RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 1 Ogos 2009

KL GAWAT - FOBIA DENGAN WARNA BAJU

Polis mula tahan orang awam yang disyaki mahu sertai himpunan Mansuh ISA

Oleh Izwan Abdul Halim
Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Polis telah memulakan tangkapan ke atas orang awam yang disyaki akan menyertai demonstrasi aman Himpunan Mansuh ISA bagi menyerahkan memorandum memansuhkan ISA walaupun himpunan rasmi belum bermula.

Harakahdaily dimaklumkan, tangkapan telah bermula sejak petang semalam. Menurut sumber, mana-mana orang awam yang dilihat memakai atau membawa identiti berkaitan himpunan telah ditahan oleh pihak polis.

Sementara itu, seorang aktivis dari Kedah yang hanya mahu dikenali sebagai Mat Nor, 27, memaklumkan bahawa tangkapan juga sedang berlaku di Masjid Negara.

Ujarnya, beliau melihat pihak Unit Simpanan Persekutuan telah ada mengawal perkarangan masjid sejak sebelum subuh lagi. Walaubagaimanapun, sejak jam 7.30 pagi tadi pihak polis telah bertindak menangkap orang awam di sekitar masjid tersebut yang memakai identiti sebagai peserta himpunan.

Malah menurutnya, pihak polis turut bertindak menutup pagar masjid selain sekatan ketat dilaluan berhampiran. katanya lagi, pihak polis juga menangkap golongan muslimat dan para peniaga yang dilihat mempunyai kaitan dengan perhimpunan.

Sementara itu, sumber dari staf Transit Aliran Ringan (LRT) memaklumkan, perkhidmatan LRT akan berjalan seperti biasa, bagaimanapun mulai jam 10.00 pagi, LRT tidak akan berhenti di beberapa stesyen antaranya Masjid Jamek, Bandaraya dan Plaza Rakyat. Pun begitu, ianya bergantung kepada perubahan semasa./wann_

3 ulasan:

  1. Hari ini sang PDRM boleh mendabik dada kononnya aku lah berkuasa dan boleh lakukan apa saja krn telah diberikan kuasa tetapi ingatlah wahai PDRM semua.... yang kau zalimkan itu adalah seagama dengan kamu, yang kau sembur dan maki itu juga adalah seagama dgn kamu... jgn bila nak mati baru kenal orang melayu untuk bacakan talqin dan minta datang rumah bacakan yasin. Aku rasa kau harus ingat... kuasamu yang ada untuk sementara aje tapi kamu akan dimaku oleh seluruh rakyat kerana kejahatan kamu. Sia2 kamu PDRM beragama ISLAM tapi sikap mu macam YAHUDI.

    BalasPadam
  2. mak aku pernah pesan, nak...kalau kau nak cari kerja, kau jgn la jadi polis...jadi security guard pun tak pe...mak redha...kalau kau jadi polis, org akan maki kau semumur hidup...perut kau kembong dgn rasuah....

    BalasPadam
  3. tok aku pun pesan macam tu...dia kata biaq hampa tak makan 7 hari..tapi jangan mintak jadi polis...di dunia org maki di akhirat....???

    BalasPadam