RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 25 Mei 2012

LEMBU SEMAKIN MENGGANAS, KITA PULA SEMAKIN LEMAH !!

Oleh:  WFAUZDIN NS



PUAK itu memang gampang dan celaka serta haramjadah, kerana bapak mereka adalah tokoh haramjadah yang memperkenalkan perkataan `haramjadah' itu.  Inilah puak-puak yang bacul lagi dayus sama juga seperti bapak segala dayus iaitu orang yang sama yang amat takut dan terkencing apabila disebut untuk diketemukan dengan DS Anwar di dalam perdebatan.  Puak-puak lembu yang dimaksudkan adalah mereka yang datang melacur menjual maruah demi wang ringgit datang mengganggu program ceramah di Lembah Pantai baru-baru ini.  Baca kisah di SINI.



Patutkah kita di dalam PR hanya menyalahkan lembu-lembu ini sahaja?  Sampai bila kita mahu melihat aksi lembu-lembu gila ini di dalam setiap program kita?  Di mana kekuatan kita sebenarnya?  Mengapa begitu lemah sekali aspek keselamatan di dalam program-program yang kita anjurkan?  Kita masih yakin dengan perlindungan dari pihak Polis kah?  Mahu harapkan Polis jaga ceramah kita sedangkan yang berucap di atas pentas itu bukannya Ketua Polis Negara.  Di atas pentas itu pemimpin dan tokoh kita, maka kita lah sepatutnya lebih peka dengan aspek keselamatan ini.

Ada yang bertanya mengapa begitu mudah program kita disabotaj dan kini dilihat semakin agresif.  Jika dahulu lembu-lembu ini sekadar membuat hingar di sebelah pentas kita sahaja.  Kini mereka sudah berani bermain batu dan melempar botol air mineral.  Kita mahu tunggu mereka gunakan pisau dan parang kah baru kita mahu bertindak?

Amat lemah sekali aspek keselamatan kita menjelang PRU.  Kita hanya redha dan pandai membuat laporan Polis sedangkan kita tahu sangat sejauh mana laporan Polis kita itu akan berkesan.  Kita jangan samasekali menjual, tetapi kita kena rajin membeli !!/wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 24 Mei 2012

VIDEO CERAMAH BLOGGER KOBAT - TENTERA PENCEN JANGAN TAKUT

AKIBAT TIADA SAMBUTAN, ANTI BERSIH 4.0 HADIAHKAN KERETA LEMBU UNTUK CABUTAN BERTUAH

Oleh:  WFAUZDIN NS

BETAPA terujanya puak-puak lembu untuk melihat kerja bodoh mereka berdemo di hadapan rumah Ambiga mendapat sokongan ramai rakyat jelata sehinggakan sanggup mereka membuang duit jutaan ringgit mengadakan cabutan bertuah kepada pengunjung-pengunjung Face Book Anti BERSIH yang mereka gelar BERSIH 4.0.  Baca SINI.

Cabutan bertuah itu bukan menghadiahkan lembu, tetapi menghadiahkan kereta mewah.  Bayangkan sehingga ke tahap itu puak-puak lembu kondo ini sanggup berkorban kerana mereka telah melihat setelah beberapa lama mereka menjadi lembu yang berkeliaran di hadapan rumah Ambiga, tiada sambutan pun dari rakyat.  Maka, tiada cara lain melainkan mengikut perangai Najib iaitu upah mesti diberi jika mahu ramai orang.  

Jangan ditanya siapa yang sponsor hadiah kereta itu kerana semua sudah tahu mereka ini terdiri dari puak-puak yang kaya raya kerana wang RM250 juta yang dicuri itu masih belum dikembalikan.  Wang sebanyak itu, tidak hairan setakat dua atau tiga biji kereta mewah kerana beberapa biji kondo pun boleh dibeli termasuk beberapa bidang tanah.  

