RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 28 Mac 2011

BLOGGER CMK MENENTANG NAJIB DI PEKAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

SANTAI seketika. Baru-baru ni aku ada berjumpa dengan CMK (Blogger Cucu Mat Kilau) sewaktu kami dengan beberapa orang rakan dari bersembang di sebuah restoren berdepan dengan Pejabat PKR Pahang di Kuantan. CMK ni Blogger ternama yang selalu menulis di PahangDaily dan beliau dulunya ahli PKR dan telah pun keluar dari PKR.

Sewaktu PRK di Dun Kerdau baru-baru ni hangat diperkatakan bahawa CMK akan menyerahkan borang menyertai PAS. Tetapi berita tersebut tenggelam sehingga hangat pula diperkatakan bahawa beliau akan berpaling tadah untuk menyertai Umno. Bahkan, foto beliau berada di hadapan rumah pemimpin Umno sewaktu kempen hangat sedang berjalan tersebar di dalam beberapa blog. Aku sudah bersiap sedia untuk `berperang' dengan Blogger senior ini jika benar beliau menyertai Umno.

Sehingga aku berjumpa dengannya di Kuantan baru ni, ternyata bahawa CMK masih bersama perjuangan kita, tentunya tidak bersama Umno/Bn. Kami bersembang bermacam cerita darihal parti di dalam PR, tetapi tumpuan banyak tertumpu kepada parti PKR di Pahang sendiri.

Cerita paling menarik dan aku fikir seperti serius yang dinyatakan oleh CMK kepada aku adalah bahawa beliau bersedia bertanding di dalam PRU nanti. Tempatnya bukan calang-calang tempat iaitu di Parlimen Pekan. Beliau kata, harapan PR di Pekan nanti agak sukar kerana di sana bukan sahaja rakyat jati Pekan yang mengundi. Selain dari dua pengkalan tentera di Kem Batu 10 iaitu Kem Tentera Darat dan TUDM, terdapat juga kem AW di masukkan ke dalam Parlimen Pekan sebagai pengundi pos. Di Parlimen Pekan juga terdapat beberapa penempatan yang orang Pekan sendiri ramai yang tidak tahu datang dari mana. Sudah tentu peluang buat PR amat sukar di Parlimen Pekan.

Mengapa CMK tawar diri? Pertamanya, beliau mahu PR tumpukan kepada kawasan yang PR rasa boleh `makan' sahaja atau sekurang-kurangnya peluang PR 50-50. Parlimen Pekan, tewas hampir pasti buat PR bukan kerana Najib hebat di Pekan tetapi kerana ada `bantuan-bantuan' ghaib dari undi pos dan pendatang ke Pekan. Justeru itu, CMK merasakan beliau mampu membantu PR di Parlimen Pekan sekurang-kurangnya Najib tidak boleh berpeluk tubuh sahaja di Pekan.

Bila saya fikirkan, ada baik juga CMK bertanding di Pekan. CMK pun bukan asing di sana kerana beliau kerap kali `merisik khabar' beberapa kawasan di Pekan untuk meninjau sendiri benarkah Najib telah melakukan yang terbaik di Pekan. Setakat ini, CMK memaklumkan terlalu banyak rakyat Pekan memendam rasa terhadap Najib. CMK banyak mendapat maklumat daripada rakyat di Pekan tentang ketidakadilan Najib. CMK ada memberitahu saya beberapa fakta tentang perkara ini, tetapi saya merasakan adalah lebih baik CMK sendiri dedahkan nanti.

Cumanya, saya menyokong jika benar CMK ikhlas untuk bertanding di Parlimen Pekan. Paling kurang pun, PR harus memberikannya satu kerusi Dun di Pekan. Sebelum itu, CMK perlulah memilih mana-mana parti di dalam PR sekiranya beliau masih belum berparti. Mana tahu `si tikus boleh menghalau gajah'?/wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. elok sangat lah tu.dulu ahli pkr,keluar pkr sebab tak puas hati.kenapa tak ikut zaid.
    sekarang ada angan angan nak bertanding parlimen pekan.juga niat yang elok.tapi belum pasti isi hati yang elok.
    pkr atau pas jangan terperangkap manusia jenis ini.memang lojiknya SUKAR untuk pas -kar menang di pekan,tapi bagi pada cmk ni,ibarat najib akan menang percuma dihari hari sebelum mengundi

    BalasPadam
  2. haha, nampak sgt nak tumpang glamer..nak naikkan name sendiri..hahahahaha..kalu kalah pun tak rugi ape, sbb lawan dgn najib..
    kalu ko betul2 ikhlas nak perjuangkan falsampah ko, bertanding la tempat yg sama rata-sama berat..parti gila kuasa..

    BalasPadam
  3. Istiqamah lah dalam perjuangan dengan Islam menjadi pegangan. Tiada yang sempurna tapi cari lah wadah yang menghampiri jalan pulang

    BalasPadam
  4. dia nak lawan atas tiket apa?Buat pecah undi boleh la.Letih layan kaki merajuk ni.Tak ikut cakap dia je,merajuk.Susah bro.

    BalasPadam
  5. CMamatKelentong nih nak bertanding kt pekan... haha.. bertanding dlm rumah sendiri pun belum tentu menang!

    BalasPadam