dia tak li**t sayfool?anwar tu cerdik la bai...bukan macam hang...tolol...basic court case camni pun tak paham...tolol...bahlol...ngok...

    BalasPadam
  3. mai aku tambah sket...kalau tak tahu lebih baik diam memalukan diri sendiri ..muahaha

    i'm no king

    BalasPadam
  4. tul aku sokong....lawyer anwar minta laporan perubatan asal pun...dorang takut nak kasi....nak cite tentang keadilan..mana keadilannya ??

    BalasPadam
  5. 10:06
    Lubang jubuq hang boleh ganti kot,wa pst ckp anwuar kata dia l***t jubuq lu byk najis tak yah cakap buat busuk cerita je...

    BalasPadam