Cumanya, terbayang oleh kita betapa ruginya wang itu dikeluarkan hanya untuk cabutan bertuah bagi mendapatkan sokongan kepada kerja-kerja sia-sia seperti berhimpun di hadapan rumah orang sambil menikmati tarian goyang punggung oleh bekas-bekas askar bengap yang tidak bermoral itu.  Alangkah baiknya wang itu digunakan untuk menderma kepada beberapa Tabung pembiayaan penyakit kanak-kanak kalaupun mereka tidak mahu gunakan wang tersebut untuk membayar kos penerbangan Zahid Hamidi ke Perancis nanti.  Bukankah Zahid Hamidi mengeluh tiada tambang untuk ke Perancis?

Kesihan mereka.  Berbagai cara telah mereka lakukan untuk mendapat simpati rakyat agar bersama-sama mereka melakukan kerja bodoh itu.  Kita ucapkan tahniah kepada DBKL kerana memberikan kerjasama kepada mereka ini dan mungkin anggota-anggota DBKL juga boleh mencuba nasib untuk mendapatkan hadiah kereta lembu berkenaan./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 23 Mei 2012

DEBAT PTPTN - RAFIZI HEBAT, KJ BERANI, NAJIB PENAKUT

Oleh:  WFAUZDIN NS

DEBAT di antara Sdr Rafizi, Pengarah Strategik KEADILAN Pusat dengan Sdr KJ, Ketua Pemuda Umno yang disiarkan secara langsung di Astro Awani malam tadi amat menghiburkan dan penuh ilmiah.  Tabik spring buat kedua-dua tokoh muda berkenaan kerana mendahului `tokoh tua' yang sampai sekarang sibuk mencari telornya yang hilang entah ke mana.


Sdr Rafizi bermula dengan amat baik manakala permulaan dari KJ pula lebih banyak berpandukan kepada nota yang dibawa beserta dengan angka-angka dari cara `pengiraan Umno' terhadap beberapa projek. Semua itu telah dijawab oleh Sdr Rafizi bahawa `angka kiraan cara Umno' tidak terpakai kerana projek-projek Umno tidak boleh lari dari `komisyen', itu fakta.  Jika tidak percaya, cuba tanya Ketua Audit Negara.  Jika sangsi, lihat sahaja kisah stadium yang runtuh di Terengganu itu.

Apa pun, KJ boleh diberi pujian kerana masih bermaruah untuk tampil berdebat.  Kalah menang tidak penting, tetapi maruah itu penting.  Malangnya di dalam Umno, orang seperti KJ tiada tempat kerana orang yang berani seperti KJ dikhuatiri akan `makan tuan'.  Sebab itu KJ sehingga sekarang masih tiada tempat di dalam kabinet.  Mungkin Najib sudah belajar dari pengalaman Mahathir Kutty apabila mamak ini membawa DS Anwar masuk kabinet beliau.  Kehebatan DS Anwar ketika itu tiada siapa boleh menyangkalnya, dan DS Anwar menaiki satu demi satu tangga di dalam kerajaan adalah kerana kekuatan dirinya sendiri.  Beliau menang jawatan di dalam Umno di atas kekuatan dirinya sendiri dan bukan kerana pengaruh Mahathir Kutty.  

Pengalaman ini lah yang dipelajari oleh Najib.  Walaupun KJ tidak sehebat DS Anwar, namun di dalam Umno ketika ini tiada lain yang lebih hebat dari beliau di atas keberaniannya.  Tidak pelik jika Najib amat bimbang untuk memberi tempat kepada KJ.  

Berbalik kepada debat malam tadi.  KJ mempersoalkan mengapa negeri-negeri di bawah PR tidak memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar yang menuntut di Universiti atau Kolej di bawah Kerajaan Negeri?  Dijawab oleh Sdr Rafizi, tidak mustahil ianya boleh dilakukan sekiranya Kerajaan Pusat boleh berlaku adil kepada Kerajaan Negeri di dalam pengagihan peruntukan.  Sebenarnya, KJ tidak boleh membabitkan isu pendidikan di bawah Kerajaan Negeri kerana isu yang diperdebatkan sekarang adalah JANJI Pakatan Rakyat sekiranya memerintah Putrajaya.  Mengapa mahu dibandingkan memerintah sebuah negeri yang amat terhad kewangannya dengan memerintah Kerajaan Pusat?  

