RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 25 Ogos 2010

Video terbaru inkues Teoh 'hilang' dari web AG?


Regina Lee
Ogos 25, 10

“Mengapa rakaman terdahulu inkues Teoh Beng Hock dimuat-naikkan di lamanweb Pejabat Peguam Negara, tetapi yang terbaru sengaja ditinggalkan?

“Adakah kerana ia berkaitan dengan persembahan yang kurang memuaskan ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa (kiri) dalam inkues itu?”

Ia antara persoalan yang dilemparkan oleh ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng dari DAP, hari ini yang mendakwa kegagalan pihak pendakwaan memuat-naikkan laporan inkues terbaru itu membuktikan bahawa suruhanjaya berkenaan tidak berkecuali.

“Pejabat AG memuat-naik video perbicaraan di lamanweb mereka sejak hari pertama inkues. Tetapi mengapa memilih tidak menyiarkan yang terbaru?

“Ini cuma menunjukkan mereka adalah berat sebelah, walaupun dalam kes ini mereka sepatutnya berkecuali,” kata Lim dalam sidang medianya hari ini.

Lim juga mencabar pejabat peguam negara untuk memuat-naikkan video berkenaan dalam tempoh 24 jam.

“Ji
ka tidak, mereka sepatutnya mengeluarkan semua video yang lain itu,” kata Lim (kanan).

Pada inkues terbaru pada 18 Ogos lalu, ahli patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mempertahankan pendapatnya bahawa Teoh kemungkinan besar tidak membunuh diri tetapi sebaliknya diasak oleh Abdul Razak yang sejak awal mempersoalkan kelayakan Pornthip sebagai saksi.

Abdul Razak berpendapat keterangan Pornthip adalah berdasarkan imaginasinya. Pornthip menafikan perkara itu dan berkata kesimpulannya adalah berdasarkan pemerhatian dan kerjanya.

Abdul Razak berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahli patologi Thailand itu tidak layak bergelar pakar di Malaysia kerana universiti tempat beliau belajar, tidak diiktiraf di negara ini. Pornthip (kiri) menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satu daripada lima yang terbaik di Asia - mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan.

Cekik diri sendiri

Razak kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik.

Gobind bangkit dan mengarahkan Razak menunjukkan bagaimana seseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cuba mencekik diri sendiri sambil digelakkan daripada mereka di mahkamah itu.

"Saya cadangkan bahawa anda datang ke mari untuk serang SPRM,” katanya.

Beliau memberi beberapa kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Pornthip tetapi dinafikan oleh pakar patologi Thailand itu. Menurut Pornthip, laporan yang dikemukakannya disokong dengan bukti saintif./Seterusnya di Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan