RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 29 Julai 2009

Pemilik DNA tahu bagaimana Beng Hock mati


Oleh: hermansamsudeen

Pemilik dua sampel DNA yang ditemui di bahagian belakang baju kot Teoh Beng Hock dan satu lagi sampel DNA ditemui di tali pinggangnya berkemungkinan orang terakhir yang bersama beliau.

Wakil Peguam Negara, Tan Hock Chuan mengesahkan bahawa pemilik DNA itu adalah seorang lelaki.

Hingga kini polis telah menjalankan ujian DNA terhadap 90 orang untuk menjejak pemilik sampel DNA berkenaa dan sedang berusaha mendapatkan ujian DNA daripada 12 lagi individu.

Mengikut laporan Malaysiakini, Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lepas di atas bumbung tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, yang menempatkan bangunan suruhanjaya tersebut.

Oleh itu kita berharap agar pemilik DNA ini dapat ditemui segera bagi membantu siasatan. Saya yakin pemilik DNA ini tahu bagaimana Beng Hock mati.

Walaubagaimana pun, tidak mustahil juga pemilik DNA itu sudah menghilangkan diri atau gagal dikesan selepas ini dan akhirnya kita tidak tahu DNA siapa sebenarnya yang melekat dibaju Beng Hock.

Rakyat mungkin mudah meneka kes ini. Samada akan muncul kambing hitam atau kes ini akan ditutup begitu sahaja atas klasifikasi ‘kes kematian mengejut’.

Apa pun, kita tunggu 5 Ogos ini dan juga laporan-laporan lanjut dari pihak forensic dan juga pihak Polis./Tranungkite.net

5 ulasan:

  1. rm10 juta sedang menanti, janji seorang datuk dari Perak kepada pemberi maklumat, apa lagi, musim buat duit, boleh pencen awal!!!!!

    BalasPadam
  2. Ini bermakna kununnya kewujudan DNA bukti ada orang bunuh TBH. Malangnya pemilik DNA tak dapat dikesan. Kes ditutup! Possible tak ada orang sapu DNA kat belakang TBH bagi menimbulkan keraguan dan membebaskan pembunuh sebenar?

    BalasPadam
  3. boleh jadi dan boleh jadi tak jadi, macam2 boleh jadi dan macam2 boleh tak jadi. bila DNA jadi bukti pembunuh cabut lari, orang lain kena gari. AWAS hantu DNA sedang menunggu mangsanya untuk ke Sungai Buluh kali kedua.....HEBAT!!!!

    BalasPadam
  4. macam kes norita ada org bau busuk misteri sampai la ni tinggal misteri he he

    BalasPadam