RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 26 Julai 2009

KEMATIAN BENG HOCK - BENARKAH KATA DR LIM INI?

26 July 2009

"Kita sudah dapat maklumat yang boleh memberikan gambaran tragedi kematian Teoh,"Kata Dr. Lim Boon Chye,selaku pakar bedah dan Ahli Parlimen Gopeng dalam ucapan beliau pada ceramah PR di Gopeng malam tadi.

Menurut Dr. Lim,pengalaman beliau mengenai kecederaan teruk pada badan sebelah kanan Teoh iaitu bahu,pinggang dan kaki kanan dapat memberikan petunjuk bahawa beliau telah "Pengsan atau mati " sebelum terjatuh atau dijatuhkan dari bangunan tersebut,kata Dr. pakar tersebut.

"Selalunya mereka yang membunuh diri akan meronta-ronta sebelum sampai ke bumi,dan dengan spontan akan menggunakan kedua-dua tangan dan kaki sebagai tempat bertahan, serta muka mereka juga akan mengalami kecederaan yang teruk.kedua kaki dan tangan mangsa akan mengalami patah yang begitu teruk." katanya.

"Tetapi berlaku sebaliknya,pada mayat Teoh yang hanya mengalami kecederaan yang teruk pada sisi kanan badan beliau saja,dan ini memberi gambaran bahawa beliau tidak meronta semasa jatuh.Perkara begini terjadi hanya kepada mangsa yang dibuang dalam keadaan pengsan atau pun sudah mati sebelum itu." Tegas beliau.

Untuk itu,beliau meminta pihak yang telah diamanahkan bagi menjalankan siasatan terhadap misteri kematian Teoh agar telus dan melaporkan hasil siasatan kepada rakyat di negara ini./Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

5 ulasan:

  1. sesiapa yg pernah ke Plaza Masalam akan tahu bahawa selalunya pada awal pagi antara 8 pagi hingga 11 pagi,,,keadaan bahagian bawah agak sebok. Ramai org masuk kerja pada waktu pagi,,,ataupun menghadapi sarapan di restoran pelita. Sekira nya dia masih hidup ketika di campak,,,sudah pasti dia akan menjerit dan meronta2 dan ini akan di dengari oleh org2 yg berada di bawah,,,yang pastinya,,tiada siapa yg dengar!!!

    BalasPadam
  2. ..kalau dia dah mati baru di campak..macamana nak menjerit2....kalau org nak campak org..tentu mereka tunggu bila tak ada org lain nampak...

    BalasPadam
  3. Bagaikan dapat diagak bahawa kematian Teoh adalah sesuatu yang dirancang. Bagi mereka yang berkaitan membunuh adalah satu-satunya penyelamat dari terbongkarnya perlakuan khianat mereka selama ini. Dr Lim Boon Chye berhak mengeluarkan pandangannya, apa lagi beliau ialah pakar bedah yang berpengalaman dan amat terbiasa dalam siasatkerja atau post mortem terhadap kemataian seperti yang berlaku kepada mendiang Teoh ini. Barangkali keadaan dipolitikan oleh pihak penentang kerana penerangan isu kematian ini diucapkan oleh beliau dalam ceramah PR di Gopeng. Hakikatnya biarlah Suruhanjaya Siasatan Diraja mencari jawapan secara telus dan tanpa sebarang sekatan dari mana-mana pengaruh yang tertentu.Rakyat didahulukan, maka itu wajarlah permintaan ibubapa dan ahli keluarga mendiang diberi keutamaan dalam menuntut hak mereka agar kerajaan dapat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang benar-benar bebas tanpa disekat oleh sebarang garis panduan!

    BalasPadam
  4. Kenapa SPRM atau MACC ni berperangai macam Gestapo dan Mosad.Kakitangan dan anggota berpangkat kebanyakanya beragama Islam, tapi perangai lebih dahshat dari syaitan, dajal.Mungkin mereka fikir akan hidup selama lamanya kut. Mereka rasakan yang mereka itu 'indestructible"

    BalasPadam
  5. nak tanya, kenapa poket belakang seluar TBH nampak koyak dalam gambar. Kalau boleh besarkan sikit (zzzzooommmm) biar jelas. takkkan terjun poket seluar koyak begitu luas

    BalasPadam