Walaupun telah dijawab oleh Sdr Rafizi, KJ di akhir penggulungannya masih bermain dengan persoalan yang sama.  Mungkin KJ malam tadi kehabisan idea untuk mematikan hujah Sdr Rafizi.  Sebab itu, di akhir penggulungannya beliau dengan lantang membacakan beberapa janji PR di Selangor yang masih belum dilaksanakan.  Nasib baik Sdr Rafizi tidak mempunyai ruang untuk membalas hujah KJ tentang hal ini kerana KJ diberi ruang sebagai pendebat terakhir menggulung hujah.  Seandainya Sdr Rafizi diberi ruang, saya yakin isu yang dibawa oleh KJ ini sudah pasti akan memalukan Umno semula.  Mana kan tidak, rakyat Selangor tahu perbezaan pemerintahan PR walaupun baru sepenggal jauh lebih baik dari zaman Umno berpuluh tahun dahulu yang berakhir dengan pemerintahan Khir Toyo yang kini mahu dipenjarakan akibat rasuah.

Kita akui belum 100 % janji-janji Kerajaan PR di Selangor ditunaikan, tetapi bukan bermakna ianya pasti tidak ditunaikan.  Tidak mencapai 100 % adalah betul, tetapi untuk mengatakan janji-janji tersebut tidak ditunaikan langsung apatah lagi di dalam tempoh sepenggal adalah hujah yang tidak cerdik. Sebagai contoh, kita berjanji dengan isteri kita ingin membeli sebuah rumah yang mahu dijual oleh kawan kita dan kita akan penuhi rumah itu nanti dengan berbagai-bagai perabut.  Sudah tentu isteri kita akan teruja dengan janji-janji kita.  Maka, apabila rumah itu telah kita beli dan duduki, kita dapati rumah itu mempunyai berbagai-bagai masalah dan kerosakan.  Sudah tentu kita akan memperbaiki terlebih dahulu beberapa kerosakan seperti atap yang bocor, paip yang pecah atau pendawaian elektrik yang tidak sempurna.  Di dalam tempoh baru sebulan kita menduduki rumah tersebut dan masih ada beberapa kerosakan yang lebih utama untuk kita perbaiki atau ganti, adakah wajar ketika itu isteri kita memberontak dan mendakwa kita tidak tunaikan janji untuk memenuhi ruang rumah dengan perabut-perabut?

Hakikatnya kesemua negeri di bawah PR ternyata jauh lebih baik dari zaman Umno/Bn.  Kelemahan sudah tentu ada kerana sebagai manusia ia tetap mempunyai kelemahan, tetapi kelemahan bukan bererti penyelewengan.  Kelemahan boleh diperbaiki dari semasa ke semasa, tetapi penyelewengan hanya perlu dibenteras dan diambil tindakan.  Di zaman Umno/Bn, bukan sahaja kelemahan tetapi penyelewengan juga turut berlaku.  Jika tidak percaya, cuba tanya Khir Toyo./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 22 Mei 2012

DI ANTARA BERAHIM ALKATAKI, ZUL KULUM DAN ZAHRAIN, SIAPA HILANG DEPOSIT PALING TINGGI?

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIADA yang lebih menggembirakan aku selain dari mendengar berita Berahim Alkataki akan bertanding sekali lagi di Pasir Mas.  Katanya, rakyat Pasir Mas masih perlukan beliau maka Pasir Mas lah tempat yang bakal dipilihnya.  Katanya lagi, jika beliau tewas juga, maka rakyat Pasir Mas lah yang menjadi angkara.  Memang lah wahai katak, takkan rakyat Pekan, Pahang pula yang menyebabkan kamu hilang deposit.  Baca di SINI.


