RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 27 Julai 2009

MEREKA AKAN BERDEPAN DENGAN 30 RIBU PEMUDA PAS


KUALA LUMPUR, 27 Julai - Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan terus menyatakan komitmen pemuda PAS untuk menggerakkan himpunan mansuh ISA yang dijadualkan pada 1 Ogos ini. Beliau menjangkakan lebih 100 000 orang akan hadir dalam himpunan tersebut.

"Kami menjangkakan lebih 100,000 orang akan hadir dan Pemuda PAS akan menggerakkan kira-kira 30,000 orang ahli kami dari seluruh negara," katanya ketika majlis ramah mesra bersama media di hotel plaza jalan semalam.

Justeru itu Nasrudin mengharapkan kerjasama polis supaya membenarkan himpunan tersebut yang disertai oleh 83 pertubuhan bukan kerajaan.

Berikutan keputusan PEWARIS dan PERKASA yang turut mengadakan himpunan mempertahankan ISA pada hari yang sama, Pemuda PAS menghormati pendirian tersebut dan itu merupakan hak mereka. Pemuda PAS tetap dengan prinsip yang menentang kezaliman ISA.

Wacana ilmiah dengan pemuda UMNO

Berkenaan dengan wacana ilmiah bersama pemuda UMNO pula, Pemuda PAS telah pun membentuk jawatankuasa teknikalnya dan mengumumkan 3 anggotanya akan menduduki badan tersebut. Sementara itu Pemuda UMNO juga diminta menamakan 3 orang wakilnya dan surat rasmi mengenai perkara itu akan dihantar esok.

Dua daripada tiga wakil Pemuda PAS dalam jawatankuasa itu ialah Setiausahanya, Kamaruzaman Mohammad dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat.

Ucapan Takziah

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, pihaknya mengucapkan takziah atas kematian pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad di Hospital Pakar Damansara malam tadi.

Pagi tadi, Dewan Pemuda PAS mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusatnya yang kedua sejak pemilihan awal bulan lalu./pemuda.pas.org

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Suruh je PENGABIS dengan PERKASAM duduk kat rumah. Belajar dari PR cam mana nak berdemo. Org berdemo menuntut keadilan depa terbalik pulak menyokong 'ISA', undang-undang yang tak terkandung dlm Quran dan Hadis. UMNO dulu kini dan selamanya bengap.

    BalasPadam
  3. Suruh pemuda PAS di Kelantan kepong rumah Berahim Katak tengok dia gagap ke tidak.

    BalasPadam
  4. cemana nak pi sampai 100k, suda tentu polis raja di malaysia wat rodblok kaw2 punya.... hehehehhehe.... takpa....caiyok2 (tapi ingat pakai topeng mulut, elak kene selsema babi!)

    BalasPadam