RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 23 Ogos 2010

RAJA SESUMPAH BAWA BUKTI DAN SAKSI DULU, JANGAN SIBUK MAHU BERSUMPAH SAJA


Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA merasa gembira apabila raja sesumpah Ezam bersedia untuk hadir ke Mahkamah Syariah bagi menghadapi kes Qazaf yang difailkan oleh AMK. Kes Qazaf tersebut adalah berkaitan dengan tuduhan raja sesumpah terhadap DS Anwar yang mana melibatkan juga DS Wan Azizah.

Cuma, usah raja sesumpah sibuk untuk menunjukkan kemahirannya untuk bersumpah di dalam Mahkamah Syariah nanti. Raja sesumpah perlu membawa hujah, fakta, bukti dan saksi untuk menguatkan tuduhannya, bukan hanya bergantung kepada sumpah-sumpah yang lazim beliau lakukan dari dulu, kini dan selamanya.

Andainya beratus kali beliau bersumpah sekali pun, kita sudah kenal siapa mamat Ezam ini. Beliau sanggup berbuat apa sahaja asalkan DS Anwar diaibkan dan Najib diangkat. Mengapa tiada cabaran dari raja sesumpah untuk Saiful agar Saiful juga bersumpah menafikan hubungan intimnya dengan wanita itu? Mengapa raja sesumpah juga tidak mencabar rakannya Zahid Md Arip yang mengaitkan Ghani Harun tentang hubungan bersama isteri raja sesumpah sewaktu raja sesumpah di dalam penjara. Anda boleh baca kisah ini di dalam blog Chegubard. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Mahkamah: Mana bukti kamu?

    Senatak: Ada... ada... banyak.

    Mahkamah: Banyak? Mana dia?

    Senatak: Ada la.

    Mahkamah: Ada la? Ada di mana?

    Senatak: Mana? Haaa... dalam kotak.

    Mahkamah: Kotak? Kotak mana?

    Senatak: Kotak... 6 kotak ... yang selalu saya sebut-sebutkan selalu.

    Mahkamah: Yelah kau selalu sebut... tapi mananya?

    Senatak: Ada...ada...

    Mahkamah: Ada..ada... ada di mana?

    Senatak: Ada dalam kotak.

    Mahkamah: Hoi bangang aku tau la bukti kau ada dalam kotak. Mana kotaknya?

    Senatak: Carilah sendiri.

    Mahkamah: (Kepala otak kau, kau yang dakwa, kami yang kena cari bukti, apa kejadahkah ini semua, nasib baik Mahkamah Malaysia, kalau Mahkamah Hakim Pao mahunya aku jerang dalam minyak panas... apakan daya Mahkamah Malaysia).

    BalasPadam