Kita tahu sebenarnya Berahim Alkataki sudah puas meneropong banyak tempat untuk beliau merasa selamat dari hilang deposit.  Tewas tetap tewas, cuma bagi Berahim beliau merasa beliau menang seandainya deposit tidak hilang.  Namun, tempat mana lagi yang sesuai untuk Berahim ini bertanding?  Bumi mana yang redha untuk kemenangan Berahim?  Beliau menang dahulu pun selepas disepak keluar dari Umno hanyalah semata-mata ihsan dan kesihan orang-orang PAS kepada beliau.  Tetapi, sikap ego dan mudah perasan menyebabkan Berahim lupa diri.  Kali ini beliau mula kembali merayu rakyat Pasir Mas.

Di antara Berahim Alkataki, Zul Kulum, dan Zahrain kita boleh mula bertaruh sekarang siapakah yang paling sedikit hilang deposit.  Amat memalukan jika Presiden Perkasa ini menjadi penghilang deposit tertinggi dan ini memungkinkan jawatan Presiden Perkasa diserahkan kepada penghilang deposit terendah di antara mereka. 

Di dalam PRU akan datang, inilah peluang terbaik buat rakyat Pasir Mas menghukum katak yang tidak sedar diri ini.  Kuburkan Berahim Ali maka lengkaplah peribahasa `mati katak' buat rakyat Kelantan./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 21 Mei 2012

BERSIH BERTUJUAN TUMPAH DARAH, DAKWA SI TUA BANGSAT

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA membaca komen Rahim Noor bangsat itu di SINI, makin jelas beliau sememangnya sedang meminta simpati atau lebih tepat menjadi peminta sedekah dari Umporno untuk mengisi perut anak bininya.  Maklumlah, pencen tiada dan kudrat untuk bekerja pun tiada dan lebih malang lagi otak pun sudah tidak boleh digunakan lagi akibat pembalasan perbuatan keji dan lahanat beliau suatu ketika dahulu.

Demi mencari sesuap nasi, tidak kira halal atau haram, orang tua kutuk ini sanggup menjaja cerita fitnah walaupun memalukan seluruh keturunannya.  Sebelum ini, beliau sudah termalu apabila terpaksa jua mengaku bahawa sememangnya beliau yang menumbuk DS Anwar sewaktu tokoh reformasi itu berada di dalam lokap walaupun awalnya beliau menipu seluruh rakyat bahawa DS Anwar menumbuk matanya sendiri.

Kemudian, maruahnya semakin tercalar dan kesesatannya semakin terserlah apabila beliau dipetik oleh sebuah akhbar menyebut bahawa Tuan Guru Nik Aziz adalah `Bapa Segala Kafir".  Menipu lagi apabila beliau mendakwa beliau tidak berkata sedemikian tetapi masih enggan menyaman akhbar berkenaan.  Isu tersebut dijawab oleh PAS apabila menyaman akhbar tersebut.

Sekarang beliau mendakwa bahawa Himpunan BERSIH 3.0 yang lalu sememangnya mahu berlaku pertumpahan darah.  Kepala otak bekas Ketua Polis Negara ini sudah tidak mampu lagi berfikir bahawa lojik atau tidak peserta perhimpunan mahu berlaku pertumpahan darah atau mahu merampas kuasa dengan hanya membawa air mineral dan tuala good morning semata-mata.  Itu pun tidak semua yang membawa botol air mineral, majoritinya hadir berhimpun dengan tangan kosong sahaja.  Selaku bekas Pegawai Tertinggi Polis, di mana teori yang beliau belajar hanya dengan tangan kosong berdepan dengan pasukan keselamatan yang lengkap bersenjata maka boleh melakukan pertumpahan darah?  Darah siapa yang mahu ditumpahkan?

