RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 26 Ogos 2010

Merdeka atau negara polis?

Bagaimana hendak Merdeka tatkala Negara menjadi sebuah negara polis, rakyat menderita disisihkan, dan penunjuk perasaan dibelasah, ditangkap dan dilayan seperti hamba abdi, barangkali lebih teruk lagi? Mengapa pihak berkuasa gagal menghayati semangat kemerdekaan sepertimana yang dimasyhurkan oleh Tunku itu? Barangkali apa yang dilakukan oleh rakyat dengan berprotes dan berdemonstrasi di jalanan adalah disebabkan rasa cinta kepada Negara? Mungkinkah ini manifestasi sifat patriotisme yang melawan segala bentuk kuasa yang menindas rakyat?

Di sebalik acara-acara gilang-gemilang yang dianjurkan Kerajaan untuk kononnya menggambarkan nilai kemerdekaan dan menggalakkan perpaduan, wujudnya semangat kemerdekaan yang amat kuat di kalangan rakyat. Semangat yang jelasnya lebih menggerunkan kerajaan daripada perairan negara yang dicerobohi tentera laut China. Rupanya semangat perjuangan bangsa Malaysia itu masih segar dan masih kuat dalam diri mereka yang turun ke jalanraya untuk melawan kuasa yang menindas.Patrotisme dan semangat nasionalisme bukan dinilai dari bilangan Jalur Gemilang yang dikibarkan mahupun iklan-iklan menyentuh perasaan di televisyen, tetapi dinilai daripada kesanggupan rakyat untuk menyelar dan melawan penguasa yang zalim dan menindas rakyat. Tiada lagi gambaran perpaduan yang lebih bererti ketika melihat anak-anak muda berbilang bangsa bersatu bertempur dengan FRU. Mungkin mereka mencari kemerdekaan, mungkin mereka cuba mempertahankan Negara daripada dasar-dasar yang menyeleweng dan menekan rakyat.

Kami hanya berharap ketegangan di antara rakyat dan pihak penguasa ini tidak bertukar menjadi angka-angka berdarah. Di mata rakyat pula, perjuangan ini telah pun meragut beberapa nyawa yang kini menjadi pembakar semangat dan asas solidariti mereka. Keadaan ekonomi yang gawat dan isu-isu perkauman yang terus dimainkan oleh politikus-politikus pemerintah sangat jelas kelihatan dan amat membimbangkan.

Ke mana agaknya kita sebagai satu bangsa, menjelang hari ulangtahun kemerdekaan? Hanya masa yang bakal merungkainya, sehingga itu kami mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menghayati Kemerdekaan dan Selamat Meyambut Hari Raya Aidilfithri kepada semua.

*Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas.

Sumber: Merdeka Review

2 ulasan:

  1. Semakin hampir menjelangnya sambutan Kemerdekaan, kita diasak dengan hujah dan macam-macam lagi yang mempersoalkan kesetiaan kita kepada negara, Malaysia. Saya rasa ini diasaskan kepada kekecewaan kerana kempen-kempen mengibarkan jalur gemilang amat-amat menyedihkan. Petanda apakah semuanya ini? Katalah sebab penyokong pembangkang tunjuk protes, tetapi kemana perginya ahli-ahli totok amno. Petanda apakah semua ini? Wallahu-a'lam.

    BalasPadam
  2. sangat berkurangan penyertaan rakyat secara sukarela jika dibandingkan 25 tahun lampau...sambutan anjuran pemerintah samalah macam terpaksa...

    BalasPadam