RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 1 Ogos 2009

TERKINI 3.05 - ANWAR, KIT SIANG DI DEPAN SOGO

Anwar, Kit Siang di Pertama
Ogos 1, 09 11:05am
3.05pm Polis menembak gas pemedih mata lagi ke arah sekumpulan orang yang berhimpun semula berdekatan Sogo.

3pm Polis melepas tembakan meriam air ke arah kira-kira 300 orang yang berkumpul semula dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.53pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di kompleks Pertama, depan Sogo.

2.53pm Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan berkumpul di Masjid Negara dahulu sebelum bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan "deklarasi rakyat".

2.50pm
Asap gas pemedih mata kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.

2.42pm
Kumpulan dari arah Sogo yang bergerak di sepanjang Jalan Raja Laut ditembak gas pemedih mata.

2.41pm
Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam untuk menyuraikan perhimpunan di bulatan dekat Bank Negara.

2.39pm Kumpulan dari arah Sogo menuju sepanjang Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka selepas berhimpun dan mendengar ucapan ringkas.

2.37pm
Polis melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah lebih 2,000 penentang ISA bersama pemimpin PAS Dr Hatta Ramli di bulatan dekat Bank Negara.

2.33pm
Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli.

2.30pm Saksi-saksi menganggarkan hampir 10,000 berkumpul dekat Sogo, simpang jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pemimpin GMI menyampaikan ucapan dan membacakan deklarasi rakyat mendesak ISA dimansuhkan. Pemimpin PKR Tian Chua dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kelihatan di sini.

2.22pm Mereka yang berarak dari Masjid Negara menukar haluan ke Padang Merbok.

2.20pm Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 2,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.15pm Hampir 2,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo./Malaysiakini

2 ulasan:

  1. Kalau Najib dah dapat 65% rating populariti kenapa perlu takut kepada perhimpunan aman? Perhimpunan yang berjaya ini membuktikan bahawa populariti rating Merdeka Center adalah satu agenda nak membodek seorang pemimpin yang paling tidak popular dalam sejarah negara ini. Nak tahu rating Najib sebenarnya - ayuh bubarkan DUN Perak.

    BalasPadam
  2. sebenarnya Najib dapat jawatan PM tu secara tak sah. Siapa pilih dia? dia dpt jadi PM melalui kaedah ameno yg jelas haram dari segi perlembagaan. najib telah membelanjakan RM20mil untuk mempertingkatkan popularitinya lantas mengukuhkan kedudukannya yg 'haram' tersebut. semua gula gula yg diberi kpd rakyat sempena 100 hari dia bertakhta adalah untuk kelabukan mata rakyat...
    kalau najib ada telor, dia harus buat satu snap election untuk menguji sejauh mana dia diterima rakyat....

    BalasPadam