RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 28 Ogos 2010

ISU SURAU DI KAJANG - JADIKAN SATU PENGAJARAN

Oleh: WFAUZDIN NS
Justify Full
APA yang berlaku di sebuah madrasah di Kajang nampaknya menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor. Kehadiran MP Serdang Teo Nie Ching di madrasah berkenaan serta memberikan ucapan di dalam ruang ibadat madrasah tersebut menjadi punca kemurkaan Sultan. Berlanjutan peristiwa itu MAIS telah diarahkan untuk mengambil alih madrasah berkenaan. Baca sini.

Saya juga menjadi pelik dan hairan mengapa peristiwa ini boleh berlaku. Mengapa pihak pengurusan madrasah tersebut tidak sensitif dengan hal-hal sebegini. Memang tidak salah jika mana-mana Non Muslim mengunjungi tempat ibadah kita apatah lagi berniat untuk memberikan bantuan, tetapi mereka juga mempunyai batas-batas tertentu dengan adab-adab yang perlu mereka hormati.

Sekiranya MP Serdang yang berniat baik untuk hadir memberikan bantuan atau nasihat, adalah lebih baik dan sesuai acara itu diadakan di perkarangan madrasah dan bukannya di dalam madrasah. Apatah lagi di dalam situasi sekarang, di mana terdapat pihak-pihak yang sentiasa ingin mencari isu perkauman untuk kepentingan politik mereka. Oleh yang demikian, tindakan kita menimbulkan fitnah ini tentulah satu tindakan yang tidak bijak samasekali.

Kita tidak boleh menyalahkan MP Serdang yang tidak tahu batas-batas dan adab rumah ibadah kita. Menjadi tanggungjawab kita terutamanya pihak pengurusan rumah ibadah untuk memaklumkan kepadanya. Saya percaya MP berkenaan akan akur dengan nasihat yang kita berikan kepadanya.

Adalah diharapkan peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada semua. Sesiapa pun samada perseorangan atau pemimpin yang Non Muslim boleh berkunjung ke rumah ibadah kita dengan tujuan yang baik tetapi tentukan adab kesucian rumah ibadah ini dipelihara. /wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. salam...

    saya sebelum ni membawa saja entri2 saudara tanpa komen, tapi entri yg ini, teragak nak komen..

    peristiwa ini pasti akan menjadi modal politik dan pastinya sangat tidak menguntungkan pembangkang..

    BalasPadam
  2. jika kita belajar sirah nabi, terdapat banyak cerita yang tak mengharamkan orang kafir memasuki masjid. janganlah kita berpolitik sempit.

    BalasPadam
  3. Salam

    Kita kena cerdik sikit lah dalam isu-isu seperti ini. Saya setuju dengan pendapat tuan

    BalasPadam
  4. MP tu bukan Islam,itulah puncanya.
    Tapi bagaimana pula bini bini Ketua Agama dan Pembesar Islam sendiri yang beragama Islam,tetapi gagal mematuhi apa yang diwajibkan pada seorang wanita Islam dari aurat dan tingkah laku.Bukan setakat dalam masjid,tapi hampir semua majlis yang dinamakan Islam deihadapan nama majlis-keramaian.TAK BERDOSAKAH MAIS hoi,dan tegur Ketua AGAMA Tertinggi kamu ,jangan cakap lain,buat lain,ini munafik jadinya.

    BalasPadam
  5. haik mat kambing, tang ni pun ko nak halalkan jugak ke?

    BalasPadam
  6. Jgn jadi melayu bodoh mcm hang tuah yang kena tipu dgn jawa. Sultan murka sebab tak tau apa2 hanya dpt info dari si jawa kusrin. So, jgn pedulikan kemurkaan sultan. Kalau nak sangat pertahankan melayu kau orang semua, kenapa perlu melayu sama melayu bergaduh hanya kerana dengar cakap jawa kusrin, jawa nor omar dan jawa toyo? Hang tuah berbunuhan dgn hang jebat juga sebab dengar ckp jawa yg melaga-lagakan. Sememangnya asal usul jawa ni tukang cuci bontot raja. Jadi sultan zaman moden ini jgn lagi diperbodohkan oleh si jawa dan si mamak lagi. Takutkan kemurkaan Allah.

    BalasPadam
  7. btul kate tok guru sbb ape nampak pelik non muslim masuk masjid..pd kite skrang sbb nyee..zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama, xkire la raje ke sape ke....

    BalasPadam
  8. kenapa masa isu arak kepala lembu tak kecoh?

    BalasPadam
  9. Teo bakal masuk Islam setelah diberi petunjuk hanye selps menginsafi kemuliaan berada di masjid..

    bermimpilah dikau wahai juak2 PAS..lagipun korg tak pernah bermimpi utk berjaya mengislamkan kafir DAP kerana PAS adalah wadah politik bukan agama..

    BalasPadam