Kita simpati dengan orang tua separuh gila ini.  Beliau sekarang berada di tahap paling rendah moralnya dari pelacur jalanan.  Pelacur pun tidak tergamak menuduh orang alim dan warak sebagai `bapa kafir'.  Sepatutnya jika beliau masih merasa hebat sebagai bekas bos segala Polis, beliau mesti menawarkan perdebatan ilmiah dengan mana-mana tokoh atau penganjur BERSIH.  Malangnya si bangsat tua kutuk ini manusia paling bacul setaraf dengan tokoh yang meng`haramjadahkan' para peneroka baru-baru ini./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 20 Mei 2012

JUARA PIALA FA - KELANTAN JUARA, TOK PA TUMPANG PUBLISITI

Oleh:  WFAUZDIN NS

TAHNIAH kepada pasukan Bola Sepak Kelantan (Red Warrior) yang sebentar tadi dinobatkan sebagai Juara Piala FA menewaskan Sime Darby 1 - 0 hasil jaringan Penalti oleh M. Ghaddar.  Kemenangan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang menyokong Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Nik Aziz.

Seperti dijangka seluruh stadium majoritinya dipenuhi oleh para penyokong Negeri Serambi Mekah dan melihat kepada corak permainan Sime Darby ternyata pasukan berstatus Kelab itu hanya mahukan keputusan seri tanpa jaringan yang memungkinkan kemenangan dari sepakan Penalti.  Corak bertahan sepanjang perlawanan oleh pasukan berkenaan sedikit sebanyak menyukarkan gerakan penyerang-penyerang dari Kelantan.

Akhirnya, keputusan yang diharapkan oleh Sime Darby hasil dari sepakan Penalti menjelma juga tetapi bukan untuk pasukan Sime Darby sebaliknya tuah milik Kelantan.  Apa pun, Kelantan sememangnya layak bergelar Juara.

Di sebalik puluhan ribu para penyokong Merah beserta berbagai sepanduk dan banner, kelihatan juga banyak sepanduk yang menuntut pembayaran royalti yang sehingga kini rakyat Kelantan dinafikan.  Kelihatan juga bendera Bulan berkibaran membawa erti politik rakyat Kelantan tidak boleh dipadamkan di mana jua.

Tahniah Kelantan.  Tahniah Tan Sri Anuar Musa yang berjaya meningkatkan prestasi Bola Sepak Kelantan.  Cuma tertanya-tanya, mengapa terpacul wajah Tok Pa (Mustapha Mohamed) di pentas utama sewaktu majlis penyampaian hadiah?  Atas kapasiti apa beliau di situ?  Selaku bakal MB Kelantan kah?  Sepatutnya beliau malu kepada Tan Sri Anuar Musa yang sepatutnya dijulang, tetapi beliau berada di bangku penonton sahaja./wfauzdin.blogspot.com


Sabtu, 19 Mei 2012

FINAL PIALA FA - PROTES FAM DENGAN BAJU BERSIH?

Oleh:  WFAUZDIN NS

BICARA soal Bola Sepak pula.  Malam ini (19 Mei), penentuan juara Piala FA, di antara negeri Tuan Guru Nik Aziz iaitu Kelantan akan menentang Sime Darby.  Seperti biasa, FAM ambil kesempatan penuhkan kantung dengan harga tiket RM40 bagi setiap tempat duduk.  Maklumlah liga di negara ini berkualiti, mestilah tiket mahal samada anda duduk di bahagian atas, tengah atau bawah termasuk juga di belakang tiang gol Stadium Nasional Bukit Jalil.

Di dalam kemarahan para penyokong setia Red Warrior kerana bos mereka Anuar Musa dilakukan dengan berbagai cara, aku pasti para penyokong Kelantan akan hadir memenuhi stadium.  Apa yang pasti, stadium akan penuh malam ini tidak seperti perhimpunan para-para lembu kondo baru-baru ini.  

Semestinya aku menyokong Kelantan kerana itu negeri Tuan Guru.  Kalah atau menang tidak menjadi masalah kerana aku rasa cukup berpuashati sekiranya Pengadil pada malam ini tidak masuk stadium dengan memakai jersey Kelantan atau jersey Sime Darby.  Pengerusi SPR pakai jersey apa di dalam PRU akan datang?  

