RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 12 Disember 2010

NAJIB SEMAKIN HILANG ARAH, BN TERUS MENIPU RAKYAT

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM siaran berita malam tadi, Najib masih terus menyerang Parti Pembangkang. Beliau mengingatkan ahli-ahli MIC khususnya agar tidak silap memilih parti yang bakal memerintah selepas PRU ke 13 nanti. Nyata sungguh ketakutan Najib kepada kebangkitan PR dewasa ini tambahan pula Kerajaan Bn di bawahnya sekarang sudah tidak mampu lagi membela nasib rakyat.

Isu kenaikan harga barangan disebabkan oleh kenaikan harga petrol yang diumumkan oleh Najib cuba diselindungkan dari perhatian rakyat, maka taktik yang digunakan adalah menyerang Pembangkang. Memilih PR kununnya rakyat akan susah dan akan menyesal kemudian nanti. Adakah Najib fikir rakyat sekarang sudah semakin senang?

Jika di depan orang Melayu Najib memainkan isu ketuanan Melayu dengan menuduh PR anti Melayu. Di hadapan kaum India malam tadi, isu ini tidak berkumandang sebaliknya beliau memainkan isu betapa susahnya rakyat nanti jika PR memerintah. Adakah di bawah Bn sekarang kaum India bertambah senang?

Di Kedah baru-baru ini RM 500 ringgit ditaburkan kepada mangsa-mangsa banjir untuk menunjukkan betapa Bn membela rakyat di Kedah. Saya tidak tahu samada masih ada rakyat Kedah boleh menjual maruahnya dengan harga RM 500 dalam keadaan kenaikan barang yang semakin tidak terkawal sekarang. Kita ternanti bila pula akan diumumkan kenaikan kadar takrik Elektrik yang Najib sendiri bersetuju untuk dinaikkan.

Saya yakin rakyat di Kedah tidak sebodoh yang Najib sangkakan. Rakyat masih ingat janji Muhyiddin bahawa minyak Ron 95 tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat, tetapi di mana janji itu? Bukan sahaja minyak, gula dan gas juga turut naik sertamerta. Masakan rakyat lupa bagaimana kita diperbodohkan sedemikian rupa?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan