RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 27 Ogos 2010

PKR BUKIT BINTANG - SEBAB BELIAU KELUAR PKR

Bekas ketua PKR yang paling tadah 'tak cekap'
Ogos 27, 10

Ketua pemuda PKR Bukit Bintang, Rahman Hakeem membidas bekas pengerusinya, Mahmood Abdullah yang meninggalkan parti itu semalam untuk menyertai Umno sebagai pemimpin tidak cekap.

Mahmood bersama 15 ahli dari cabang yang menyerahkan borang keahlian menyertai Umno kepada timbalan pengerusi Umno WP Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin semalam dan mendakwa PKR “tidak mempunyai fokus”.

Bagaimanapun kata Rahman, Mahmood meninggalkan parti itu sendiri dan jawatankuasa cabang Bukit Bintang tetap utuh.

Malah jelasnya, Mahmood telah memilih untuk meninggalkan cabang itu dan telah dipindahkan ke PKR cabang Subang pada Jun lalu. Justeru, beliau bukan lagi ketua cabang Bukit Bintang.

"Siapa yang 15 itu? Timbalan pengerusi, tiga naib pengerusi, setiausaha, ketua pemuda (merujuk kepada dirinya sendiri) masih bersama parti,” kata Rahman sambil menambah bahawa Mahmood telah dua tahun tidak menjalankan tugasnya sebagai pengerusi.

"Kami tolaknya kerana dia tidak cekap dan dia rasa dirinya terancam. Mahmood juga gagal memanggil mesyuarat bulanan sejak dua tahun lalu dan tidak menganjurkan sebarang aktiviti untuk cabang ini.”

Rahman mendakwa Mahmood juga mensabotaj cabang Bukit Bintang daripada menghalangnya daripada menghadiri kongres kebangsaan parti 2009 yang diadakan di Kelantan pada Mei tahun lalu.

"Kami mengadakan mesyuarat tahunan cabang pada Mac tetapi dia tidak hantar minit mesyuarat kepada majlis tertinggi,” dakwanya Mahmood sebagai punca cabang itu tifdak dapat menghantar perwakilan menghadiri kongres itu./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Elok sangatlah 'tahi sembelit' seperti Mahmood tu keluar, tidaklah angin satu badan. Siapa lagi yang nak keluar silakan lebih-lebih lagi buat muka yang tak lawa dan 'gabai' macam Zahrain H.. dan Zul Lebai Malang tu, sekurang-kurangnya akan tinggal muka bersih dan tidak rasuah, yang munafik, muka rasuah, muka khianat..silakan berpindah ke UMNO sebelum PRU 13. Moga-moga UMNO akan mendapat manfaat dari tahi-tahi sembelit ni.

    BalasPadam