ULAMA TUA DAN ULAMA MUDA UMNO KENA AJAR PEMIMPIN MEREKA BAB DOA
Riuh rendah dan gegak gempita betul canang pemimpin Umno isu doa di Pulau Pinang. Al kisahnya ada beberapa khatib yang membaca khutbah mendoakan Lim Guan Eng agar diberi hidayah memeluk Islam. Isunya telah dipusingkan 360 darjah, bukan lagi isu mendoakan bukan Islam agar diberi hidayah tetapi puak-puak Umno main isu seolah-olah ada arahan dari kerajaan negeri yang diterajui DAP agar buang nama DYMM Agonng digantikan dengan nama pemimpin DAP.
PM dan TPM juga tumpang semangkuk meminta satu siasatan dijalankan kerana katanya perbuatan tersebut serius, melampau dan tidak boleh diterima. Kata suruh siasat tapi awal-awal lagi dah jatuh hukuman...
Tak payah nak sembunyi 1Malaysia tahu isu ini sengaja diperbesarkan dan dimanipulasi Umno dengan menambah perisa dan perencah dengan tujuan mewujudkan sentimen kaum dan agama di negara ini. Perbuatan yang sama sekali tidak boleh diterima oleh mana-mana rakyat Malaysia yang sihat dan waras.
Walhal menurut salah seorang khatib yang mendoakan Lim Guan Eng iaitu Ustaz Zakaria Ahmad dari masjid Jelutong tujuannya ialah supaya Allah memberi hidayah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya memeluk Islam. Malah perkara itu sudah dua tahun dilakukannya. Mengapa sekarang baru jadi isu? Itu pun salah ke? Ulama tua dan ulama muda dalam Umno tolong ajar dan nasihat sikit pemimpin mereka supaya tidak menampakkan kebodohan dan kejahilan mereka tentang Islam.
Ulama tua dan ulama muda dalam Umno kena juga beri nasihat kepada pemimpin mereka bahawa buat solat hajat, baca surah Yassin untuk P Kalamathan di Hulu Selangor dulu mereka guna ayat Quran dan hadis mana untuk menghalalkan tindakan dan fatwa mereka?
Sumber: angkasanuri
Sumber: angkasanuri
link baru alhusseyn : http://alhusseyn2-alhusseyn.blogspot.com/
BalasPadamUlamak tua tapi tiada bersantan!!!!Ulamak muda pula koming....
BalasPadamular dalam semak memang banyak dalam umNO
BalasPadamsaya doakan,ya rabbi!!hapuskanlah para ulama jahil ilmu,para pemimpin yang zalim,para pemimpin yang memperlekehkan kalimah dan perintahmu.ya rabbi berilah kemenangan pada yang berhak,dizalimi dan yang ditindas serta dianiayai,hapuskanlah segala kemungkaran yang ada disekeliling kami.kepada kamu aku bermohon dan kepada kamu aku berserah,perkenankanlah doa aku ini.amin.
BalasPadam