TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Isnin, 23 Ogos 2010

NEGERI SEKOLAH MENGANDUNG PECAH REKOD KHATAM AL-QURAN ?

Eh! Khatam Al Quran Nak Pecah Rekod Pula


Oleh laniisma

"Maka tersohorlah Melaka di Malaysia dan di seluruh dunia Islam kerana 15,033 murid sekolah berusia 10 dan 11 tahun dari seluruh Melaka pada khatam Al-Quran beramai-ramai . Layaklah tersenarai dalam Malaysia Book of Records.

Ali Rustam berkata ia ingin mengalahkan Terengganu pada tahun lepas yang murid-murid khatam Al-Quran dengan penyertaan 13,877 orang. Ali berkata, ia adalah usaha yang baik untuk kita menanam cinta al-Quran dari muda agar mereka menjadi pelajar dan anak-anak yang soleh dan solehah. Mereka dapat mengelakkan diri daripada keruntuhan akhlak seterusnya mengurangkan masalah sosial.

Baguslah kalau dah berlumba-lumba khatam Al Quran kerana ingin dimasukkan ke dalam rekod. Bagaimana istilah khatam Al quran yang diguna-pakai kini? Adakah dengan cara mengikut bacaan guru secara berterusan sehingga habis, ikut sahaja, ia dikira khatam Al Quran. Selepas itu apabila diminta untuk membacanya semula, mereka ternganga-nganga. Apakah ini kriteria khatam Al Quran? Ada sesiapa yang mengetahui, ceritalahh sedikit.

Seingat kita dulu-dulu, nak khatam Quran ini susah, silap-silap makan rotan juga. Kalau dah khatam siap dibuat pulut kuning lagi untuk dihadiahkan kepada guru. Kita pergi mengaji, sebelum membaca tempat yang sepatutnya kita baca, kita kena ‘perderas’ dahulu. Pederas ini kita akan membaca sebahagian ayat-ayat yang terdahulu secara bersambungan dari hari ke sehari. Selepas itu kita membaca ditempat sepatutnya, kalau guru berkata kita boleh dialih ke aya-ayat seterusnya, barulah kita boleh alih. Dengan cara ini apabila disuruh kita membaca ayat-ayat sebelumnya, kita boleh membacanya. Inilah yang dibuat sehingga kita mendapat anugerah Khatam Al Quran.

Apa-apa pun, carilah nama, ciptalah rekod, bersainglah. Boleh baca ke, tak boleh baca ke, itu belakang kira. Yang pentingnya nama negeri mencipta rekod. Tak ada ke negeri yang nak mencipta rekod menyusun Al Quran terpanjang ke, tertinggi ke. Ini juga boleh menyemarakkan cinta Al Quran ni.

www.ek-ele.co.cc

1 ulasan:

  1. perbuatan baik tapi niat tu yang "GILA".
    inilah umno.buat apa pun mesti nak tunjuk,nak hebah,nak kan nama.inilah akibat pelaksanaan Islam berada dibawah telunjuk mereka yang bukan pengamal amalan Islam. inilah juga akibat mereka yang ada sedikit pengetahuan mengenai Islam,membenar "fatwa"berkaitan Islam dikemudi olih mereka yang bukan "ahlinya".

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini