RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 28 Julai 2009

BUSUK HATI, DENGKI DAN KHIANAT!!

Pewaris tukar masa: Puak pro dan anti-ISA berhimpun serentak
Jimadie Shah Othman
Jul 28, 09
12:42pm

Menjelang empat hari lagi demonstrasi besar berhubung Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), kumpulan penyokong akta itu menukar masa berhimpun mereka dari jam 11 kepada jam 2 petang – serentak dengan perhimpunan kumpulan anti-ISA.

Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun memberitahu Malaysiakini, pertukaran rancangan itu diputuskan dalam mesyuarat kumpulan itu tengah hari semalam di ibu negara.

NONEMesyuarat 12 NGO Melayu itu bertujuan membincangkan persediaan rapi mereka menjelang perhimpunan besar Sabtu ini.

Ditanya sebab perubahan jadual itu, Rahimuddin hanya berkata: “Ia melibatkan hal-hal teknikal. (perhimpunan pada) pukul 11 itu terlalu awal.”

Bagaimanapun, tambahnya, perancangan lain kumpulan itu, termasuk tempat berhimpun dan rancangan bergabung di Dataran Merdeka dan seterusnya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, tidak berubah.

Pertukaran masa berhimpun itu hampir mengesahkan pertembungan penyokong kumpulan itu dan penunjuk perasaan yang dipimpin Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang.

Keluar garis panduan

Mengikut jadual awalnya, penyokong ISA akan berhimpun di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari, dan seterusnya ke Istana Negara.

Bagaimanapun, tiga lokasi tersebut - Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara - adalah kekal, sebelum bergerak ke Dataran Merdeka di mana mereka akan menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki dan berarak ke Istana Negara.

Manakala ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI pula merancang bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah - sebelum bergerak ke Isntana Negara, juga untuk menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, GMI turut mengeluarkan mengeluarkan panduan berdemonstrasi pada hari tersebut kepada peserta mereka – merangkumi persediaan sebelum dan selepas tamat demonstrasi.

Peserta juga diberikan panduan bagaimana menghadapi provokasi dan panduan sekiranya ditahan polis. Mereka juga menyediakan peta laluan kepada peserta.

Bagaimanapun, Rahimuddin berkata, Pewaris tidak akan mengeluarkan sebarang panduan kepada ahlinya kerana mereka “tiada sebarang niat untuk bertembung”./Malaysiakini

3 ulasan:

  1. bapak diaorang kena ISA baru tauuu....ahhahahahaha...

    BalasPadam
  2. apalah teruknya pewaris ni....tak boleh ke pilih hari sendiri nak berdemonstrasi. Pakatan rakyat dan 83 NGO nak buat pada 1hb ogos ni...lu pewaris pilih hari lain tak bolih ka chit celaka punya orang

    BalasPadam
  3. Memang jelas niat mereka untuk melakukan provokasi dan kita tahu media arus perdana akan menayangkan lakonan yang akan memburukkan imej PR. Saya cadang GMI menukarkan tarikh kpd 2 Ogos. Nanti kita dapat lihat brp ekor berok berok Melayu yang akan keluar mengikut katak.

    BalasPadam