RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 27 Julai 2009

NAJIB - 100 HARI YANG MISTERI

100 Hari Najib disulami kematian misteri?

Oleh: anaqsabah

"Dari Kacamata: HALIK ZAMAN


Kaki bodek UMNO, pemberita TV3 dan Astro Awani, kecewa dan tercabar dengan iklannya "Najib jadi PM 100 hari" sudah tidak menjadi kenyataan lagi. Keceriaan dan keghairahan keranal UMNO dapat mengurangkan majoriti PAS di Manek Urai pun hambar dilihat dari muka tukang bodek dan khadam-khadam UMNO itu. Wajah bertukar jadi muram lantaran kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock di pejabat SPRM.

Belum pun habis lagi "pesta puji memuji 100 hari Najib jadi PM", untuk cover up, pemberita TV3 dan Astro Awani terpaksa kejar Ibrahim Ali dan Ketua Penerangan Bahagian UMNO untuk membaca komen yang diatur
sedia. Perkataan mereka dengan lirik yang sama "pembangkang mengalih pandangan pasal 4 ADUN Pakatan Rakyat disoal siasat oleh SPRM dan pembangkang mempolitikkan kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Ikut logik, tidak ada pembangkang yang mempolitikkan kematian Teoh, cuma mereka minta Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Di Raja menyiasat kematian Teoh sahaja. Permintaan ini adalah dari ibubapa, keluarga mendiang Teoh dan rakyat. Kalau Kerajaan tidak memberikan jaminan untuk membentuk suruhanjaya bebas itu maka pembangkang akan mengadakan perhimpunan aman untuk mendesak Kerajaan UMNO/BN berbuat demikian.

Seperti yang sudah jadi pengetahuan umum, kes rasuah dua orang bekas ADUN PKR di Perak, kes rasuah tenggelam lain pula yang jadinya. Kes Penanti, ADUNnya dikejar ke sana sini oleh SPRM mahu siasat kes rasuah kononnya. Bila ADUN PKR sudah letak jawatan, SPRM kemudian berkata "no case to answer".

Kredibiliti SPRM, rakyat pun sudah tercium baunya bahawa badan itu digunakan oleh badan politik untuk menghancurkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Jadi, rakyat sudah hilang percaya, maka rakyat mahu satu badan
Penyiasat Bebas Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat kes kematian misteri mendiang Teoh. Kalau benar benar Kerajaan UMNO/BN telus, tubuhkan lah badan bebas itu, semua masalah boleh selesai.

Perkara 4 ADUN Pakatan Rakyat dituduh menyalah gunakan peruntukan ADUN, teruskan siasat. Tidak ada siapa yang menghalangnya. Tapi isu misteri ini mesti diutamakan juga untuk menubuhkan badan bebas. Kalau Kerajaan enggan menubuhkan Suruhanjaya Bebas DiRaja, maka ia akan mengundang syak wasangka rakyat dan rakyat pula akan menganggap ada konspirasi politik di sebalik kematian mendiang Teoh?

Tidak ada orang yang menuding jari dengan SPRM, jangan takut disiasatoleh badan bebas agar semua pihak berpuas hati dan SPRM juga bersih di mata rakyat. Harus diketahui oleh Kerajaan, pembangkang, SPRM dan
polis, dunia sedang memerhatikan kita semua bahawa berita kematian misteri mendiang Teoh telah pun tersebar di akhbar akhbar luar negara.

Pandangan Ibrahim Ali dan Ketua Ketua UMNO, semua orang tahu pandangan mereka diatur dulu oleh TV3 dan Astro Awani dirakamkan dulu, barulah diedit dan disiarkan. Pandangan yang diatur carakan. Siapa Ibrahim Ali?/Sumber: http://www.sabahkini.net/v1/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan