RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 1 Ogos 2009

DEMO - SASARAN 100 RIBU TERCAPAI

1,Aug

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ucapannya di depan peserta himpunan aman, dekat perhentian bas di sebelah Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman menggesa kerajaan memansuhkan segera akta zalim ISA, lapor harakahdaily.

Beliau menganggarkan jumlah kehadiran demonstrasi yang menggesa ISA dimansuhkan itu sudah mendekati 100,000 orang, angka yang menjadi sasaran pihak penganjur.

"Kehadiran orang ramai pada hari ini, meskipun disekat pihak polis, menjadi saksi bahawa kemarahan rakyat terhadap akta zalim ISA tidak boleh dibendung lagi. Tiada pilihan buat kerajaan BN melainkan memansuhkan segera akta drakonian ini," tegasnya, disambut laungan takbir dan sorakan reformasi.

Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan berucap sama, antaranya Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Perarakan ke Dataran Merdeka dan Istana Negara dilihat sudah mengambil jalan alternatif, iaitu melalui Jalan Sultan Ismail, bukan lagi Jalan Tuanku Abdul Rahman yang kini menjadi medan untuak anggota FRU melepaskan gas pemedih mata.

Meskipun pihak polis mengerahkan kekuatan maksimum, melalui serangan gas pemedih mata dan pukulan belantan, untuk melumpuhkan semangat peserta himpunan aman, namun ia tidak berjaya mengendurkan semangat orang ramai bagi mendesak ISA dimansuhkan

Peserta demonstrasi terpaksa mencari perlindungan di sekitar bangunan kedai dan kompleks perniagaan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Beberapa kompleks membeli-belah utama seperti Sogo ditutup sepenuhnya.

Sebelum itu, ketika berucap kepada peserta himpunan, beberapa pimpinan muda Pakatan Rakyat seperti Salahudin Ayub, Tian Chua dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh mengecam pendekatan keras dan ganas pihak polis yang menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstrasi.

Mereka turut menuntut ISA dimansuhkan segara dan Kem Tahanan Kamunting ditutup. "Rakyat hari ini sudah menunjukkan protes dan amarah mereka terhadap akta yang memakan korban yang tidak berdosa ini," kata Salahudin.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah ditahan polis sebentar tadi. Naib Presiden Pas Mahfuz Omar, Adun Batu Buruk Syed Azman, Adun Kota Damansara Naser Hashim dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua berada di Sogo. /Greenboc.blogspot

9 ulasan:

  1. Buta-Tuli-Bisu...kenapakah mereka tidak fikirkan.Dimana akal? Dimana ulama? Dimana fatwa? Yang membantah dikatakan haram tapi perkara yang cuba dibantah halal pula, sedangkan yang dibantah bertentangan dengan naluri manusia!

    BalasPadam
  2. TENGOK BERAPA CINTANYA RAKYAT MARHAEN PADA KEBEBASAN & ANTI AKTA ZALIM ZIONIS ISA ! RAKYAT SANGGUP KENA BELASAH HANYA KERANA MAHUKAN KETELUSAN,KEJUJURAN & KEADILAN TAPI DIMANA KAH BARUA-BARUA PECACAI UMNO/BN YANG KONON MENYOKONG AKTA DRAKONIAN ITU ? PENYOKONG AKTA ISA LAGI HINA DARI BABI & LAGI TERUK DARI H1NI !
    ALLAHU AKBAR MOGA KEMENANGAN BAGI SEMUA PENCINTA ISLAM & PENENTANG AKTA ZALIM !

    BalasPadam
  3. Mampus kau Najis.........

    BalasPadam
  4. Jahanam UMNO, Jahanam BN, Ya ALLAH engkau hancurlah perancang pengebom Altantuya C4!!! "Belasah rakyat didahulukan, songlap duit negara diutamakan"...

    BalasPadam
  5. pegi jahanam Najis serta banjingan Barisan Najis! kami rakyat sudah serik dan meluat!

    BalasPadam
  6. sudah berjaya, tahniah. teruskan sehingga PRU 13, insya'allah akan berjaya. bergerak keseluruh pelusuk kampung

    BalasPadam
  7. Benar kata2 DSAI sepuluh tahun yg lalu dizaman reformasi,kalau takut pd risiko,usah bicara soal perjuangan. Syabas kpd GMI dan seluruh raayat Malaysia yg menyertai demostrasi.Teruskanlah perjuangan ini sehingga akta zalim ISA ini dihapuskan. UMNO BN bolih buat apa saja terhadap raayat,samada mengunakan polis sekalipun tapi aku tetap menyokong dan akan terus menyokong 100 peratus terhadap pemansuhan akta rimba ini.Semoga tuhan akan tetap bersama2 kita. insaallah..

    BalasPadam
  8. Teruskan perjuangan GMI,kerana sesuatu yang bernilai dan baik itu memerlukan pengorbanan yang paling azab didunia.Saya akan terus menyokong perjuangan ini walaupun sekadar menadah tangan kelangit.......kerna itu saja yang termampu aku lakukan.TAKBIR

    BalasPadam
  9. Asskum,
    Kpd Martoiriat dan lain lain, jangan terlalu emosi,ISA adalah satu akta yang bagus pada mulanya ia dilaksanakan kerana ia dapat menjamin kesejahteraan dan keselamatan kita semua termasuk saudara sendiri.Mungkin saudara tidak dapat hidup aman damai spt yg sdr kecapi kini,saudara dapat menjalankan perniagaan dengan tanpa ada rasa curiga dan khabarnya pelanggan makin bertambah, itulah kurnia pada subuah negara yg aman. CUMA PERLAKSANAAN AKTA (System) yang harus diubah,maksud saya guna akta ini sebaik mungkin dan jangan ada kepentingan mana mana pihak baik individu atau parti politik yg mahu mengekalkan kuasa. Itu pandangan peribadi saya.......Wallahhuallam

    BalasPadam