RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 30 Julai 2009

MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS


Oleh Kamaruzaman Mohamad

MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS 2009

1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

Ø Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:


a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ø Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing


2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan


Sekian,



KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Sumber: Tranungkite.net

7 ulasan:

  1. Kenapa tak include kan juga rakyat dari SABAH DAN SARAWAK

    BalasPadam
  2. Aku rasa orang macam ko ni yang patut masuk ISA

    yang korang tahu cuma buat perhimpunan, perhimpunan dan perhimpunan HARAMMMMMMMMMMM...... korang dapat apa? Negara ada undang2, ada parlimen, suara rakyat biarlah pemimpin korang je yang suarakan kat parlimen. nape korang ni degil?

    aku bukan apa, tak suka dengan perhimpunan haram ni semua. Aku suke kan keamanan, tempat yang korang nak buat perhimpunan tu pun tempat tumpuan orang nak beli belah,pelancong datang dari luar dan dalam negeri. tak malu ke dengan orang luar? tengok negara kita huru-hara, perhimpunan sana perhimpunan sini. Sudah2 lah tu. Korang terlalu taksub sebenarnya.

    baik korang bawak anak bini keluarga pegi bercuti ke makan angin ke. ada jugak faedahnye.

    p/s: AKU RASA KO NI KENA PEGI BERCUTI LAH....HILANGKAN STRESS (sebab mybe ko stress)

    BalasPadam
  3. "aku bukan apa,tak suka dengan perhimpunan haram ni semua"....kah..kah..kah..dengar ya
    kalau kau atau bapa kau atau seluruh keluarga kau tak suka perhimpunan haram yg kau katakan tu...kita pun tak paksa, kau dok la rumah atau pergi berkelah kat mana2 kau suka...ade faham?
    brengset punya budak

    BalasPadam
  4. Tidak ada undang-undang yang melarang rakyatnya untuk berhimpun dan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap undang2 yang zalim.......lu tak suka lu punya pasal......tapi ingat bila lu kena ISA...keluarga lu kena ISA...bapa lu kena ISA adik lu kena ISA....lu pikir la sendiri......
    Setiap perjuangan perlu ada permulaan...dan dalam perjuangan perlu ada pengorbanan....pengorbanan orang yang berjuang di jalan yang benar akan dirasai oleh seluruh rakyat......yang berjuang tak semestinya merasai untuk dirinya dan kadang-kadang pejuang itu mati sebelum merasai nikmat atau kemenangan perjuangannya.......
    Kalau takut menyatakan kebenaran...hiduplah dalam ketakutan selamanya.....jadilah bacul memeluk bantal busukmu sendiri dan penjilat jubur be..end....

    BalasPadam
  5. bro 9:17 dan bro fawwz,

    bravo bro,anda membuat saya dan teman2 seperjuangan bertambah semangat utk berdemo selama2nya...sampai kita mengecap apa itu perjuangan dan kemenangan..amin

    BalasPadam
  6. Yang ada anak-bini dan keluarga tu ingat le, kalau kena tangkap dan hilang kerja, bukannya PAS-PKR-DAPigs yang nak bantu atau tanggung makan.

    BalasPadam
  7. BNatang leh bagi makan ke? ops...patut la dah buncit perut...erpps..... alhamdulillah...syukur ke hadrat BN

    BalasPadam