RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 29 Julai 2009

Sampel DNA siapa di pakaian Teoh?


Jul 29, 09 12:36pm
kemaskini 4.29pm Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa satu sampel DNA milik lelaki yang tidak dikenali ditemui di bahagian belakang pakaian dan tali pinggang mendiang.

Identiti lelaki itu belum dikenal pasti walaupun contoh sampel DNA daripada 102 individu terbabit telahpun diambil oleh Jabatan Kimia, kata peguam Tan Hock Chuan, yang dilantik membantu mengendalikan inkues bagi pihak kerajaan di hadapan Koroner
Azmil Muntapha Abas.

Tambahnya, lima sampel telah diambil daripada bahagian belakang blazer yang dipakai oleh Teoh pada hari kejadian dan hasil laporan menunjukkan terdapat dua DNA lelaki pada bahan bukti itu, lapor Bernama.

Satu daripada DNA itu dikenal pasti sebagai DNA Teoh, yang berpadanan dengan spesimen darahnya, manakala satu lagi pemilik DNA tidak diketahui.

DNA lelaki misteri itu turut ditemui pada bahagian tali pinggang yang dipakai Teoh, yang bercampur aduk dengan DNA mendiang.

"Sampel daripada 102 individu telah diambil bagi menentukan sama ada DNA mereka ini sepadan dengan DNA yang tidak diketahui itu.

"Laporan bagi 90 individu telah siap, sementara 12 lagi belum diperoleh.

"Saya turut dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa terdapat dua orang yang enggan memberikan sampel DNA mereka," Tan dipetik berkata.

Gobind Singh Deo, yang bertindak sebagai peguam pemerhati keluarga Teoh, menggesa pihak pendakwaan supaya memaklumkan kepada mereka sama ada terdapat sampel DNA daripada 90 individu itu yang sepadan dengan DNA lelaki yang tidak diketahui tersebut.

"Inilah salah satu sebab lagi mengapa pihak mahkamah perlu menangguhkan prosiding ini bagi menunggu keputusan penuh laporan DNA," Gobind dilaporkan berkata.

Tan menjawab: "Sama ada terdapat padanan DNA daripada 90 individu ini dengan DNA yang tidak diketahui itu, perkara ini adalah lebih baik diberitahu sendiri oleh pakar kimia nanti."

Teoh (foto, kanan sekali, sebelum ke pejabat SPRM) ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lepas di atas bumbung tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, yang menempatkan bangunan suruhanjaya tersebut.

Kematian setiausaha exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, yang menimbulkan pelbagai persoalan, mendorong kerajaan menubuhkan inkues dan suruhanjaya siasatan diraja bagi menentuk kematiannya dan prosedur siasatan SPRM.

Inkues tersebut, bermula hari ini, ditangguhkan ke Rabu depan./Malaysiakini

7 ulasan:

  1. mari kita lihat apakah inkues ini dapat menyelesaikan kes tbh ini...

    salam ukhwah dari saya semoga perjuangan diteruskan....

    BalasPadam
  2. dan dna itupun akan kekal sebagai misteri.

    BalasPadam
  3. Kita lihat siapa yang kena..........

    Kenapa 2 orang tu tak uji DNA...siapalah agaknya. Nampaknya bayang pembunuh dah ada.

    Yang depa dok kata SPRM yang bunuh tu kenapa....

    Tunggu dan lihat.... Nak ajar sikit orang - orang DAP ngan PKR ni.

    BalasPadam
  4. nak ajar org2 DAP dan PKR ni senang jer....bubarkan Dun Perak. Ada berani kaaaa?? hehehe...

    BalasPadam
  5. Aku heran jugak awatlah dibuat sampai 100++ padanan DNA sampaikan orang yg kat luar pun kena buat...Adakah masa kejadian tu terdapat 100++ dalam bangunan SPRM tu??? Nampak gaya macam nak frame seseorang ni...lain lah masa jam 6 pagi sampai 1.30 tgh tu ada orang seramai 100++ kena siasat atau menyiasat....musykil musykil....

    BalasPadam
  6. ratuayu..kita ajar dia plak..jadi ratu ayu lagi ke tak..kot-kot jadi ratukayu kot!

    sapalah malaun 2 ekor yang tak nak bagi test dna mereka..boleh ke? mana poyi akta dna yang dulu dipersembahkan oleh mat botak meno..syed mid albar??? tak bleh guna ke????

    BalasPadam
  7. Bhai...

    Gua dah tau sapa punya DNA kat baju TBH tue.. jawapan ader kat blog gua...

    BalasPadam