Ada rakan aku kata malam ini dia tak mahu pakai baju merah/jersey Kelantan mahu pun jersey warna yang digunakan oleh Sime Darby.  Dia mahu pakai jersey KUNING BERSIH, katanya kerana dia berkecuali.  Aku rasa bagus juga jika semua yang datang malam ini pakai BAJU BERSIH.  Pertamanya, mereka boleh teruskan protes sistem pilihanraya di dalam stadium dan yang keduanya pakai baju BERSIH juga sebagai tanda protes tindakan yang dilakukan oleh FAM kepada Anuar Musa.  Ertinya, BERSIHkan FAM dari kekotoran termasuk budaya mencekik duit rakyat dengan harga tiket yang melampau.

Siapa sokong BERSIH, sila pakai baju KUNING.  Siapa menyokong Anuar Musa dan protes terhadap FAM, elok juga pakai baju KUNING.  Mungkin juga malam ini berkibaran bendera bulan seperti tahun-tahun yang sudah.  Apa pun, selamat bertarung. /wfauzdin.blogspot.com  

POLITIK - APA YANG WARGA TENTERA PATUT TAHU?

Ramai di kalangan warga tentera tidak mengetahui apakah hak-hak mereka di dalam politik termasuk hak-hak serta peraturan buat mereka sewaktu mengundi. Di sini, KOBAT ingin menjelaskan apa yang terkandung di dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera, (PMAT) 1972, Bahagian 3 - KEGIATAN POLITIK DAN PILIHANRAYA, agar menjadi panduan kepada semua warga tentera dan juga kepada semua parti-parti politik.

Warga tentera BOLEH hadir sebagai pemerhati di dalam mana-mana perhimpunan parti politik

PMAT 1972, Bahagian 3; (secara rengkas dan mudah difahami):

Bah 3, 1- Warga tentera TIDAK BOLEH menjadi ahli sebarang parti politik.

          2Tidak boleh menjadi calon pilihanraya.

          3 Tidak boleh memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik, tidak boleh berucap bagi  pihak mana-mana parti politik, menyiar atau menyebarkan bahan-bahan tulisan bagi mana-mana parti politik.

          4Tidak boleh hadir mana-mana perjumpaan politik dengan berpakaian seragam, kecuali diarahkan untuk melakukan tugas.

          5Tidak boleh menyampaikan apa jua maklumat samada secara sulit atau terbuka melalui sebarang media berkaitan politik atau sebarang isu yang menjadi perbalahan politik yang menyentuh Angkatan Tentera.

          6TIDAK BOLEH;

               a.  Mengambil bahagian di dalam mana-mana kerja politik atau membantu pilihanraya untuk mana-mana parti politik, perjumpaan mana-mana parti politik atau merayu undi

ATAU;

               b.  Mempamirkan mana-mana pelekat politik di dalam kawasan kem atau kenderaan tentera/kerajaan.

Warga tentera TIDAK BOLEH menjadi perayu undi mana-mana parti politik
       
        7.  Ia BOLEH HADIR di perjumpaan atau perhimpunan politik DENGAN SYARAT bahawa;

               a.  Bukan pada masa bertugas.

               b.  Berpakaian `preman' atau Awam (Tidak rejimental mufti)

               c.  Tidak mengambil apa-apa bahagian di dalam perjumpaan atau perhimpunan itu.

     
          8.   Apabila mengundi, HENDAKLAH BERPAKAIAN `PREMAN' (tidak Rejimental Mufti).

Adakah ini menyalahi Peraturan kerana memakai seragam sewaktu mengundi?  Sila rujuk Peraturan 3, Bil 8.

Semua yang di atas adalah intipati kepada apa yang terkandung di dalam PMAT tersebut yang kami catatkan secara ringkas, bertujuan untuk memberi maklumat kepada semua warga tentera supaya mereka dapat memahami lebih jelas tentang hak-hak mereka di dalam tentera.

Secara lojiknya, apabila seseorang warga tentera itu DIBENARKAN mengundi, mereka wajar diberi hak untuk mendengar sebarang bentuk penerangan dari mana-mana parti politik agar mereka boleh membuat pilihan.

KOBAT mengalu-alukan sebarang cadangan atau teguran dari pengunjung. Sila lawati FaceBook kami dengan anda `klik' pada logo FaceBook di atas. KOBAT juga bersedia untuk memberikan sesi penerangan atau ceramah kepada mana-mana pihak untuk kami suarakan pandangan kami selaku bekas tentera demi kebaikan bersama. Sebarang jemputan untuk kami, sila hubungi Admin Blog KOBAT di No tel: 013 - 9410309 atau tinggalkan pesanan anda di Inbox Message FaceBook KOBAT.

Ayuh, lakukan perubahan dengan berani./kobatpkr.blogspot

Khamis, 17 Mei 2012

"GOYANG PUNGGUNG" TIDAK BOLEH SELESAIKAN MASALAH WARGA TENTERA DAN BEKAS TENTERA

Sumber: Kobatpkr.blogspot 

Amat memalukan warga tentera dan bekas tentera. Bagaimana seorang yang kononnya bergelar bekas tentera yang sepatutnya terlatih dengan disiplin dan berani, boleh melakukan perbuatan biadab, jijik dan tidak senonoh di hadapan rumah orang lain? Apakah ini `standard' bekas tentera yang dilatih selama 21 tahun?

Kebodohan pemimpin Persatuan Veteren Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang dahulunya pernah mengaku `membeli' gelaran Dato' itu sedikit sebanyak memalukan keseluruhan warga tentera dan bekas tentera. Sekiranya beliau sememangnya kuat mengampu semenjak dari dalam tentera sehingga ke pencen, perbuatan beliau mengetuai `senaman punggung' yang tidak beradab itu di hadapan perkarangan rumah S.Ambiga tidak boleh dimaafkan oleh warga tentera dan bekas tentera.


Malu untuk mengaku mereka ini adalah `bekas tentera'

Tentera telah dilatih dengan sifat berani dan berdisiplin. Jika Mohd Ali bukan seorang bekas tentera yang bacul dan dayus, beliau tentunya berani mencabar S.Ambiga untuk berhujah secara ilmiah tentang apa yang beliau tidak bersetuju dengan tindakan S.Ambiga. Mengapa beliau begitu bacul untuk berdepan dengan seorang wanita separuh umur ini? Di mana keberanian sebagai seorang bekas tentera malahan menjadi pemimpin kepada PVTM?

Bacul yang takut untuk berdepan secara anak jantan dengan S.Ambiga

Di mana disiplin yang diajar sewaktu beliau berada di dalam tentera? Adakah sepanjang perkhidmatannya beliau telah dilatih untuk menjadi seorang yang kurang ajar? Kami dari KOBAT, malahan puluhan ribu dari bekas-bekas tentera tidak merasa sedikit pun megah dengan hanya aksi `goyang punggung' di hadapan seorang wanita untuk membuktikan `kejantanan' bekas tentera. Hanya pondan di lorong-lorong atau seorang yang bacul sahaja yang suka menggoyang-goyangkan punggung dan ianya amat menjijikkan.

Semua tahu ribuan bekas tentera malahan terdapat warga tentera sendiri dengan berani dan penuh disiplin hadir ke Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu. Kami diasuh dari tentera menjadi berani walaupun kami tahu akan berhadapan dengan risiko yang terbukti sememangnya berlaku. Kami tidak bertindak seperti PVTM yang hanya menjadi pengampu sang rejim dan mencari publisiti murahan seperti yang telah PVTM lakukan itu.

Menggoyangkan punggung tidak boleh menyelesaikan masalah bekas-bekas tentera yang masih ramai merempat. Tidak cukup dengan hanya goyangkan punggung untuk mengurangkan harga minyak dan barang-barang keperluan yang membebankan kehidupan warga tentera dan bekas tentera. Kami berjuang untuk kepentingan semua warga tentera dan bekas-bekas tentera. Kami tidak bercadang untuk menggoyangkan punggung di hadapan rumah Najib dengan disaksikan oleh Rosmah kerana ianya tidak akan menyelesaikan masalah negara ini yang semakin menuju ke tahap negara bankrap.

Sehubungan itu, KOBAT menyeru kepada seluruh warga tentera dan bekas tentera agar bersama-sama untuk melakukan perubahan di dalam PRU akan datang. Kita tidak boleh dimalukan lagi oleh spesis-spesis jijik yang menggunakan nama bekas tentera untuk mengampu sang rejim demi untuk perut-perut mereka, sedangkan warga tentera dan bekas-bekas tentera terus terabai dengan janji demi janji.

Rabu, 16 Mei 2012

JIKA MAHU HUDUD, PAS WAJIB BERSAMA UMNO - `USTAZ KIASU' RIDHUAN TEE

Oleh:  WFAUZDIN NS

`USTAZ Kiasu' Ridhuan Tee menulis di dalam akhbar Sinar keluaran Isnin (14 Mei 2012) baru-baru ini tentang betapa pentingnya PAS berpakat dengan Umno daripada PAS berpakat dengan PKR dan DAP.  Ustaz yang terkenal dengan ayat `Kiasu'nya ini berkata, beliau bukan ahli Umno, tetapi di dalam banyak tulisannya semua tahu dia lebih Umno dari Umno.

Semua tahu Ustaz Kiasu ini berbangsa Cina, tetapi lebih Melayu dari Melayu.  Apa hujah beliau?  Beliau berkata PAS gagal untuk laksanakan Hukum Hudud sekiranya masih bersama PKR dan DAP.  Ertikata, PAS lebih mudah untuk laksanakan Hukum Hudud jika bersama Umno.  Lucu bukan?  

Dia sedar majoriti ahli Umno adalah Islam dan terdapat seekor dua ustaz di dalam Umno walaupun ustaz/ustazah di dalam Umno itu ada yang mengambil wang zakat untuk membayar peguam bagi menghalang kes Qazaf.  Terdapat juga ustazah di dalam Umno yang pernah memberi `fatwa' tidak salah melacur jika `dharurat'.  Ustaz Kiasu tahu semua ini, beliau tahu ramai `Ular Mak' di dalam Umno.  Tetapi mengapa perlu Umno tunggu PAS berada bersamanya untuk laksanakan Hukum Hudud?  Umno sudah perintah lebih 50 tahun, mengapa mesti tunggu PAS berada bersamanya untuk laksanakan Hudud?  

Tidakkah PAS dahulu pernah bersama Umno?  Siapa terajang PAS keluar?  Sekarang, Ustaz Kiasu ini menyatakan perjuangan PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud hanya boleh dicapai jika bersama Umno.  Lojikkah?  Lojikkah parti yang di dalamnya bersepah kaki rompak hak dan harta rakyat mahu kepada Hukum Hudud?  Bayangkan, Ketua Wanita yang keluarganya curi duit rakyat untuk beli `lembu kondo' mahu kepada Hukum hudud?  Di mana otak kamu Ridhuan Tee?

Tidak terfikirkah kamu apabila Presiden MCA terang-terang sebut sewaktu beliau berdebat dengan Lim Guan Eng, beliau sebut MCA berjaya menghalang Umno dari menyokong perlaksanaan Hukum Hudud, tidak seorang pun pemimpin Umno berani bersuara walaupun sekadar `berdehem', termasuk seekor dua ustaz-ustazah Umno.  Apakah dengan puak seperti ini Ustaz Kiasu yakin boleh bekerjasama dengan PAS untuk memperjuangkan Islam?

Cukuplah dengan perangai mengampu bodoh kamu, wahai Ustaz Kiasu.  Mungkin kamu tidak sempat untuk dilantik menjadi Menteri jaga agama menggantikan Jamil Khir kerana selepas PRU nanti PR akan ke Putrajaya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com